Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Friday, September 30, 2011

Majlis persandingan memey-norman pasang lagu gereja.





Ada yang komplain kata majlis perkahwinan memey-norman main lagu koir dari gereja. Bukan satu tapi berlagu2. Satu doa selamat ke apa2 selawat ke langsung takde. Hehehhe.. 

Bagi aku, biarlah dia nak pasang  lagu apa pun.. dah kahwin sponsor kena lah ikut citarasa yang sponsor tue... hehehe.. kalau taknak ikut kena larh kahwin guna budget sendiri. Opss ada budget ka? Nafkah anak pun tak terbayar. Yang paling lawak wedding neh digahkan seolah2 ia menelan kos 12juta padahal tak macam 12juta. 

Hahaha.. nasib badan larh. Itupun ada ahti nak bawa masuk tempek ke muzium? Kalau ikut dari apa yang chefwan cakap kan di atas neh baju kahwin tue macam baru keluar dari mesin basuh. Hahahah.. nasiblah sapa yang sokong dia sangat.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Shahir (AF8) Nafi Sertai Tabliqh

Kiranya yang tersebar sebelum neh khabar angin je lah yer? Heheheh... jangan kena paksa ikut kontrak sudah larh ye..

Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.
Shahir berkata, dia sekadar membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.
"Saya tidak pernah berkata untuk berhenti daripada industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.
"Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga," katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu lalu.
Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.
"Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.
"Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri," katanya.
Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan dakwah tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang serta tidak terurus.
"Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.
"Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu," katanya. -MSTAR-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, September 27, 2011

Dikir barat jadi dikir lucah.

Ini realiti. Bukan citer tipu2. Siap ada video di youtube lagi. Apa kes? 

Baca bawah neh terlebih dahulu ;

BARU-BARU ini Siti pergi ke Kota Bharu, sebelah malam jalan-jalan di Wakaf Che Yeh. Punyalah bingit dengan lagu-lagu irama dikir barat, tapi bukan dikir barat.

Ada yang dinyanyikan oleh penyanyi wanita tapi ada lirik yang lucah. Siti belek tengok albumnya, rupa lawa tapi tak sangka menyanyi lagu lucah.

Siti tanya kawan Siti, kenapa dengan dikir barat Kelantan, dah kena hawarkah? Dia menggeleng kepada. Katanya, “Dah lama dikir barat Kelantan kena penyakit hawar. Semua lagu-lagu tu merosakkan dikir barat. Saya malu nak mengaku dikir barat asal Kelantan.”

Siti diberitahu, memang ada kumpulan dikir barat tradisional di Kelantan. Tapi penyanyi solo wanita dan lelaki yang menyanyi irama dikir barat ini yang merosakkan yang asli. Penyanyi pula bukan main gedik lagi. Kalau pelancong luar negara dengar dan tengok gelagat penyanyi ini dalam VCD, malulah orang Kelantan.

Tapi nak salahkan penyanyi itu pun tak boleh juga. Siti pernah terlibat menganjurkan persembahan dikir barat tradisional Kelantan di Kuala Lumpur. Siti terkejut beruk bila selepas pukul 12 malam, semua lagu-lagu berunsur lucah dinyanyi secara duet lelaki dan wanita. Kalau yang asli pun dah begitu, apa lagi yang dikir barat moden.

Kata kawan Siti, “Dikir barat kena dipulihkan, tidak kira yang asli atau moden. Unsur lucah mesti dibasuh habis-habisan, kalau tidak dikir barat akan setaraf dengan lagu-lagu Barat yang lucah, seks dan ganas.” Tok dalang atau tukang karut tua banyak yang sudah tiada, muncul yang muda terpukau dengan populariti nak jadi selebriti. Mereka ini peduli apa asalkan setiap malam atau setiap minggu ada jemputan buat persembahan. Jadi, kalau orang Kelantan sayang dikir barat, demo pakat-pakatlah berubat. Penyakit hawar ini bahaya tau. -Siti jarum UM-

Hope kepada pihak yang berkenan, tolong lah pantau dan banteras benda neh. Siap pakai skirt lepas tue sibuk berdikir2 barat. Memalukan betul. Kot yer pun nak dikir barat tak perlu lah sampai nak meniru stail negara barat. Sadis betul. Konon nak glamer tapi tak glamer2 pun. Hahaha..
Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, September 26, 2011

Perkahwinan Memey-Norman ke Muzium Negara.

Hahahaah... adakah hal ini layak di muzium kan? Khazanah ke apa perkahwinan memey-norman hakim neh? Memetik satu penulisan dalam utusan malaysia bertarikh 25 sept 2011, ahad yang lepas, yang mana ditulis oleh siti jarum ;



"Siti taknak sentuh pasal dia kahwin. Itu dah banyak orang cakap dan tulis yang sebenarnya takde benda pun. Siti nak cakap pasal muzium negara yang khabarnya akan mempamerkan pakaian pengantin memey. Adakah ini satu lawak hari raya muzium negara? Beberapa kali siti hantuk kepala ke dinding untuk memastikan siti tidak bermimpi. Ternyata siti tak mimpi dan siti memang baca mengenai muzium negara nak buat pameran itu. "

"Siti harap martabat muzium negara jangan diturunkan ke taraf kabaret. Siapa memey yang pakaian pengantin dia nak dipamerkan di muzium negara? Hei.. tolonglah jangan buat lawak."

