Sebarang berita yang ingin anda salurkan sila hubungi kami disini Segala hakmilik penulisan disini tidak boleh dicopypaste tanpa izin pemilik blog kecuali dinyatakan sumbernya.

Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Friday, October 7, 2011

Fida Putuskan Hubungan Cinta Dengan Mamat



Mula-mula mamat tinggalkan girlfriend dia, selepas itu dia pula kena tinggal. Hahahaah.. Apsal dalam bulan neh kisah mamat je yang naik yer?

Mula2 pasal mamat tinggalkan awek sendiri untuk fida. Selepas itu kumpulan sepah dibubarkan menurut pengakuan mamat, lepas tue dia sebarkan gambar fida tanpa tudung, selepas tue dia cakap kumpulan sepah wujud selepas ahli2 sepah yang lain menubuhkan kumpulan lain dan terbaru fida tinggalkan dia. Urmm fida pun dah pening kot? Hahaha..

Pengakuan fida berhubung kisah cinta nya bersama mamat ;



Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut. “Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja” -ROTIKAYA-

Mamat, jangan tersepai sudah lah yer. 
Jom Gosip Sampai Kiamat

Diana Amir Kurang Tawaran Berlakon Selepas Tutup Aurat



Dorang jeles ler tue sebab dah tak dapat nak peluk2 dan pegang2 awek muslimah yang cun melecun. Dorang bengang sebab tak dapat nak menggunakan tubuh awek muslimah yang cun melecun untuk memperagakan pakaian haprak dorang di kaca tv. Be cool. Rezeki ada dimana2 untuk mu.

Salute dengan pendirian diana amir yang sudi mengakui dia cetek agama. Itu lebih baik daripada orang yang beria2 mengaku pandai agama tapi buat perkara mungkar.  Kenyataan Diana Amir yang dipetik dari MSTAR ;



Pelakon filem “Aku Masih Dara”, Diana Amir mengakui tawaran berlakon semakin berkurangan selepas dia membuat keputusan untuk “berhijrah” dengan memakai tudung. Diana berkata, dia memandang positif mengenai perkara itu dan menganggap ia sebagai satu ujian yang diterimanya daripada Allah.
Katanya lagi, walaupun tidak mempunyai tawaran berlakon dia menggunakan masa terluang yang ada dengan mendalami ilmu agama.
"Buat masa ini saya tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon tetapi saya mengambil ia sebagai ujian selepas penghijrahan saya.
"Saya kini lebih banyak meluangkan masa untuk menghadiri kelas agama dan saya semakin berasa seronok dan tenang," ujarnya.
Diana berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sidang media Festival Filem Malaysia (FFM24) di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Diana berkata dia masih ingin terus berlakon tetapi dengan watak sesuai dengan imejnya.
Diana sebelum ini mengejutkan semua pihak dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.
Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.-MSTAR-



Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, October 6, 2011

Enot menyesal komen pasal hudud.



Enot dah menyesal habis. Pasal hudud dia kena hentam kaw2. Bisnes dia pun turut terjejas. Ini membuktikan ramai orang islam sokong hudud. Baca bawah neh ;

Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, semalam. 

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh. 

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian sebentar tadi, Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu. -sinarharian-

Artikel penuh tentang isu neh akan disiarkan dalam terbitan sinar harian esok. Harap2 dia tak berikan komen yang boleh menjejaskan kenyataan minta maaf dia di atas neh pula. Apa pun, sama2 larh kita tolong tarbiah dia, semoga dia amek kesilapan kali neh sebagai pengajaran. Tugas kita disini bukan menghukum sebaliknya membimbing.





Kenyataan enot dan lain2 artis boleh dilihat disini. Selain dari enot, heliza dan datuk aziz sattar juga turut dikritik di facebook dan twitter.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Jakim disarankan pergi mampos.

