Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Wednesday, November 30, 2011

‘Saya dah nak kahwin’ - Shidah Harmi

Kalau betul lah pengakuan oleh shidah neh nampaknya orang yang mengedarkan gambar shidah dan apek sehari sebelum perlawanan sememangnya ada memasang satu niat. 


Shidah menerusi satu pengakuan melalui metro online memberitahu bahawa ;

Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.


 “Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya -HM-


Kalau betul bukan shidah yang edarkan, dia kena fikir balik dalam2 siapa lagi yang boleh akses gambar2 lama dia bersama apek dan sapa lagi yang boleh akses rekod2 bbm dia sebelum2 neh. Rasanya kalau ini kerja pihak yang ketiga, sudah tentulah individu2 neh mereka yang rapat dengan shidah. Sebab gambar2 neh berada dalam simpanan shidah dan bukan nya apek. BBM pun dikatakan diambil dari BB shidah bukan nya dari BB apek.

Kalau lah individu neh dengan sengaja cuba nak mengaibkan shidah dan apek, sudah tentu dia bertujuan sesuatu. Orang neh rasanya dia bukan buat pasal duit. Kalau pasal duit, ini kena tanya pada rotikaya lah sebab dia lah pemblog yang mendapat info langsung dari sumber yang mendedahkan gambar2 shidah dan apek.

Mungkin berasaskan dendam or something2. Dan buat shidah, baguslah kalau ko dah berubah. Jagalah diri dan peribadi elok2. Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Mudahan2 perubahan neh berterusan dan bertambah baik.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Doktor Peribadi Michael Jackson Dihukum Penjara 4 Tahun



Bahaya juga jadi doktor peribadi kepada artis neh. Silap bagi ubat terus dipenjarakan. Apatah lagi kalau menjadi asbab kepada kematian artis itu sendiri. 

Tapi keputusan neh takdelah adil sangat sebab, walaupun dia dijatuhkan hukuman penjara empat tahun oleh hakim mahkamah tinggi tetapi dia dijangka hanya akan duduk dalam penjara selama 2 tahun je di atas sebab kepadatan penghuni di dalam penjara california. 

Baca bawah ;


Doktor peribadi Michael Jackson, Dr Conrad Murray telah dihukum penjara maksimum empat tahun setelah didapati bersalah membunuh tanpa niat raja pop itu tiga tahun lalu.
Hakim ketika menjatuhkan hukuman tersebut telah menyelar tingkah laku doktor berkenaan sebagai "money-for-medicine madness."
Sementara terdapat juga kemungkinan doktor tersebut akan hanya menjalani hukuman separuh daripada jumlah tersebut ada kemungkinan juga dia akan diarah membayar ganti rugi kepada keluarga Jackson.
Pihak pendakwaan meminta supaya mahkamah mengarahkan Dr Murray membayar sehingga AS$100 juta.
Ibu Michael Jackson, Katherine yang berusia 81 tahun berkata: "Empat tahun sebenarnya tidak memadai untuk mengantikan nyawa seseorang.Empat tahun tidak akan menghidupkan kembali anak saya tetapi ini adalah ketetapan undang-undang...dan saya berterima kasih kepada hakim di atas keputusan ini."
Secara realitinya, Dr Murray dijangka tidak akan menghabiskan tempoh empat tahun itu di dalam penjara memandangkan di Negeri California masalah penjara yang padat akan mendorong pihak berkuasa penjara untuk memendekkan hukuman.
Dalam kes seperti ini, beliau akan menghabiskan paling maksimum pun dua tahun sahaja di belakang penjara.-MSTAR-




Jom Gosip Sampai Kiamat

Perkataan "REFORMASI" punca lagu Bunkface diharamkan RTM.





Kah kah kah


Berita paling lawak.

kah kah kah.

Sakit usus aku membacanya oiitt.. 