Hahaha... rupanya muzium negara dah tukar jadi muzium lawak. Baru aku tahu. Patutlah suka sangat buat pameran hantoo.


Untuk bacaan penuh sila klik gambar di atas. 

Nota : Untuk skrin komputer yang besar, template neh tak support resolusi skrin anda, harap maklum, ia akan diperbaiki pada masa akan datang. Tq.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, September 21, 2011

Artis islam seksi seksi seksii...

Sapa nak hadiah juta2? Kalau terer jawab teka teki kat bawah neh. Hadiah akan dikreditkan pada setiap jawapan terakhir yang paling salah ikut kepala hotak penganjur iaitu aku sendiri.  Klue ada kat bawah neh yer ;

Hari ini hari khamis. Bukan hari jumaat.

Ini ialah artis bukan ahli politik pembangkang yang bernama anwar ibrahim.

Ini bukan bersih. Bersih is haram. Ini cuma seksi sahaja.

Poco2 haram kan, tapi majalah ada permit.

Majulah munafiq untuk negara. Insya-Allah bersama survival menuju neraka. 

Murtad sana sini, kuning pemacu penukar akidah. 

Ustazah mashitah dan jamil khir tokoh terbilang dunia.

Dah cukup ke klue nya? Cukuplah tue.. hahahah..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Zahida Rafik dapat tajaan menteri pun nak jeles ka?


Ada orang jeles. Sebab menteri tak taja dia macam artis neh dapat. Kesian. Masyarakat malaysia neh rupanya ada yang kuat cemburu. Kalau nak ditaja jadilah orang lawa. Kalau tak lawa duduk diam2 sudah. Bising2 buat apa? Semak!

Baca bawah. Kejelesan orang yang tidak dapat tajaan. Ha Ha Ha ;
Gempar!! Rakan - rakan artis dan orang kenamaan yang menghadiri Rumah Terbuka Artis @ Usahanita Jelita, Zahida Rafiq terperanjat apabila seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia yang rapat dengan Perdana Menteri; tiba-tiba muncul berseorangan di Rumah Terbuka Zahida tanpa ditemani isteri dan pengawal peribadi. Disember lalu, ketika menteri berkenaan bercuti di London, Zahida juga turut berada di sana, juga tanpa kelibat isteri menteri berkenaan.

Zahida merupakan kenalan rapat Zizie Ezzati, isteri Datuk Bung Mokhtar dan ramai rakan Zahida mencemuh menteri berkenaan yang dianggap bacul dan pengecut kerana enggan mengikuti jejak langkah Bung yang berani berpoligami.

Kini, Zahida hidup mewah dengan berkereta besar dan berumah agam, namun hatinya masih dipermainkan Menteri berkenaan yang dianggap sebagai ‘Kia Bo’ atau ‘Takut Bini’. Menurut maklumat yang rapat dengan menteri berkenaan, selain sebuah rumah mewah yang dimiliki Menteri itu di London, Zahida turut dihadiahkan sebuah rumah baru bernilai RM10 juta dan sebuah kereta mewah untuk kegunaannya ketika bercuti di London./
sabahkini



Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, September 20, 2011

LPF : Hantu bonceng tidak menghina islam

Hahaha... dia ingat bab mengucap je ke yang menghina islam? Hellooo keseluruhan filem neh memang menghina islam pun.. daripada kisah hantu gabungan khurafat sana sini. Di tambah pula dengan adegan seksi sampai ke peha. 

Kisah wanita serumah dengan lelaki dan macam2 lagi.. alahaiii... cukuplah LPF + Ahmad Idham.. cukuplarh.. bab mengucap sebahagian dari part yang menghina islam. Nak tunggu gak apa respon dorang bab juliana evans tunjuk peha tue. Takan part tue LPF terlepas pandang kot? Hahaah.. baca bawah statement dari LPF yang dipetik dari bernama.

Lembaga Penapisan Filem akan meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu. 

hantu bonceng the moviePengerusinya Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. 

Beliau berkata pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .

"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. 

"Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu," katanya kepada Bernama.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Diana amir pakai tudung.. sokong je lar..




First, tahniah diucapkan andai berita yang diperolehi dari fb wardina saffiyah neh hal yang benar. Tapi adatlah mesti ada yang akan tettt... macam mempersoalkan perubahan dia dan bagi macam2 label lepas neh. Hahaha..

Dia buat benda baik.. sokong je le. Bagi larh dia peluang untuk berubah sedikit demi sedikit. Apa yang penting dia telah berubah dan mula berani mencari sinar dan hidayah. Yang orang tak support tue.. korang bagus sangat ke? Masing2 ada cara hidup masing2. Cara hidup kita lain, cara hidup diana amir lain so janganlah kita menghakimi cara hidup dia berasaskan cara hidup kita. 

Mungkin korang dah pakai tudung sejak lahir tetapi takan disebabkan itu korang nak eksyen segala bagai? Rileks sudey. Tak suka ka tengok orang islam bertudung? Bab2 cukur kening dan pakai yang agak ketat.. bagi masa larh. 

