Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Thursday, December 29, 2011

Altimet kini berhijrah ke arah yang lebih baik?

Wahh..

Altimet kini sudah semakin islamik lah. Dan mungkin selepas neh lebih banyak lagi lagu2 dakwah yang santai akan dihasilkan dan dinyanyi oleh penyanyi rapperz neh. Inilah yang orang panggil..

Ooosem..

Lihat bawah neh ;


Gambar neh disebarkan menerusi fb oleh jkk fanclub yang juga pengupdate tegar aktiviti terbaru dan segala urusan yang berkaitan dengan Ustaz Azhar Idrus. Rasanya ini gambar yang diperolehi dari salah satu program ceramah kendalian Ustaz Azhar Idrus.

Dakwah cara santai dan mesra yang ditonjolkan oleh Ustaz Azhar Idrus neh berjaya mengubah persepsi dakwah di malaysia neh. Ia berjaya menarik perhatian anak muda dan artis2 untuk mengenali islam dengan lebih dekat. 

Dan ini memang satu perkara yang sangat2 positif. Dakwah secara keras dan maki hamun pada asasnya bukanlah dakwah tetapi ia sebenarnya ibarat menjatuhkan hukuman pada orang2 yang sememangnya jauh dan tidak arif tentang islam. Macam polis dan mahkamah. Tempat yang orang malas dan memang tak nak pergi sampai bila2 kalau boleh.

Sebab itu biasanya penceramah2 sebegini mudah didekati. MAZA, Ustaz Haron din, Ustaz Azhar Idrus, IMAM MUDA, Ustaz Zaharuddin, dan lain2. Ini pun mereka bukanlah sangat kerap masuk tv, malahan ada yang belum pernah masuk tv lagi macam ustaz Azhar Idrus. Kalau masuk tv, lebih ramai lagi yang follow ustaz rasanya. Betul?

Ha Ha Ha

Jom Gosip Sampai Kiamat

Gambar Artis Melayu Islam Paling Seksi Akhir Tahun.


Mari tutup akhir tahun neh dengan memuji keberanian artis baru yang bernama iqa mentor. Iqa mentor neh ialah artis yang lahir hasil dari program mentor. Artis yang bernama iqa neh bagi aku adalah seseorang yang sangat ;

1. Hebat.

2. Berani.

3. Cekal.

4. Tabah

5. Sanggup berkorban

Betul. Bukan main2 cakap neh. Harap korang jangan nak gelak pula bila aku beria2 dengan siyes memuji keberanian luar biasa iqa neh.

Tak percaya? Lihat bawah neh ;

"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung.

"Namapun parti basah, memanglah sepatutnya basah. Kalau ada yang beranggapan saya seksi atau melampau saya minta maaf dan akan lebih berhati-hati selepas ini," jelas Iqa yang ditemu bual di sebuah majlis hiburan. -MH

Betul sangat dah apa yang Iqa cakapkan neh. Tahniah iqa, tahniah. Syabas buat anda. Mesti macam neh juga bila di alam akhirat nanti ye iqa. Sama2 kita doakan agar iqa kekal berani. Dan macam biasa, aku update blog pun tak kena time. Time neh pejabat menteri agama dan menteri penerangan dah tutup. So isu neh akan masuk bakul sampah. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, December 27, 2011

Seksinya gambar terbaru Apek.



Peh..

Adatlah jadi orang yang berbakat + ada rupa + glamer pula tue. Memang terkesima sekejap tengok gambar terbaru Apek sebagai cover majalah glam lelaki. Kena peluk dengan pompuan satu hal. Buka baju pun satu hal. Memang lah bukan aurat tapi kan.. rasanya kena ekplotasi je. Rasanya memang ada pompuan2 di luar sana memang teringin tengok tubuh badan Apek.

Ha Ha Ha


Tapi takpelah. Badan sendiri, sendiri yang nak hidup so sendiri lah jaga. Jangan terus jauh sudah lah apek. Time muda, time berbakat, time popular, time handsome memanglah seme nya best.. tapi seme tue akan hilang jua suatu hari nanti. Pepandai larh jaga diri. Cakap lebih2 kang, orang kata jeles. Ker.. memang jeles?