Punyalah beratus2 gambar seksi, gambar bogel, gambar mengarut artis2 wanita yang sering didedahkan dan selalu dikomplain. Itu tak termasuk lagi dengan salah laku moral yang diamalkan oleh artis2 sebegitu. 

Tapi sikit pun tak pernah RTM nak kesah or hirau dengan mengambil tindakan, hukum, tegur, warning or apa sahaja. Ini, bab lirik lagu, sikit punya kecik, RTM kesah sehinggakan haramkan lagu neh dimainkan di dalam tv dan station radio milik RTM?

Peh.

Baca bawah neh beb ;

“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.

“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,”

kah kah kah

RTM takut dengan perkataan REFORMASI.

Kah kah kah

Lawak woitt.. lawak!

Berita penuh disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Lisa Surihani dapat anugerah khas dari UMNO.


Sedang heboh di pelbagai blogs gambar Lisa Surihani yang hadir ke perhimpunan agung umno. Menerusi gambar2 tersebut wujud pelbagai tafsiran bahawa Lisa Surihani hadir ke perhimpunan Agung Umno kerana telah menjadi ahli umno. 

Yang sebenarnya dia hadir ke perhimpunan tersebut sebab terpilih sebagai salah seorang di antara lima pemenang anugerah kecemerlangan. Anugerah yang diberi nama Anugerah Pencapaian Khas Pergerakkan Puteri neh telah memilih lima penerima antaranya ialah johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.

Tapi rasanya kalau mereka neh bukan ahli puteri umno maybe tak layak kot dapat anugerah neh. Jadi, rasanya disebabkan dia neh ada kaitan dengan umno lah rasanya baru layak dapat anugerah neh.. ye tak? Sesiapa pun berhak menyokong mana2 parti yang dia kehendaki. Hahaha.. apa2 pun good luck lah pada Lisa Surihani. 


 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, November 27, 2011

Seksi je, bukan nya berbogel - Zarina Annjoulie.





Berikut di bawah ialah statement Zarina Annjoulie yang dipetik dari utusan. Hurm... rasanya dia neh memang tak makan nasihat. Jadi kepada pihak yang berkenaan, ambil lah tindakan yang perlu.. takan nak diam2 je kot.. 


Namun, bagi anak jati Kuala Lumpur itu, dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya kerana sudah menjadi resmi masyarakat yang pasti akan terus memandang serong kepadanya waima apa keadaan sekali pun.
Malah, dengan penuh tegas juga Anju memberitahu, dia sama sekali tidak menyesal dan tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak.

"Kalau saya tak buat, orang tetap akan kata, saya buat juga. Jadi, lebih baik saya buat walaupun bukan saya yang mencipta kontroversi itu. Pernah saya meminta maaf sebelum ini tetapi orang tetap menuding jari kepada saya.
"Sebelum ini pun, ada juga kontroversi yang berlaku yang tiada kena-mengena dengan saya tetapi saya tetap dipersalahkan dan dikaitkan.

"Bukan itu sahaja, kalau saya duduk diam-diam di rumah, tetap ada juga cerita yang kurang enak dan tidak betul tentang diri saya yang keluar.

"Jadi, dalam konteks cerita terbaru yang dijaja ramai pihak ini, saya tidak kisah dengan apa yang orang mahu katakan terhadap saya. Malah, saya juga menafikan sengaja mencari publisiti murahan kerana itu bukan strategi saya," jelas Anju ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran filem terbarunya, Khon Malay di ibu negara, baru-baru ini.

Tidak kisah

Mengenai jolokan ratu kontroversi yang diberikan kepadanya, Anju sedikit pun tidak kisah tentangnya kerana sebelum ini pun katanya, dia sudah dilabelkan dengan pelbagai hinaan dan cacian.

Sehinggakan dia sendiri sudah lali dengannya dan tidak mengambil peduli tentang apa yang mahu diperkatakan oleh masyarakat tentang dirinya.

Namun, satu yang pasti tegas Anju, dia tidak kisah dihina mahupun dicaci tetapi dia cukup pantang apabila nama ibu dan bapanya turut dikaitkan sekali.