Nak beli baju pun perlukan masa. Nak tunggu kening pun perlukan masa. Nak tunggu kesedaran dan kesesuaian pun perlukan masa. So just bagi masa. Dia akan berubah ikut cara dia, yang korang tue yakin ke 100% dah berubah dan berdiri di landasan yang betul? Hahaah.. jangan pandai nak hakimi moral orang lain je tanpa sedar moral diri sendiri yer.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Fida cantik walaupun bertudung nampak leher.




Cantik. Walaupun apa pun orang nak kata tapi aku rasa ko memang cantik. Walaupun cara pemakaian tudung neh salah tetapi bagi larh peluang pada dia untuk berubah. Janganlah bersikap menghakimi dan menghukum sedangkan diri sendiri + ahli keluarga sendiri pun entah bertudung ke tidak.. Hahaha.. Kutuk2 dia tapi bila dia berlakon tengok jugaaaaa... hahahaha .. sorry yer terjujur plak i. 


Sumber : sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Empat ulama sokong ahmad idham?

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;



Aku bukan nak nafikan kata2 ahmad idham neh tapi boleh ke kita percaya cakap dia bahawa 4 ulama telah menonton filem neh ? Dia tegakkan hujah bahawa empat ulama telah menonton filem hantu bonceng dan mereka tidak mengutarakan apa2 kesalahan ketika dan selepas menonton sebab tue dia mempertahankan bahawa tiada dialog yang hina Nabi saw dalam filem neh.

Urmm.. aku bukan nak tolak kata2 dia tapi apa kata kalau dia umumkan empat ulama yang telah menonton filem neh? Yelah kalau betul mereka menyokong ahmad idham sudah tentu larh ahmad idham boleh memberikan nama keempat2 ulama terbabit, betul tak?

Ke.. guna nama ulama untuk defend diri sendiri? Bukan apa..bila ahmad idham neh asyik2 cakap ulama sokong dia dan sebagainya.. ini memberikan persepsi serong dan salah kepada ulama2 di malaysia. Yelah selain dari dialog hina Nabi saw yang diucapkan oleh zizan.. ada banyak lagi adegan2 yang hina islam seperti aurat juliana evans yang jelas terpapar.. dalam filem neh. Sampai ke peha.. lak tue. Takan yang neh pun ulama sokong gak? Yang neh tak haram ke kalau dibuat dalam filem?

Sebab tue ahmad idham kalau boleh berhenti je menipu andai benar tiada mana2 ulama yang menyokong dia. Bukan apa.. dah buat satu salah dah ler.. jangan larh lead kepada kesalahan yang lain. Taknak mengaku salah ko punya pasal tapi sampai nak heret dan fitnah ulama neh satu perkara yang sangat besar. Tak pasal2 ulama pula yang mendapat nama buruk.

Walaupun diakui bukan semua orang2 yang arif dalam ilmu agama sanggup berdiri menentang kemungkaran tetapi aku tak rasa pula benda2 macam neh dorang akan sokong sebab benda2 macam neh even bukan ulama pun tahu ia haram apatah lagi kalau dah bertaraf ulama. Sebab tue lebih baik ahmad idham dedahkan nama empat ulama yang dah tonton dan tidak mengutarakan apa2 kesalahan dalam filem neh daripada cakap sembrono konon-nya 4 ulama dah tonton filem neh..  

Heheheh... boleh ke ahmad idham?

Zizan dah minta maaf baca sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, September 19, 2011

Jawapan Ahmad Idham di atas kontroversi filem hantu bonceng

Lihat bawah neh ;


Sumber dari sini

Laaa.. boleh percaya ke cakap dia yang pakar2 agama dah menonton filem hantu bonceng neh? Kalau sungguh apsal larh masih ramai lagi artis2 muslim yang seksi dan seksa boleh terlepas berlakon dalam filem2 di malaysia neh? Adakah islam hanya pada jalan cerita dan skrip je yang dinilai? Pakaian? Warna rambut? Peluk2? Aku tak percaya jawapan ahmad idham neh. 

Kalau betul dia baru sahaja membuktikan bahawa pakar2 agama yang membenarkan pelbagai filem yang mana terdapat muslim2 yang seksi dan sebagainya lepas untuk tayangan ialah pakar duit dan bukan pakar agama. Ahmad idham kena jaga apa yang dia tulis neh. Jangan sampai dia fitnah pakar2 agama dalam neh. Silap2 pakar2 agama tidak pernah di undang untuk menonton filem neh. Takan pakar agama boleh tak nampak kesalahan sebesar tue? Pepandai larh korang fikir sendiri.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Amer Ruffage masuk PAS?


Melalui berita yang dipetik dari sini ;

Amer Munawer, atau lebih dikenali dengan panggilan Amer Ruffage. Bekas ahli kumpulan Ruffage yang terkenal dengan lagu 'Khalayan' dikatakan sudah meninggalkan dunia hiburan sebagai artis yang penuh glamor. Amer juga dikatakan menganggotai kumpulan tabligh di Alor Setar untuk mendalamkan lagi ilmu agama.