Ha Ha Ha


Sumber : sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, December 24, 2011

LPF sokong adegan lucah dan gay?



Rupanya astro tidak pernah ditapis oleh LPF. Apa keistimewaan astro sehingga LPF tidak pernah menapis astro? Patutlah benda2 yang mengarut yang tersiar rupanya astro diberikan hak dan keistimewaan tertentu oleh kerajaan selama neh. Hebat.

Dalam pada itu, rupanya selama neh program2 tv yang disiarkan menerusi tv percuma sebenarnya perlu melalui penapisan LPF. Bukan filem2 je kena rupanya drama2 tempatan pun kena. Tapi babak2 atas katil, peluk2, cium2, dedah2 baju seme lepas keluar tv, apahal pula? Memang lah selepas neh pada tahun 2012 LPF tidak akan memainkan peranan dalam menapis apa2 drama dan filem2 tempatan dan antarabangsa lagi tapi kita persoalkan peranan2 LPF sebelum2 neh.

Rasanya kan, LPF neh hanya berperanan menapis bahan politik. Bukan bahan2 yang melanggari batas2 islam. Rasanya le.. kalau tidak takde lah kena kutuk macam di atas neh.

Ha Ha Ha

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, December 23, 2011

Liena Hangat menyanyi ke menghairah atas pentas?

Lihat gambar-gambar di bawah neh ;



Sedikit info mengenai gambar di atas neh ;

1. Artis neh bernama liena hangat [dipercayai sebab mirip sangat].

2. Artis neh membuat persembahan.

3. Ketika buat persembahan artis neh suka pegang2, raba2 dan gesel2 badan dia dengan badan2 lelaki yang hadir menonton persembahan dia.

4. Oleh kerana tindakan dia sangat memalukan, maka orang2 islam yang hadir disitu jadi bengang. Apatah lagi bila kekawan mereka yang bukan muslim mempersendakan gelagat artis di atas.

5. Artis neh juga mengesel2kan badan dia [menggunakan buah dada] kepada lelaki lain dan mengesel2kan punggung dia dengan kemaluan lelaki lain ketika membuat persembahan pada hari tersebut.

Okey, nak menyanyi, menyanyi lah elok2. Kalau nak melucah sangat, pergi lah kahwin dan buat sorok2. Jangan nampak sangat desperate nak "main" atas pentas tue. Di harapkan RAIS YATIM bersikap tegas lah. Tengoklah perangai artis2 di bawah seliaan rais yatim. Makin lama makin melampau dan menjadi2. 

Dulu arwah tun mohammed rahmat [tok mat], rambut panjang pun dikenakan hukuman tegas. Yang neh siap pakai baju tutup atas dan bawah je.. tengah2 dan belakang2 terlopong. Faizal kena denda, yang neh apahal dibiarkan pula?

Jadi artis bukan tiket untuk buat maksiat. Jadi menteri mesti pandai buat kerja. Takan setiap kali pun nak harapkan rakyat? Kalau dah gitu turun dari kerusi tersebut, biar rakyat yang ambil alih. Rasanya ramai yang sudi ganti tempat rais yatim neh. Hehehhe..

Sumber dan berita penuh tentang isu neh disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, December 22, 2011

Fazley Yaakob dapat Gelaran Datok.

Peh...

Bestnya jadi orang2 kaya neh. Tahu2 je boleh dapat gelaran datuk.  Tak berapa pasti lah apa sumbangan fazley neh terhadap negara sebelum2 neh sehingga dia layak mendapat gelaran Datuk tapi mesti dia ada buat something2 larh kan sebab itu dia layak dapat. Hehehhe..