"Cakaplah apa sahaja tentang diri saya. Memang saya tidak kisah tetapi jangan sampai melibatkan ibu dan ayah saya. Ini sebenarnya penyakit masyarakat kita yang suka mencaci orang sewenang-wenangnya walhal diri mereka juga tidak sempurna.

"Saya sendiri pelik mengapa orang luar mahu bising-bising dan membuat kecoh apabila membabitkan diri saya.
"Sedangkan kalau diperhatikan, ada juga artis wanita yang seksinya tidak kurang daripada saya tetapi tidak pula menjadi mangsa cemuhan dan kritikan. Bukankah itu sesuatu yang tidak adil?

"Saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan sama sekali tidak akan menjadi orang lain hanya kerana mahu memuaskan hati semua pihak.

"Saya tahu ada artis yang boleh buat begitu tetapi tidak saya. Maaf, saya bukan orang hipokrit," jelas anak kelima daripada lapan beradik ini memberikan hujahnya.

Dibayar

Begitu juga dengan sesi fotografi dengan FHM apabila Anju mendedahkan dia telah menolak tawaran majalah tersebut sebanyak dua kali.

Alasannya, Anju tidak mahu bergaya seksi seperti mana yang dimahukan oleh pihak majalah tersebut.
Lalu, apabila gambar-gambar seksinya dalam majalah tersebut sudah tersebar, apakah sebenarnya yang ingin cuba dibuktikan oleh Anju?

"Saya dibayar untuk bergambar di majalah itu dengan bayaran yang boleh saya katakan sangat memuaskan. Jadi, saya menerima tawaran itu.

"Namun, sewaktu menjalani fotografi dengan mereka di Jakarta, Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik mendadak.

"Secara tidak langsung, ia menjadikan tubuh dan payu dara saya berubah bentuk. Ditambah pula dengan pakaian yang mereka sediakan, semuanya ketat.

"Hasilnya, gambar-gambar itu nampak sangat seksi dan itu pun saya sudah berusaha untuk menutup bahagian-bahagian tertentu. Dalam beratus-ratus gambar yang diambil, gambar-gambar itu yang menjadi pilihan mereka.
"Bagi saya, tiada apa yang hendak dikecohkan tentang gambar-gambar itu. Bagi saya, ia hanyalah seksi sahaja bukannya sampai saya bogel pun.

"Orang lain yang mencetuskan kontroversi itu, bukannya saya yang memuat naik gambar itu di internet," jelas Anju panjang lebar sambil enggan mendedahkan bayaran yang diterimanya untuk sesi fotografi itu. -UM-

WOw...

Dia telah berusaha dengan keras untuk menutup bahagian2 tertentu? Aku rasa aku boleh faham betapa SEDAYA UPAYANYA.. dia berbuat demikian. Heh.

Malahan aku juga percaya zarina tak faham betapa majalah FHM juga boleh dilayari menerusi internet. Heh

Zarina.. zarina.. bila lah menteri aku nak hukum ko.. faizal tak boleh tapi ko boleh pula.. apahal?

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuduhan terbaru : Khairul fahmi cabar dedah bukti.

Kontroversi terbaru yang membabitkan Khairul Fahmi Che Mat aka apek [sila baca sini] telah mendapat respon apek menerusi sesi interview blog oh bulan bersama apek tengahari tadi. 