Amer juga dikatakan sibuk dengan perniagaan baru dalam bidang daging segar, dan lebih menumpukan diri dalam bidang keagamaan. Sertai menyertai kumpulan nasyid untuk membuat album baru.

  Aku ada berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Amer, dan berbual agak panjang mengenainya. Keluarga Amer ni keluarga yang agak berada, mempunyai perniagaan yang agak besar di Kedah dan Kuala Lumpur.

Abangnya seorang ahli perniagaan, yang seorang lagi masih lagi dibidang muzik (pengiat muzik undergroud) dan juga seorang kakak yang bekerja di luar negara.

Amer kini lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan mendalamkan ilmu agama. Cuma keluarga Amer ni lebih berat kearah pembangkang. Salah seorang dari pakciknya juga diantara kroni Anwar Ibrahim dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Kuala Lumpur.

Bapanya yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof dikatakan seorang ahli Pas dan aktif di dalam parti.

Ada yang kata Amer perjuangannya berat kearah pihak Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Samaada tuduhan ini benar atau tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.

Mungkin dia baru masuk, dan masih belum menunjukkan taringnya..

Sumber berita belum dibuktikan sahih. Baca boleh, nak percaya? Tanggung sendiri.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, September 18, 2011

Zizan hina Nabi saw - Pelakon berani yang wajar dipuji.

 

Tak sangka rupanya zizan neh seorang artis yang sangat versalite. Dari mengacara, menyanyi dan berlakon seme dia boleh.Dan yang terbaru, dia berjaya menyerlahkan dan mempopularkan lagi bakat lakonan yang dia ada menerusi filem box-office juta2 melayu terbaru iaitu hantu bonceng. Lihat sedutan filem hantu bonceng di atas.

Nampak tak betapa berani matinya zizan dalam babak neh? Dia hebat tapi aku percaya finas + penulis skrip + pengarah lagi hebat. Mereka larh orang yang paling penting di belakang zizan neh. So kalau nak puji.. jangan puji zizan sorang2. Kena puji seme sekali. Baru adil kan. Hhahahah..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Najib dan Rosmah kini celebriti terkenal?


Semalam Najib Razak dan Rosmah Mansur membuat kejutan yang telah dirancang terlebih dulu bersama krew2 yang terlibat dalam konsert #suarakami untuk melakonkan kejutan bagi membuat kejutan kepada anak2 muda yang hadir di konsert tersebut.

Diberitahu bahawa ramai yang gembira dengan sikap keterbukaan Najib Razak dan Rosmah Mansur yang sudi menolong membantu anak muda bagi menghadiri konsert neh.  Berikut gambar di atas ialah antara aksi menarik Najib Razak dan Rosmah Mansur yang sempat dirakam penonton konsert #suarakami pada malam semalam.

Cuba tengok Rosmah Mansur tue.. agak2 dia pandang apa yer? Microfone kot.. pengacara aznil nawawi lembab larh. Lambat dapat mesej. Takan tak tahu yang Rosmah Mansur pandai menyanyi? Hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, September 15, 2011

Larangan seksi kepada artis non-muslim dan sijil seksi ikutmood artis islam.

Pada hari neh aku akan dedahkan satu teknik penulisan yang diberikan nama "aku buat okey, ko buat tak okey" yang digabungkan bersama dengan teknik tampalan yang diberikan nama "hipokrasi".

Lihat gambar dan berita di bawah neh ;







Sudah baca dan faham? Okey lihat bawah neh pula ;






Artikel ditulis oleh wartawan berita harian. Rumusan ;


Marsha = bukan islam = seksi = not okey = kena bambu = sebab ada peminat islam = melanggar adat ketimuran

Fasha = muslim = seksi = is okey = rileks = ada peminat "melayu" = tidak melanggar adat kemelayuan.


Semoga teknik "aku buat okey, ko buat tak okey" + hipokrasi boleh memanfaatkan umat islam yang pandai tegur perbuatan orang bukan islam sehingga sanggup berkorban untuk merelakan diri mendapat penyakit buta dan pekak. Sama2 kita hargai pergorbanan itu. Sekian.
Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, September 13, 2011

Pian cecupak maki beautifulnara.



Sendiri baca sendiri fikir.

Dipetik dari sini dan sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, September 12, 2011

Artis ini memerlukan bantuan pakaian.

Nama : Zain Saidin

Kerjaya : Pelakon 

Bantuan yang diperlukan : pakaian lengkap untuk berposing.

Sepertimana yang kita sedia maklum artis2 yang baru naik bayaran yang mereka terima amatlah rendah sampai nak beli baju dan seluar pun tak mampu. Di harapkan bagi anda suka menderma boleh larh menderma terus kepada artis di atas. Semoga niat baik anda dibalas baik. Amin.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Waris saiful bukhari azlan ditemui.



Bekas anggota Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat menganggap tuduhan yang dibuat oleh bekas kekasihnya Nur Syuhada atau lebih dikenali sebagai Adda mengenai kisah cinta mereka sebagai melampau batas dan mempunyai agenda tertentu.
Kata Mamat, dia berani menjunjung kitab suci Al-Quran dan bersumpah bahawa kenyataan yang dibuat oleh vokalis kumpulan Butterfly itu adalah tidak benar.
"Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan.
"Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan," katanya kepadamStar Online, di sini, Isnin.
Mamat diminta mengulas kenyataan Adda dalam sebuah akhbar mingguan yang mendakwa dia telah memutuskan hubungan cinta mereka tanpa sebarang alasan.

