Baru-baru ini, di sebuah blog panas, gambar Zahid bersama ahli-ahli parti PAS sudah merebak luas. Disebabkan gambar itu, Zahid yang kini ada produksi sendiri dituduh menyertai parti pembangkang itu.
Kesan dari gambar itu, Zahid sering saja ditalu dengan soalan benarkah dia menyertai pasti PAS? Sama ada benar atau tidak Zahid menyertai parti itu, ia adalah hak Zahid. Yelah, setiap kali pilihan raya, pilihan membuang undi terletak pada individu itu sendiri. Tidak boleh ada pengaruh sesiapa.
Menurut sumber yang terdekat dengan Zahid, waktu gambar tersebut dirakam, dia ada terlibat dengan sebuah penggambaran di Kelantan. Dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran, Zahid terserempak dengan ahli-ahli PAS dan mereka semua meminta untuk bergambar bersama Zahid.
Sebagai selebriti yang sudah terbiasa dengan permintaan itu, Zahid pun menunaikannya. Apatah lagi, Zahid adalah seorang juara Akademi Fantasia yang ramah dan suka membuat lawak. -murai-
Kalau ikut artikel terbitan murai neh, dia pun tak dengar dari mulut zahid sendiri. Dia cuma mendengar dari sumber yang terdekat dengan zahid je. Ha Ha Ha..

1 comment:
kalau masuk pas pun apa salahnya...Alahdulillah...olynte
Post a Comment
Jika saya ada buat kesalahan kepada anda samada secara langsung mahupun tidak langsung, kesalahan dalam fakta menerusi apa2 artikel, sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com supaya saya dapat betulkan segera apa2 kesalahan yang telah saya lakukan.