Filem Seram Perlu Ikut Garis Panduan – Jakim

 




BLOGIKUTSUKA – AmenoWorld [AW] menyarankan agar JAKIM pergi mampos kerana dikhuatiri mengandungi nilai negatif dan menyimpang daripada ajaran Islam.
AmenoWorld berkata JAKIM juga hendaklah mati dengan kadar segera kerana ia Berhubung Dengan Unsur-unsur Yang Bercanggah Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dikeluarkan pada tahun 2005.
Genre seram, tahyul, khurafat, artis seksi, majalah lucah, drama merepek, undang2 mengarut,  dan sebagainya dilihat tidak membantu dalam usaha pembentukan generasi masa depan malah akan merencatkan pemikiran generasi islam dengan tanggungjawab yang akan dipikul mereka kelak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai lambakan filem seram di televisyen, yang menurutnya, tidak langsung membantu membina pemikiran masyarakat.
Drama, filem seram, artis seksi, majalah lucah mangga dan sebagainya bukan hanya ditonton oleh orang dewasa pada lewat malam tetapi kerana kemajuan teknologi, ia boleh dilihat 24 jam oleh semua peringkat umur, katanya dalam kenyataan, Rabu. – BERNAMA

Kalau mahathir tak bagi kenyataan, sampai bila pun JAKIM takan respond. Beginilah cara JAKIM buat kerja. Sebagai seorang suis, kita kena tekan suis JAKIM barulah dia boleh menyala. Dan kita juga kena jadi pak menteri supaya akidah umat islam terbela. Rakyat biasa miskin hina tiada value dalam suis si JAKIM. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, October 5, 2011

Nak glamer seksi lah macam Amanda.


Disini artis baru Amanda Imani akan kongsikan anda tips untuk cepat glamer. Insya-Allah anda juga akan popular setelah meniru cara dia. Sama2 kita doakan. Insya-Allah.
“Baju rekaan Wan Huzairil itu sebenarnya mengikut tema malam resepsi Norman Hakim & Memey Suhaiza.It’s a close red carpet event. Kebanyakan selebriti yang hadir pun turut mengayakan fesyen yang lebih kurang sama. Jadi, saya memang terkejut apabila fesyen yang saya gayakan menjadi perhatian pula,” kata Amanda memulakan sesi perbualan dengan OHBULAN!

“Saya tiada niat nak timbulkan kontroversi. Niat saya pada malam itu adalah sebagai seorang penyanyi profesional yang ingin menghiburkan hadirin. Saya mendendangkan 2 buah lagu sebagai hadiah buat pasangan berkenaan, iaitu lagu I Turn To You – Christina Aguilera & A Love That Will Last – Renee Olstead. Saya hadir untuk buat kerja sahaja.”


“Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.
“Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu bertutup. Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,” ujar Amanda lagi.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampak bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,” kata Amanda Imani mengakhiri temubual bersama OHBULAN! -OHBULAN-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, October 3, 2011

Memey buka kilang plastik - tahniah!


Korang tahu tak apa itu plastik? Korang pernah pegang plastik? Korang teringin nak beli plastik dengan harga yang murah dan berbaloi2? Ini caranya. Memey boleh tolong korang. Baca bawah ;


“Alhamdulillah, akhirnya kami selamat bergelar suami isteri dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami baik di kampung saya, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan di Crowne Plaza.
“Bagaimanapun, seminggu bergelar isteri, terasa kekok sangat. Biasalah, sebelum ini apabila berdepan dengan keluarga atau keluar bersama, kami tidaklah begitu rapat atau berpegangan tangan.
“Selepas berkahwin, lupa pula yang kami sudah mempunyai ikatan yang sah. Sampaikan saudara mara bertanya, ‘kenapa duduk jauh-jauh? Kan dah kahwin...’
“Alhamdulillah kami masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan fasa baru perhubungan kami ini. Saya harap kami dapat melalui ‘kemanisan’ rumah tangga sehingga ke akhir hayat,” kata Memey.
Tambah Memey, dia juga kini sudah memikirkan menu makanan yang perlu dimasak buat suami tercinta memandangkan Norman seorang yang kuat makan.
Selain itu, pasangan ini juga ingin membina rumah tangganya menjadi lebih sempurna dengan mempunyai seramai empat orang anak.
“Kalau nak diikutkan, kami tidak merancang untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini, tetapi rezeki adalah ketentuan Tuhan bukan. Cuma pada masa akan datang kami merancang untuk memperoleh seramai empat orang cahaya mata,” ujar Norman pula. - MSTAR-

Laaa sebelum kahwin duduk satu rumah. Lepas kahwin duduk jauh2 pula. Takan dah bowsan? Hahaha..apa pun kalau korang nak tempah plastik cari lah memey neh. Macam2 plastik dia boleh reka special untuk korang. Sekian. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...