Malah dalam kenyataan tersebut juga, Adda mendakwa Mamat sebagai individu yang menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah.
Bagaimanapun, Mamat akui dia sedar perkara sebegini akan berlaku dan menasihatkan Adda agar tidak membesarkan lagi perkara ini.
"Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.
"Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi," katanya kesal.
Dalam pada itu, mengenai perpecahan kumpulan Sepah yang dikatakan berpunca daripadanya, Mamat berkata keputusan berkenaan adalah persetujuan daripada ketiga-tiga pihak.
"Perkara itu sudah dijelaskan dan keputusan itu adalah daripada kami bertiga buka kerana saya seorang," tuturnya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas reaksi kekasih barunya iaitu pelakon Fida, Mamat berkata, pelakon Kasih Alia itu seorang yang profesional dan berfikiran terbuka.
"Fida menyuruh agar saya tidak melatah kerana ini adalah asam garam kehidupan sebagai artis dan dia sangat memahami situasi saya sekarang," ujarnya. -MSTAR-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Pelakon wanita seksi disekat berlakon, majalah mangga di ban.

Alhamdullilah, kerajaan malaysia semakin faham apa itu islam. Tindakan mereka ban majalah bangga dan sekat artis2 seksi daripada berlakon di sambut baik oleh masyarakat muslim seluruh di negara. Sesungguhnya tindakan neh selayaknya diberikan pujian 100% kerana ini akan memulihkan kembali imej muslim yang selama neh di anggap hipokrit sebab hanya pandai cakap tapi tak pandai amal. 

Lihat bawah neh ;

Punjab – Persatuan pengeluar filem di Selatan India mengharamkan aktress, Nikhita Thukral  daripada berlakon selama tiga tahun berikutan dakwaan dia mempunyai hubungan intim dengan seorang lagi aktor, Darshan, sehingga menyebabkan rumah tangga aktor tersebut menjadi kacau bilau.

Larangan ke atas Thukral dibuat selepas aktres tersebut didakwa menganggu kehidupan Darshan, yang terkenal dengan aksi lasak.

Tindakan tersebut diambil selepas Darshan ditangkap atas tuduhan melakukan keganasan rumah tangga, tiga hari lalu, susulan laporan yang dibuat oleh isterinya, Vijaylakshmi. Wanita itu mendakwa, Darshan telah memukul dan mengancamnya dengan senjata, namun dia kemudiannya menarik balik laporan polis itu.

Tangkapan ke atas Darshan telah mencetuskan bantahan di kalangan peminatnya di Bangalore, sehingga menyebabkan mereka merusuh, sekali gus memaksa polis menggunakan kayu untuk meleraikan mereka.
Menurut Presiden Bersekutu Pengeluar Filem Kannada, Munirathnam, larangan itu akan ditarik balik jika Thukral memohon maaf di atas tingkah lakunya dan berjanji tidak terlibat dengan Darshan lagi.

Bacaan penuh disini.



Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, September 11, 2011

Sepah Sepih Putus Patah Terbalik seme cukup.


Mamat yang minta putuskan perhubungan kami. Tanpa sebab. Saya tanya kenapa, dia bagi tahu tak suka perempuan seksi. Tapi kenapa baru sekarang dia cakap tak suka perempuan seksi? Nampak sangat mulut buaya darat, dah ada orang lain dia bagi alasan. Memang saya menangis apabila percintaan kami putus. Mamat juga dah bagi cincin tanda, kami merancang untuk melangsungkan pertunangan sebaik Maharaja Lawak selesai.


Tambah memburukkan keadaan apabila Mamat meminta Adda untuk memulangkan cincin yang pernah diberi beserta dengan bekas-bekasnya sekali. Dia sendiri yang sarungkan cincin ke jari saya sebagai tanda saya ni milikinya. Tapi, apabila Mamat memutuskan percintaan kami, dia nak balik cincin tu.
Mamat kata dia nak jumpa saya, katanya dia nak tukar cincin tu jadi rantai. Nanti bila dah jadi rantai dia bagi balik. Rupa-rupanya tak! Mamat bukan saja nak cincin itu dikembalikan, tapi dia nak saya pulangkan dengan bekas cincin itu sekali. Cincin tue bukannya mahal sangat dalam RM500 lebih saja, dia nak kecoh sangat kenapa? Lepas tue dia boleh buat cerita dengan orang keliling, saya nak pow duit dia.


Namun Adda tidak langsung menuduh Fida sebagai perampas kerana baginya Fida tidak tahu langsung mengenai status perhubungannya dengan Mamat ketika itu. Saya memang tak dapat hidu percintaan antara Mamat dan Fida, jadi saya sedih apabila dapat tahu mereka dah berkawan. Ketika Mamat bertemu Fida, saya dan Mamat masih lagi bersama.
Tapi saya tak rasa Fida ini perampas. Mamat nie kalau bercakap ayat manis. Katanya mereka dah kenal enam bulan ketika penggambaran Man Sewel Datang KL. Ketika mereka terbabit dalam penggambaran, saya masih bersama Mamat. Saya yang ikut Mamat ambil skrip berkenaan. Sebab itu saya yakin, ketika dia mengenali Fida, saya masih bersama Mamat. 

