Sebentar tadi harakah telah memetik satu artikel ruangan dari blogger. Sebenarnya hak blogger tersebut la kalau blogger tersebut nak tulis apa2 pun dalam blog dia. Hak peribadi kan. Siapa la kita nak kawal dan control apa yang blogger tue boleh tulis dengan tak boleh tulis.
Kalau tulis fitnah bersedia la kena balon.
Kalau tulis idea2 bersedia la menerima kritikan membina ataupun sebaliknya.
Pendek kata apa2 yang kita tulis sebenarnya terdedah dengan pelbagai bentuk risiko. Suka tak suka itu ko punya pasal. Attitude manusia bukan sesuatu yang ko boleh kawal.
Simple as that.
Dan yang menghairankan, Harakah Daily platform yang kerja dia ;
1. Melaporkan hal2 politik
2. Melaporkan hal2 berkaitan perkembangan parti PAS dan PAKATAN RAKYAT.
3. Melaporkan hal2 berkaitan politik - ekonomi - permasalahan rakyat
4. Menyebarkan dakwah dan mendekatkan masyarakat kepada ISLAM
Telah pun berbuat lawak bila swing 360% menjadi portal gossip.
Haha.
Ada sesiapa heran artis mana kena tangkap basah ka?
And, top of that, HARAKAH dibidas pula oleh pembaca2 setianya.
Rujuk sini : http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/19334--jais-sahkan-pelakon-kena-tangkap-khalwat
Yang sebenarnya aku dah perasan benda neh dalam Malaysiakini. Aku gelak je la. Haha. Kemon la Malaysiakini. Tapi memikirkan ia portal yang memang akan serap semua berita2 yang ada nilai berita jadi tak aneh kenapa dia laporkan perkara tersebut. Tapi tak sangka, HAKARAH pun boleh laporkan benda yang sama. Kelakar.
Kalau nak kira dari segi value, tak nafikan berita neh ada value yang tersendiri. Tapi kalau diambil kira dari segi pengaruh HARAKAH dan ciri2 HARAKAH, berita ini tak sepatutnya diberikan tempat dalam HARAKAH. Apa pun hak HARAKAH la nak siarkan apa2 berita pun, sama seperti pengkritik2 HARAKAH, hak mereka la kalau mereka nak kritik bila didapati satu2 berita yang tidak memenuhi landskap pemberitaan HARAKAH bahkan menjatuhkan HARAKAH sebagai sebuah portal berita yang mewakili parti dakwah terbesar ISLAM di Malaysia, diberikan tempat dalam HARAKAH.
Sebenarnya, berita seperti di atas, tidak menepati konsep yang dibawa oleh HARAKAH selama neh. Tue je yang buatkan orang rasa nak tergelak.
Haha.