Berikut ialah kenyataan dari apek yang dipetik dari sini ;

“Andai kata dakwaan tersebut adalah betul, sila tampil ke hadapan dan tunjukkan bukti kukuh,” tegas Khairul Fahmi.
“Saya memang mengenali Shida Harmi. Dia bukannya skandal seperti yang diperkatakan oleh orang lain, sebaliknya dia hanya kawan biasa.
“Saya mengenali Shida sekitar awal tahun ini, kalau tak silap bulan March. Ketika itu, saya masih belum bertunang lagi. Gambar itu pula diambil semasa kami karaoke,” jelas Apex panjang lebar kepada blog hiburan tersebut.
“Saya kesal apabila diri ini kerap dikaitkan dengan pelbagai kontroversi yang tidak henti-henti. Sesetengah orang di luar sana tidak henti-henti mencari kesalahan saya.
“Kalau cerita seperti ini keluar, memang tak menang tangan saya nak jawab panggilan telefon. Apa pun, saya perlu fokus kepada perlawanan akan datang. Game makin dekat ni!,” tegasnya.
 “Saya tak pasti macam mana gambar ini boleh sampai ke pihak media. Tapi, saya tak rasa Shida sengaja buat macam ni, nak syak sesiapa pun tak boleh. Saya perlu hubungi dia terlebih dahulu sebab nak siasat dengan lebih jelas,” katanya lagi kepada laman web yang sama.

Kalau begitu gambar2 yang tersebar adalah benar. Cuma kandungan printscreen BBM je diragui. Minta tolong apek sentiasa berwaspada dengan ajakan wanita2 di luar sana yang nak bergambar rapat2 dengan apek. Berhati2 lebih baik daripada dituduh bukan2, ye tak?  Lagipun.. siapa je yang ada akses dengan shida kalau bukan orang2 di sekeliling shida..betul tak?
Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, November 26, 2011

Khairul Fahmi tidor dengan perempuan lah pula!

Hahahha... 1 word. Pompuan neh bodoh. Sebab? Sendiri yang rela tidur dengan seseorang dan sendiri yang sakit ahti bila kena tinggal. Balasan. Dah tentu2 orang yang mendekati zina [sebab bukan saksi kejadian so susah juga nak tuduh dia berzina apatah lagi bersandarkan bukti sebegini yang mana masih ada ruang pertikaian lagi] ialah tergolong dalam orang2 yang rugi. Dah sendiri tak pandai urus nafsu sendiri, eloklah blame diri sendiri sebelum sibuk pongpang blame orang lain.

Kebanyakkan pompuan memang suka amek jalan mudah dengan menyalahkan lelaki yang tidur dengan dia walhal dia sendiri yang rela buka kain untuk tidur dengan lelaki tersebut. Jadi pompuan so cheap. Lepas tue nak marah bila orang pandang dia cheap. 

Yelah..siapalah kita nak menghukum pompuan sebegini habis-habisan kan? Mereka masih hidup. Dan ruang bertaubat masih ada. Cuma aku nak ubah pemikiran sesetengah wanita yang menganggap diri mereka mangsa selepas ditinggalkan kekasih walaupun telah beberapa kali tidur bersama. 

Yang sebenarnya pompuan tue dapat sedap gak. Bukan lelaki jek. Jadi dalam isu neh tiada sesiapa pun yang jadi mangsa. Sebaliknya masing2 dosa dan masing2 dapat nama buruk. Dosa pun sama banyak. Jadi kepada wanita2 diluar sana, andai anda pernah tidur dengan teman lelaki dengan sengaja janganlah pandai2 mewatakkan diri sendiri sebagai mangsa. Siyes kelakar beb. Kelakar. 

Dan baru2 neh rotikaya ada mendedahkan skandal terbaru apek. Sila baca bawah neh ;





Andai apa yang tertulis neh benar, mohon apek segera ubah diri. Selagi masih ada nyawa selagi itu harapan untuk berubah masih ada. Jangan lagi hidup macam neh. Apek bukan macam dulu lagi. Apek sekarang dah jadi public figure. 

Jadi apa juga perkara yang apek buat sudah tentu meraih perhatian masyarakat. Jagalah diri dan peribadi elok2 apek. Jangan musnahkan diri sendiri angkara nafsu dan wanita. Sia2 jek seme tue. Dan yang paling penting sekali, jangan sesekali musnahkan harapan peminat2 apek. Tak kesian ke dengan peminat2 apek yang tebal muka setiap kali skandal apek terbongkar di media? Fikir panjang larh apek..  ubahlah sebelum terlewat.