Ada kata-kata tersirat daripada Adda yang menyuruh Fida berhati-hati ketika bercinta dengan Mamat.Mamat nie curang! Dia memang ada ramai perempuan! Ada juga bekas kekasih Mamat yang cari saya, nak bunuh diri kerana dia. Sebab tue saya katakan Fida bukan perampas, dia tak tahu apa-apa. Kasihan dia. Tapi saya harap Mamat berubah apabila dia dengan Fida sekarang. Jangan jadi seperti sebelum ini, lepas seorang seorang dia kenakan. 

Paling mengejutkan ialah apabila Adda memberitahu punca perpecahan Sepah tak lain tak bukan kerana Mamat.Mamat juga pernah berita saya saya, sekiranya saya buka cerita, buka aib dia, beliau nak saman! Padahal apa yang saya dedahkan adalah cerita benar. Sekarang nie Sepah dah berpecah, sebabnya dialah.
Saya nak orang tahu siapa Mamat yang sebenarnya. Sekalipun dia tidak pernah bercerita kepada wartawan kenapa kami putus, tapi memburukan nama saya kepada orang sekeliling. Itu yang saya bengang.  Sumber - BN -

Confirm dedua kena ketuk sekarang. Ha Ha Ha..  Baca boleh percaya ikut suka hang.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Jijah.. jijah jom gosip. - A video must watch

Memang dah lama nak rakam benda neh. Sejak nampak dia beberapa bulan yang lalu di kaca tv melalui program galaksi aku dah set dalam minda aku kalau nampak dia lagi lainkali aku nak rakam cara dia bergosip. Kebetulan semalam aku terserempak dia lagi. So tak lepas peluang. Korang tengok lah sendiri video di bawah neh. Bergosip ke buat lawak? Hahaha.. hal rumah tangga orang pun nak semak.



Jaga-jaga ada orang memerhatikan ko juga.. hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, September 10, 2011

Saya sebarkan aib dan saya ok.

Sudah sampai masa nya untuk masyarakat belajar membezakan apa itu aib dan apa itu mencegah kemungkaran. Pendedahan gambar bogel dan aksi lucah awan dania tidak boleh dihalalkan atas nama mencegah kemungkaran. Lihat bawah neh ;


Salah satu gambar peribadi milik pelakon pembantu awan dania terdedah. Gambar ketika dia berlakon ada bawah neh ;



Masyarakat kena belajar setakat mana batasan mereka boleh bergosip apabila membabitkan maruah [aib] orang lain. Contoh mudah ;

1. AIB = Apabila dia berbuat dosa secara sembunyi yang tidak melibatkan masyarakat terbanyak / kepentingan orang awam maka wajar kita simpan tak kira siapa dia sekalipun. Pemimpin ka, pelakon ka apa ka. Contohnya macam berzina. Kita tidak layak membuka aib dia ataupun membeli / membayar semata2 nak mencari aib untuk dibongkarkan. Sejak bila kita boleh membeli aib untuk tujuan gosip dan sebaran?

2. Mencegah kemungkaran = Apabila dia berbuat dosa yang melibatkan kepentingan orang lain / masyarakat seperti mencuri, membunuh, merogol, merasuah dan sebagainya [waima secara sembunyi sekalipun]. Dalam erti kata lain dosa yang menyebabkan orang lain teraniaya ataupun dizalimi, maka wajib bagi kita membendungnya samada menasihat ataupun apa2 tindakan yang dirasakan wajar dan mampu dilaksanakan oleh rakyat biasa macam kita.

Contohnya macam artis yang sengaja berpakaian seksi dan membiarkan wartawan publish gambar seksi tersebut di media. Itu baru salah dan kita wajar tegur sebab mereka melakukan dosa secara terang2an. Ataupun artis yang menyebarkan gambar dia bersama anjing. Bukan orang curi tapi sendiri sebar. Tetapi bagi mereka yang menyorokkan perbuatan dosa itu, mereka masih ada rasa malu dan tidak boleh disebarkan andai kita tahu sekalipun.

Kenapa perlu kita halalkan perbuatan menyebarkan aib atas nama gosip? Nak nasihat? Gunalah kaedah yang bijaksana. Jelas gambar2 yang ditangkap adalah untuk peribadi sendiri tak kiralah seteruk mana pun ia. Bukan kita ada hak nak sebarkan ia. Apatah lagi dia tak pernah paparkan di dalam mana2 majalah ataupun facebook secara terbuka. 

Macam mana boleh ada sesetengah orang tue berfikir bahawa menyebarkan aib sebagai salah satu cara untuk nasihat? Aib ialah aib. Nasihat ialah nasihat. Dua benda neh tak bercampur sama sekali. Apabila anda menyebarkan aib ialah adalah anda menyebarkan aib, bukan nasihat.