Kalau Nicol dan LCW tue memang cemerlang bab sukan dan selalu masuk paper so memang larh ramai tahu kenapa dorang layak dapat gelaran datuk. Yang bab fazley neh pula maybe sumbangan dia tidak diwar2kan di dalam media arus perdana itu sebab takde sapa pun tahu kenapa dia layak dapat datuk. Gelaran neh dia dapat dari sultan yang paling pemurah sekali... iaitu sultan pahang. 

Ha Ha Ha

Jangan gelak please.  Tak baik gelak. Kalau sungguh nak rasa bangga kat fazley,  korang kena ketawa mendekah..

kah kah kah

Baru betul. Heh. Bai.

Sumber : sini


Jom Gosip Sampai Kiamat

LPF tidak akan menapis filem lagi bermula 2012.

Wahh..

Ini satu perkembangan yang sangat2 sihat. Sebelum neh LPF memang suka menyemak dalam filem2 malaysia bila depa suka potong adegan2 tertentu sehingga ia menjejaskan jalan cerita. Andai berazam juga mahu kekalkan adegan2 tersebut terpaksalah pengarah dan penerbit main pasing2 hadiah sana sini. Hadiah pula boleh jadi dalam macam2 bentuk. Hadiah duit boleh. Hadiah bukan duit pun boleh. Asalkan syarat passing cukup. Heh.

Baca bawah neh ;

PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.
"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Aku menyokong penuh keputusan neh dengan seikhlas ahti. Aku tidak perlu risau pasal filem2 lucah melayu, filem2 khurafat bagai, filem2 hina islam, filem2 merapu dan meroyan, filem2 seram bodoh sebab aku memang bukan kaki filem2 sebegitu.

Jangan pernah mimpi aku nak pergi jejak ke pawagan untuk tonton filem2 melayu yang sebegitu. Tapi.. aku dambakan filem politik. Heh. Aku mahu ada pengiat seni buat filem perjuangan, filem keadilan, filem pasal penindasan, filem pasal kezaliman, filem pasal erti kemerdekaan sebenarnya. Aku juga sudi jadi pelakon. Kalau boleh buat filem anti-bn. Aku sanggup jadi pelakon. Pelakon utama pun okey.

kah kah kah

Apa pun setiap keputusan sudah tentu akan ada akibat yang tertentu. Jika lebih ramai penerbit filem sanggup buat filem2 yang lebih terbuka dalam mengkritik satu2 hal okey.. tapi kalau lebih kepada keterbukaan baju, keterbukaan adegan lucah dan ranjang.. hahaha.. rasa2nya memang tahun melucah malaysia lah jawabnya.

Yang neh ulama kena pandai2 memainkan peranan. Jangan hanya selesa di kerusi empuk anda. LPF dah tiada tanggungjawab itu, jadi ulama patut faham bahawa dorang dah boleh campurtangan. Betul?

Jom Gosip Sampai Kiamat

Komen Afdlin Shauki atas isu Adam Adli.

 

Berikut di atas neh ialah video yang memaparkan pandangan Afdlin Shauki berhubung isu Mahasiswa Adam Adli yang menurunkan bendera najib di PWTC. Dipercayai Afdlin hanya tahu sedikit je maklumat berkaitan isu neh. Bab turunkan bendera je dia tahu. Bab naikkan semula dia tak tahu. 

TV3 dan pelbagai media utama pun hanya citer pasal bendera yang diturunkan dalam hanya 5 minit tue je seolah2 ia berita besar yang boleh menyebabkan dunia kiamat. Heheheh. Bab bendera dinaikkan semula depa tak heboh dan canangkan bagai. Maybe masa tue depa tengah sibuk pandang tempat lain tak pun seme wartawan arus perdana dah balik ke tempat kerja masing2 bagi edit berita sensasi. Heheheh..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, December 21, 2011

Konsert percuma Maher Zain di Perak - Jangan lepaskan peluang neh !

Peminat2 Maher Zain.. terutama nya yang berdekatan dengan perak anda kini berpeluang saksikan Maher Zain dengan percuma hanya di perak pada 24hb neh. Best whooo...