Sumber gambar dan info dari rotikaya

Jom Gosip Sampai Kiamat

Khairul Fahmi berlakon filem.

Tahniah apek aka Khairul Fahmi Che Mat selaku penjaga gol pasukan kebangsaan Malaysia kerana bakal menjadi seorang pelakon. Makin popular larh selepas neh. Apek akan berlakon dalam satu filem aksi yang akan bermula pengambarannya awal tahun depan. Tajuk filem, pengarah dan sebagainya belum lagi diumumkan oleh pihak produksi. Mereka akan buat pc dalam masa terdekat untuk umum kepada public kelak.

Filem neh dikatakan ala2 impak maksima. Drama + aksi. Bajet buat filem neh anggaran dalam rm2juta lebih. Watak apek dalam filem neh pula ialah kawan karib kepada pelakon utama. Kiranya macam watak pembantu larh. Tapi lakonan dia menjadi or tidak taktahu lagi. Hehehe.. hopefully kerjaya baru apek neh tidak akan menjejaskan tugas utama dia di padang. Yelah.. apek kan penjaga gol kesayangan dan terbaik Malaysia. So.. pandai2lah jaga diri ek.


Aksi apek sebagai penjaga gol memang real tapi dalam filem neh jadi non-real lah. Hehehe..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, November 24, 2011

Filem Abuya - Abuya bukan merujuk kepada watak sebenar.


“Pun begitu saya tidak dapat menjawab sama ada filem arahan saya ini sebuah filem yang berat atau tontonan ringan. Namun yang pasti, saya sangat berpuas hati dengan lakonan Faizal sebagai watak antagonis,” katanya. Diklasifikasikan sebagai tontonan 18 tahun ke atas, filem ini turut menyelitkan elemen berahi tetapi diadun dengan aroma tempatan yang tidak melampaui norma masyarakat Malaysia. <-- Ha Ha Ha.. elemen tempatan? Ha Ha Ha..

Dua babak berunsur berani dalam filem ini katanya membabitkan Jue Aziz, Suhaillah Salam, Adrea Abdullah, Geena Alif dan Iqbal Mazlan. Mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), Imran percaya hasil karyanya itu akan diterima walaupun mungkin dikecam kerana nampak agak keterlaluan. Namun dia tetap berpegang kepada mesej pengajaran untuk diteladani penonton.  <-- Pengajaran apa? Belajar jadi berahi? Ha Ha Ha

Bercerita mengenai babak panas Jue melakukan proses nasi kangkang dan onani, Imran menegaskan LPF meluluskan babak itu kerana ia penting untuk menyokong plot filem itu. “Ia bukan saja dari segi aksi tapi juga ada audio untuk menyokong babak itu. Bagi saya, semua pelakon menjalankan tugas mereka dengan profesional. Saya akui selepas melihat hasil arahan saya, masih ada banyak kekurangan dalam filem ini tapi saya tetap lega dengan apa yang sudah dilakukan,” katanya.  <-- Owhh.. ini kowt yang dimaksudkan dengan elemen tempatan yer?  Ha Ha Ha

Memulakan sesi penggambaran tahun lalu, teraju utama Abu Ya II bukanlah digarap daripada watak benar, namun dia mendapat ilham daripada isu ajaran sesat yang suatu ketika dulu menjadi topik hangat. Tidak takut dikecam peminat dek kerana memegang watak sebagai pemimpin ajaran sesat, Faizal, 44, berharap filem itu akan menyedarkan masyarakat mengenai kepincangan yang berlaku.  <-- Bukan merujuk kepada watak sebenar, tapi pilih nama yang serupa dengan watak sebenar yang telah tiada yang mana juga terpalit dengan isu yang sama.. Ha Ha Ha..