Cukuplah tue. Gambar milik peribadi dia. Walaupun ia maksiat yang menjurus kepada perzinaan [belum terbukti dia berzina ] itu urusan dia dengan Allah swt. Korang tak perlu semak sangat dalam kehidupan artis dalam2 sampai urusan macam neh pun korang menyibuk. Bukan hanya zina je ada dosa, yang menyebarkan aib pun tak lepas darinya. 

Fikirlah yer. Andai kata, hari neh kita bayar orang sebab dapat berita sensasi bagi sebarkan aib artis atas nama gosip, esok di akhirat kelak siapa pula kita nak bayar bagi elak disoal Allah swt? 

Sumber : sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, September 8, 2011

[VIDEO] - Filem hantu bonceng sayang islam - Juliana evans berkorban demi islam.


 Filem terbaru daripada juliana evans. Tahniah diucapkan kepada ;

1. juliana evans

2. pengarah

3. penulis skrip

4. jurukamera

sebab sudi mengingatkan umat islam betapa penting nya peranan azan dan kalimah subahanallah dalam kehidupan seharian kita, umat islam.  Disebabkan sikap prihatin dan pergorbanan juliana evans dalam filem neh, kini ramai orang islam mula faham apa itu aurat dan kesan positif daripada filem neh ialah apabila semakin ramai yang mula menutup aurat. 

Alhamdullilah. Semoga ada pengarah yang boleh buat filem rogol betul2, bunuh betul2, menagih betul2, berzina betul2 bagi memberikan pengajaran kepada umat islam agar mereka berubah. Alhamdullilah, usaha murni kena support beb !

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, September 7, 2011

Jamal Abdilah kini berdakwah.


Rasanya ramai kot yang dah kenal sapa jamal abdilah yer tak? Tapi tahu tak baru2 neh jamal abdilah dah berubah? Hah.. kalau taktau elok baca bawah. Di samping berubah dia juga menjadi semakin keramat.. jangan main2 whorr.. ;


Raja Pop Negara, Jamal Abdillah akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di sini hari ini.
Katanya, dia menyertai UMNO kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.
“Walaupun saya baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya saya telah lama menyokong UMNO malah arwah ayah saya juga semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.
“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.
“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum. Saya tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu mencari publisiti murahan kerana saya tahu dan yakin dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya.
Jamal turut melahirkan rasa kagumnya terhadap UMNO dan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat malah sentiasa memertabatkan dunia artis.
“Saya menyeru para peminat dan rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk kita.
“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” ujarnya lagi.

Sumber : sini 

Aku sejujurnya menyokong penuh kenyataan jamal abdilah di atas. Kerajaan memang expert dalam bab2 menjaga kebajikan artis. Salah satu contohnya di bawah.  


Mangga juga terbitan utusan yang dimiliki oleh kerajaan sekarang, harap maklum. Memang terjaga habis kebajikan artis di bawah kerajaan neh. Salute!

Amaran keras : Tolong jangan muntah disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, September 6, 2011

Konsert menderma sambil beriadah bersama 2PM november ini di malaysia.


Ramai rakyat malaysia especially yang muslim comel lote cute miut minat pada 2 PM neh. Bukan sahaja 2PM, malahan pada kebanyakkan artis korea yang lain. Mungkin sebab keunikan dan kelainan yang mereka tampilkan. Tak pelik. Cuma terfikir bagaimana nak kawal nafsu setakat mana kita boleh pergi untuk mereka?

Pada 25 november  neh 2PM akan buat konsert di stadium negara. Konsert itu dijangka akan mengumpulkan ramai orang islam yang prihatin dan suka menderma atas nama hak asasi manusia. Harga tiket untuk konsert neh belum ditetapkan lagi tapi insya-Allah konsert neh akan mendapat sambutan hangat seperti konsert2 yang lepas.

Yang sebenarnya, berhibur tak salah, beli tiket konsert mahal2 pun tak salah. Apa yang penting motif dan hasil akhir. Semoga dengan sikap yang suka menderma neh akan dapat pulangan di akhirat kelak. Amin


Jom Gosip Sampai Kiamat

AC Mizal tak bayar nafkah anak sebab amalan jimat cermat.


Amalan jimat cermat adalah amalan yang mulia. Sebagai tokey gelang magnet yang kaya raya dan mewah serta seringkali mempamerkan kemewahan gaya hidup akibat perniagaan gelang magnet #kuasaajaibgelangsakti, AC Mizal seorang lelaki yang sangat berjimat cermat dalam kehidupan seharian nya. Boleh lihat kisah hidupnya di bawah neh ;

Bekas ibu mertua pengacara dan pelakon, AC Mizal mendakwa anak perempuannya, Shafnie Zainuddin terpaksa meminjam duit daripadanya semata-mata untuk menampung perbelanjaan dua cucu lelakinya. Rafiah Ab. Talib, 62, menerusi afidavit keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang dekat sini, hari ini memberitahu anak perempuannya turut terpaksa menjual pelbagai barangan kepada rakan-rakannya bagi tujuan tersebut.

