Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Sunday, August 28, 2011

Resepi mari mengumpat artis


Yelah, siapa yang berani berpakaian serta berpenampilan over macam Didie ni. Lagi satu, kalau Didie tak buat macam ni, industri hiburan kita mesti takde kelainan dan nampak stereotype. Sekurang-kurangnya dengan adanya Didie Alias yang gila-gila ni, ada jugalah kelainan yang dapat kita tengok dalam industri hiburan kita. Kalau ada kelainan, adalah bahan untuk wartawan nak tulis. Kalau ada bahan nak tulis, adalah sesuatu untuk korang baca. Kalau takkan nak tulis benda yang sama jer.

Resepi mari mengumpat artis

1. Jadi wartawan yang mengalakkan hal yang pelik2.

2. Kemudian puji artis yang pelik2.

3. Kemudian bagi alasan pembaca sebagai asbab kepada pengumpatan itu.

Campurkan 3 dalam 1 kuali, biar api bakar ramai2 rasa panas. Sedap, lazat hingga berkecai badan. Ada Umpphhh !

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, August 26, 2011

Arak itu haram, Aurat itu halal.


Berita bosan petang neh.

Hari neh saya wartawan dari majalah gosip melaporkan bahawa beberapa artis islam dan melayu didapati telah dicalonkan dalam satu voting online untuk memilih top 100 most wanted female artis anjuran majalah FHM bersama arak yang haram.

Tidak dapat dipastikan secara tepat lagi samada arak neh haram angkara tiada lesen ataupun tiada cop jakim. Kita akan update isu neh dari semasa ke semasa. Namun situasi yang lebih mengemparkan disini ialah apabila artis2 wanita melayu islam yang buka aurat, cukur kening dan kaler rambut dicalonkan sekali dalam online voting contest neh.

Ini tidak boleh. Ini salah. Peminat2 mereka akan marah. Arak itu haram. Arak tak boleh sponsor online voting ini. Antara pandangan2 yang berjaya wartawan kami kumpul.

Ini juga di anggap menyentuh sensitiviti meleis yang mana dalam budaya mereka jelas dinyatakan secara terang lagi sahih melalui kitab suci malayu-agung karya ikuthotakmalayu bahawa nya ;

1. Babi ataupun khinzir ataupun apa sahaja benda yang berkaitan babi adalah haram kecuali patung babi dalam karton pooh. Boleh buat hiasan di beg sekolah.

2. Arak ataupun syarikat arak adalah haram apabila menjadi sponsor kepada mana2 artis melayu dan islam melainkan hanya boleh kutip cukai dan bantu anak yatim sahaja.

Owhh demm... 

Mana tak kena sound. Dah langgar pantang larang moyang piot miot meleis rupanya. Habislah majalah fhm neh dan arak kali neh. Confirm kena bakar. Sekian.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, August 25, 2011

Satu lagi artis bakal kena kutuk sebab berdakwah.


Artis kat atas neh tengah cari pasal. Aku tak faham kenapa dia nak cari pasal. Dia tak faham ke mentaliti sesetengah orang melayu islam di malaysia neh berbeza sket? Nampaknya dia neh memang tengah cari nahas.

Artis di atas neh nama panggilan dia adeep. Dia neh bekas anggota the fabuluso.. errr silap. The fabulous cat. Dia neh sekarang dah tinggalkan kumpulan terbabit dan mula memasuki alam dakwah. Inilah kot agaknya antara artis2 yang disebut oleh bob lokman sebagai bakal berhijrah, dan kini telah pun berhijrah.

Apa pun aku nak wish selamat tahan lasak kepada artis neh. Bersedia lah menghadapi sepak terajang dan maki hamun daripada pihak sebelah sana. Kalau boleh cuba beli penebat telinga. Ko perlukan benda tue. Dan juga kalis mata. Bukan apa karang selepas neh habis seme gambar2 lama ko akan di mainkan balik sebagai pembakar semangat di atas perubahan ko. Sekian.

Info lanjut disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, August 24, 2011

Biarlah Nabila huda bercerai, korang sibuk apa?



Sekarang semua tengok kecoh pasal Nabila Huda. Nabila huda neh nak bercerai. Lalu semua orang pun mula lah sok sek sok sek 

Sok sek satu : Wehhh h0t hott hott !

Sok sek dua : Apa weh?

Sok sek satu : Nabila huda tuee hah.. nak bercerai dah.. larhhh baru 3 tahun kahwinnn dah bercerai.. itulah dia artis kahwinn ceraii. kahwiinnn ceraiii..

Sok sek dua : Larhh teruknyaaa awat jadi lagu tue? Sapa larh yang curang yer? Dah agaknya artis memang macam tue.. semua artis teruk larh..

Sok sek satu : Tahu takper.. artis biasalah. Mentang2 lah glamer.. sebab tue suka kahwin cerai kahwin cerai.. kesian anak dia..

Berikut di atas ialah mentaliti pembaca yang WARTAWAN FIKIR.

WARTAWAN FIKIR BAHAWA BILA KITA BACA BERITA2 PASAL KAHWIN CERAI ARTIS KITA AKAN BERCAKAP MACAM DI ATAS NEH.. 

Realitinya..? Macam tue ka? Kalau ikut pengalaman aku pula ;

Soksek : Wehhh.. panas panas.. artis bercerai weh.. gemparrr..!!!

Tak soksek : Gempar ka kalau artis bercerai ka?

Soksek : Ialah kan artis.. bercerai tuee.. dasat..

Tak soksek : Apa yang dasatnya? Lantak dia larh bercerai pun.. dia guna duit ko ka? Dia rampas laki ko ka? 

Soksek : Takdelah macam tue.. tapi dia baru je kahwin 3 tahun dah bercerai.. kan sayang..

Tak soksek : Lantak dia larh. Asal kan dia tak mencuri or menjejaskan kita dia punya pasal dia nak bercerai 10x selepas 3 hari pun kahwin no hal. Masalah rumahtangga dia bukan urusan kita. Itu urusan peribadi dia. Siapa cakap bahawa urusan peribadi artis ialah urusan kita pula? Wartawan hiburan? 

Wartawan hiburan tue je yang suka menyemak dalam urusan peribadi orang, bukan pembaca macam kita. Dia tulis segala bagai then pongpang cakap pembaca nak tahu.. penting youu penting. You kena respect pembaca dan peminat2 you di luar sana.. BULLSHIT larh ko. Yang nak tahu itu cuma ko wartawan2 hiburan. Pembaca malaysia matang2 dan bijak2 belaka. Masing2 faham kesedihan yang artis tanggung bila bercerai dan menghadapi masalah peribadi.

Yang hairan nya wartawan hiburan malaysia neh menjaja kisah peribadi artis yang bercerai berai macam lah bila artis malaysia neh bercerai HARAM. Yang terang2 haram taknak pula jaja segala bagai. Yang benda tak haram [cerai perkara halal yang tidak disukai Allah swt] macam kes perceraian neh depa jaja segala bagai.

Enough lah wartawan hiburan, enough. Jangan ingat rakyat malaysia neh bodoh sangat sampaikan nak menyemak dalam kehidupan peribadi artis. Jangan2 korang wartawan hiburan neh stalkers kot? Muahahahah...

Sumber berita disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...