“Saya menganggap watak saya dalam filem ini adalah salah satu cara untuk menyedarkan masyarakat terhadap sesuatu yang salah. Inilah salah satu pengorbanan yang perlu saya lakukan agar mesej dapat disampaikan. “Contohnya dari sudut poligami, ramai lelaki yang melakukan poligami pada hari ini tanpa memahami keperluannya. Ramai suka berkahwin tetapi tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang besar itu,” katanya. 


“Tidak pernah saya membayangkan satu hari saya dapat berlakon dengan Faizal dalam sebuah filem. “Mula-mula masuk ke set penggambaran, saya rasa berdebar kerana tidak ada pengalaman yang luas, namun atas tunjuk ajar Faizal dan pengarah, saya akhirnya dapat melakonkan watak saya itu,” katanya. Abu Ya II mengisahkan seorang peniaga, Abu Zakarya (Abu Ya) yang berkahwin dengan Rubiyah, seorang wanita kaya. Isterinya menghantar Abu melanjutkan pelajarannya dalam bidang agama di Turki. 

Sekembalinya Abu ke Malaysia, dia membawa seorang lagi isteri, Sonia. Kepulangannya nyata membawa perubahan besar kerana dia cuba menerapkan elemen ajaran baru yang menyesatkan penduduk kampung. Kehidupan songsang di situ turut menjadi tarikan kepada golongan kegiatan hitam menjalankan aktiviti memproses peluru. Seterusnya berlaku pelbagai konflik yang sangat mendebarkan dalam filem ini.-SM-

Kalau dah bukan merujuk kepada watak sebenar, pilihlah nama lain. Bukan semua orang tahu pasal neh. Nanti tak pasal2 mengundang persepsi serong. Apalah.. cari tajuk yang kontroversi.. huh
Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, November 16, 2011

Kumpulan COMEL tersingkir kerana hina PAS.


Sapa yang menonton maharaja lawak mega menerusi astro mustika mesti kenal dengan kumpulan comel yang di anggotai oleh radhi khalid dan bell ngasri. Apa yang comel nya pada kumpulan neh hah? Tah.

Lihat video di bawah neh dulu ;

 

Tipsi nak tersingkir awal? Sila hina parti PAS. Sila hina program terbitan astro di dalam channel astro sendiri. Dan selitkan unsur politik ketika buat lawak. Mudah kan?

Ha Ha Ha

Padan muka!

Klik sini jika video gagal load.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Bayaran badan Zarina Anjoulie ialah RM10,756.



Ada kat sini sapa2 berminat nak tengok badan zarina lagi?  Boleh je. Zarina memang suka photoshoot neh. Dia bagitau bahawa ;

“Saya perlu mencari duit untuk menanggung perbelanjaan hidup saya dan tawaran daripada majalah itu adalah satu cara untuk saya membuat duit,”
Nampak? Dia perlukan duit. Sebab tue dia terima tawaran tersebut. Zarina dibayar sebanyak RM10,756 [ AS$3400 ] untuk bergambar di FHM Indonesia. Gambar2 tersebut pun ramai yang dah tengok so tak perlu kowt nak ulangtayang lagi. 


So pada korang2 yang berminat nak tengok badan zarina lagi boleh larh sediakan duit sebanyak neh ataupun lebih banyak lagi untuk tengok yang lebih terdedah lagi. Lepas tue siarkan di majalah. Sharing is caring ma. Peh.

Bacaan penuh disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, November 13, 2011

Isu FHM : Tolak tawaran berbikini atas dasar prinsip. - Zarina Annjoulie.

Kesian Zarina Annjoulie Lavocah. 

Tak patut lah dia kena marah. Rupanya kalau korang nak tahu majalah FHM telah meminta zarina berbikini untuk bergambar di majalah tersebut tetapi zarina telah menolak tawaran tersebut cara baik sebelum FHM menghubungi zarina semula untuk memberikan tawaran baru sepertimana yang korang nampak di dalam sebaran blog2 sebelum neh.



Aduhaii.. 