Menurut pesara itu, Shafnie terpaksa berpindah dari rumah yang disewa di Kota Damansara ke rumahnya di Kajang kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pembantu rumah. Berhubung penghantaran anak sulung pasangan tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 15, ke Sekolah Menengah Islam al-Amin, Bangi iaitu sebuah sekolah swasta yang berteraskan Pendidikan Islam, Rafiah dalam afidavitnya menyatakan:

''Muhammad Shafiq tidak mendapat bimbingan agama daripada ayahnya sejak kecil lagi, oleh sebab itu dia dihantar ke sekolah tersebut,'' jelasnya. Rafiah juga mendakwa, emosi dua cucunya akan terganggu apabila melihat laporan media yang menyatakan AC Mizal hidup senang-lenang kerana mempunyai sebuah syarikat menjual gelang tangan selain membintangi filem serta mengacara rancangan di televisyen.

''Muhammad Shafiq pernah mempertikaikan apabila melihat ayahnya memakai sepasang kasut berjenama ketika remaja itu hadir bersama ibunya ke prosiding mahkamah tahun lalu sedangkan dia hidup sederhana,'' jelas Rafiah.
Dalam permohonan pengubahan nafkah anak, Shafnie yang diwakili peguam syarie, Azmi Rais menuntut agar jumlah RM300 sebulan bagi dua orang anak diubah kepada RM3,770 sebulan.

Ia merangkumi makan minum bulanan sebanyak RM400, pengangkutan (RM240), insurans pendidikan (RM1,000), pembantu rumah (RM200), pengajian al-Quran (RM280), dana amanah pendidikan (RM1,000) dan sewa atau ansuran rumah (RM650).

Selain itu, dia meminta perbelanjaan tahunan berjumlah RM9,000 yang merangkumi pakaian (RM3,000), perubatan (RM1,500), yuran sekolah atau tuisyen (RM500), aktiviti kokurikulum (RM1,000) dan hiburan serta percutian (RM3,000).

Seorang yang tiada duit upah peguam untuk minta duit dari lelaki yang suka berjimat cermat. Hahaha... memang hebat kuasa gelang ajaib neh kan? Samada degil membawa padah, ataupun dendam membawa masalah, sama2 kita doakan agar gelang magnet ajaib boleh selesaikan masalah. Amin.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, September 2, 2011

Tudung cikgu shida hilang dek ribut taufan!

Sila lihat gambar bawah neh ;


Berikut ialah gambar sebelum ribut taufan melanda dan merempuh cikgu shida. Dan lihat gambar di bawah neh pula ;


Keadaan cikgu shida setelah dirempuh ribut taufan. Kami disini mengharapkan agar cikgu shida cepat sembuh dan selamat daripada ribut tersebut. Amin.

Nota : Drama cikgu shida di kaca tv boleh di tonton melalui astro warna. Jangan risau jika anda terlepas. Ini kerana astro warna juga dikenali dengan nama channel astro ulangan.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, September 1, 2011

Paranormal apabila artis bertindik subang.




Ada orang cakap I jadi macam ni kerana bapa I kahwin lain, ada yang mendakwa I jenis sosial & bermacam lagi yang dilemparkan kepada I. I mengaku buat salah kerana bertindik di lidah,  I mengaku adakalanya diri ini memang nakal, suka memberontak & sebagainya. Tetapi, I bukan jenis sosial.
“I jenis yang buat salah sekejap je, lepas tu insaf balik. Sebagai remaja, ada perkara yang dilakukan oleh I merupakan benda yang tidak dirancang. Kejap nak buat itu, kejap nak buat ini. Keluarga juga tau apa yang I lakukan, mereka tetap menegur I. Cuma, ada masanya apabila I geram, I akan rebel,” kata Erin Malik dalam nada serius.
“Walau bagaimanapun, Erin akan tanggalkan tindik ini apabila terlibat dengan lakonan,” jelas Erin Malik mengenai tahap profesional sebagai pelakon.
Erin Malik memaklumkan bahawa dia bersikap positif terhadap apa sahaja dakwaan dan hinaan yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.
“Erin tak marah, mungkin daripada luar orang nampak Erin ni jahat. Tapi, Erin minta kepada mereka yang tidak mengenali diri ini secara peribadi, supaya jangan cepat menjatuhkan hukuman kepada Erin. Kepada sesiapa yang salah faham, anda boleh dapatkan penjelasan penuh daripada Erin seperti dipaparkan dalam rancangan tv berkenaan,” kata Erin Malik yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.

Konklusi disini ialah ;

1. Artis apabila pakai tidak menutup aurat = normal.

2. Artis wanita tidak menutup rambut = normal.

3. Artis wanita mencukur kening = normal.

4. Artis wanita mewarnakan rambut  = normal.

5. Artis wanita berlakon berpeluk = normal.

6. Artis wanita yang bertindik lidah = paranormal.

Melalui kitab al-melayu-al-hukumikutsuka menjelaskan bahawa ;

Barangsiapa yang menindik lidahnya adalah berdosa besar berbanding mencukur kening, mewarnakan rambut, berpeluk dan mendedahkan aurat. Dosa itu lebih berat dan akan dimasukkan ke dalam neraka melayu selama seribu abad lamanya. -Riwayat melayu ikut hukum suka ahti aku.

Oleh itu tak hairan kenapa media, wartawan dan ramai orang hanya komplain isu tindik lidah! Heh

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...