Kesian nya dia. Rupanya dia telah menolak tawaran untuk berbikini. Bayaran yang diterima untuk menjayakan photoshoot berbikini yang bukan bikini pun lumayan gak. Ini diakui sendiri oleh Zarina. Ingat murah ka? Mahal larh woittt.. 

Walaupun Zarina bukan nya tak pernah berbikini sebelum2 neh dan banyak dah gambar2 tersebut ataupun lebih teruk dari itu pernah tersebar tapi itu shoot percuma. Yang neh berbayar so dia kena larh jaga maruah dan fikirkan penerimaan masyarakat khususnya rakyat malaysia. 

Well.. satu inisiatif yang baik. Aku terpaksa puji pemikiran kreatif dia neh. Bukan semua orang mampu berfikir sebagaimana dia berfikir. Bersyukurlah. Zarina sanggup tolak tawaran berbikini tue. Dan hasilnya, dia dapat tawaran tanpa bikini + duit lumayan = popular. Buat baik dapat balasan baik.

kah kah kah

Zarina juga menjawab isu "tett..." dia tue. Dia cakap dia dah bertambah berat. Berat badan sekarang ialah 62kg. So segala2 yang ada pun jadi besar larh. Bukti tengok gambar di atas tue. So harap2 lepas neh isu "tettt.." dia tidak lagi jadi pertikaian awam larh kan. Zarina memberikan semua jawapan tersebut ketika dia di interview oleh wartawan rotikaya. Lihat sini untuk sesi temubual penuh.

Hahahaha..

Zarina memang hebat. Sampaikan isu "tett.." dia pun jadi bualan orang.. 

kah kah kah

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, November 12, 2011

Dafi bengang tak dibayar.


Padan muka!

Kurang ajar tak kalau cakap macam tue agak-agak korang?

Kah Kah Kah

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, November 8, 2011

Gambar Zarina Anjoulie seksi terlampau di majalah.



Gila arh. 

Nak terbeliak mata aku tengok. Betul ka tak betul minah neh bergambar macam neh untuk majalah FHM Indonesia? Hahahaha...

Tadi ada buka website FHM Indonesia tue. Lihat gambar bawah neh ;


Rupanya majalah neh kerja dia memang untuk menayang tubuh wanita yang sudi ditayangkan. Semua seksi2 belaka. Kalau nak tahu majalah neh larh antara pengiklan + penaja bikini paling suka. Penuh dengan perempuan berbikini je. 

Dalam majalah, luar majalah, belakang majalah pun ada gak kot. Pendek kata sesiapa yang sudi jadi cover girl or FHM girl [macam si zarina neh] memang larh wajib kena tayang atas bawah. 

Dan marilah kita sama2 berasa syukur sejenak. Bersyukurlah zarina masih berbaju dan berseluar singkat berbanding artis luar negara yang pakai bra dan spender jek. Heh.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, November 4, 2011

KRU Pakai Bomoh hujan untuk save kos filem?

Ceh. Pakai bomoh? Slumber plak tue mengaku.


Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas ahli korporat besar, Datuk Mohamad Hassan adalah antara mereka yang percaya kepada bomoh hujan.
Beliau pernah meminta bomoh hujan di negerinya bercuti dan tidak menerima sebarang tempahan memindahkan hujan ke tempat lain dalam usaha mengatasi krisis air yang sedang berlaku.
Permintaannya itu bukan bernada gurauan, tapi serius.
“Saya minta semua bomoh hujan bercuti dulu sehingga empangan kita penuh,”
Itulah lebih kurang yang penulis ingat mengenai ucapan Mohamad tempoh hari.
Dan jangan tak tahu, banyak majlis keraian negara turut menggunakan khidmat bomoh hujan ini.
Fenomena guna bomoh hujan kini rupanya semakin popular di kalangan penggiat seni tanah air.
Jangan terkejut kalau penulis katakan yang Yusry KRU pun dah mula guna khidmat bomoh hujan ini ketika mengarahkan filem terbarunya, Vikingdom.
Yusry KRU berkata beliau sendiri pada mulanya tidak mempercayai kaedah bomoh hujan tetapi selepas menyaksikan sendiri apa yang terjadi, ia bukan sesuatu yang mustahil.
Terus-terang, penulis tidak terkejut dengan tindakan Yusry, maklumlah dalam menghasilkan filem yang tinggi bajetnya seperti Vikingdom, kos nak kena kawal juga.
Kalau nak shooting asyik hujan je, taukeh balak pun bangkrap.

Hahahaha...

Tak faham aku. Pakai bomoh neh bukan kah bererti kita percaya ada kuasa yang boleh menyekat hujan? Kalau gitu bukan dah jatuh syirik ka? Ka aku yang salah tafsir? Sila betulkan kalau pandangan aku neh salah ek. 

Bacaan penuh disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, November 1, 2011

Jais akan tangkap Bob Lokman






Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menangkap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman pada bila-bila masa.

Pengarahnya, Marzuki Hussin berkata, Jais sedang mengesan bekas artis berusia 47 tahun itu dan akan menahannya untuk membantu siasatan berhubung kes menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

“Kita akan tahan Bob Lokman jika didapati beliau berada di Selangor dan kita yakin dapat menahannya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Terdahulu Bob yang popular dengan lirik lagu Isabella nyanyian kumpulan Search yang ditulisnya ditahan ketika menyampaikan tazkirah dan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Bob Lokman sepatutnya hadir memberi keterangan ke pejabat Jais keesokannya, tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinggalah waran tangkap terhadapnya dikeluarkan.

Bob Lokman kemudiannya dalam satu kenyataan berkeras tidak akan hadir ke pejabat Jais untuk memberi keterangan malah rela menunggu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya dan sanggup menerima hukuman yang bakal dikenakan sekiranya tindakannya itu dianggap sebagai satu kesalahan besar.

Dalam pada itu, Bob Lokman ketika dihubungi berkata, dia tidak dihubungi Jais untuk dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

“Bagaimana saya hendak pergi beri keterangan sedangkan saya tidak dihubungi Jais, malah nombor telefon bimbit saya juga tidak diambil mereka (Jais).

“Malah sekiranya dihubungi sekalipun, saya memang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada hari tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Menurutnya, dia kini berada di Kemaman, Terengganu untuk berdakwah sebelum dijangka pulang ke rumahnya di Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Ketika ditanya berhubung reaksinya sekiranya ditahan Jais, Bob Lokman berkata, semuanya bergantung kepada keadaan.

“Semua itu bergantung pada keadaan kerana saya tidak tahu nak kata macam mana, tetapi semuanya bergantung pada kehendak Tuhan,” katanya. -SH-

Jais nak tangkap bob lokman sebab bob lokman gagal hadir memberikan keterangan berhubung satu isu ceramah tanpa tauliah di selangor tak berapa lama dulu. Jadi makna nya neh isu kecik. Bob lokman hanya perlu beri keterangan kenapa dia berceramah pada malam tersebut betul tak? So rasa nya jais dan bob lokman boleh selesai cara baik. 

Harap2 ada sesiapa di samping bob lokman boleh nasihatkan bob lokman hadir ke jais dan beritahu terang2an apa sebab dia beri ceramah pada malam tersebut. Dan jais pula sepatutnya cari jalan untuk memastikan apa yang disampaikan oleh bob lokman pada malam itu tidak menyeleweng dari islam sebenar. 

Kalau dah semua okey tak payahlah panjang2 isu. Lainlah kalau bob lokman jadi ayah pin. Masa tue nak tangkap, tangkaplah. Takde sapa pun kisah. Apa yang penting bukan tauliah tapi jenis ilmu. Adakah ilmu dan ceramah yang dia sampaikan itu benar2 menurut islam ataupun menyimpang jauh dari islam. Itu yang patut jais focus.

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...