Sempena tahun melawat perak 2012, pihak kerajaan negeri telah mengundang artis terkenal Maher Zain untuk membuat persembahan di perak dan ia dibawakan kepada anda secara percuma. Ya, saya ulangi sekali lagi ia adalah secara percuma. Benar2 percuma. Heheheh..

Best tak?

Anda boleh mendapatkan tiket untuk ke konsert Maher Zain yang dijadualkan berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak pada 24 disember 2011, di stadium ipoh bermula hari neh sehinggalah pada hari konsert, itupun kalau ada stok lagi lah. Kalau dah habis sebelum hari konsert nasiblah. Sapa cepat dia dapat. Satu sorang satu tiket je. Dah dapat percuma takan nak borong tiket untuk satu kampung plak. Agak2lah weh. 

Ha Ha Ha


Kanak2 bawah 12 tahun dibenarkan masuk tanpa tiket konsert. So pada korang yang nak bawa budak2 tue tak perlu bimbang pasal tiket untuk kanak2, hanya patut bimbang pasal seat aje kot. Takut takde tempat nak duduk jek. Sebab rasanya, insya-Allah padat andai ia dipromosikan dengan betul. 

Segala butiran lanjut pasal konsert neh boleh direct masuk link neh. Mereka ada segala info yang anda perlu.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Khairy Jamaluddin jadi model MASKULIN.


Cita-cita terpendam.


"KJ ialah si genius yang suka berjenaka." <-- Ayat di muka depan majalah tue..

kah kah kah

Gelak lagi boleh?
kah kah kah

Menurut beuatifulnara, majalah maskulin neh selalunya menampilkan artis dan model2 je sebagai cover majalah mereka. Dan penampilan KJ sebagai penghias muka depan bagi majalah neh adalah sesuatu yang berbeza dan menampilkan suatu kelainan.

Hehheheh... memang lain sangat.. siyes neh.

kah kah kah

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, December 18, 2011

Babak ranjang sangat penting - Osman Ali.






Adakah gambar pertama itu ialah camera trick? Kalau yang bab cium sambil baring macam neh pun dah jadi halal dalam filem osman ali apatah lagi bab cium pipi dengan berdiri [lisa dan aaron dalam ombak rindu] ye tak?

Ha Ha Ha

Rasanya tak guna ulas panjang2 dalam isu neh. Dalam adegan ranjang neh jelas ia telah diluluskan oleh finas. Makna nya finas luluskan adegan tersebut tanpa ada apa2 pertikaian. Kalau ikut hukum islam benda neh memang terang2 salah tapi nak buat macam mana islam bukan apa sangat di malaysia neh. Setakat nikah, kahwin, cerai, bersunat, puasa, sambut raya je larh. Yang lain2 itu campak ke dalam almari. Simpan. Time perlu nanti pakai balik yer. 

Ha Ha Ha

Asli penceritaan dalam filem lebih penting dari menjadi orang islam yang "asli". Patutlah Nabi SAW menangis pasal kita. Tak hairan lagi. Terima kasih menjadi penyebab kepada gugurnya airmata Nabi SAW. Bukan calang2 orang boleh buat. Hanya orang yang berani dan hebat je boleh buat. Dan antara orang2 hebat tersebut, Osman Ali salah satu darinya. 

Wahh.. 

Tahniah ye bro. Pengarah hebat. Salute. Keberanian neh insya-Allah, Allah swt nampak di akhirat kelak. Jangan risau. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, December 17, 2011

Jawapan Abby Abadi yang menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus.


Inilah gambar yang sedang tersebar dengan rancak di beberapa wall facebook dan twitter. Perubahan positif Abby Abadi yang mendekatkan diri dengan ceramah agama mendapat pelbagai respon positif para facebookers especially para peminat Abby Abadi yang tak putus-putus mendoakan kejayaan dan kebahagiaan Abby Abadi selepas rumahtangga yang dibinanya bersama Norman Hakim hancur di tengah jalan pada beberapa tahun yang lepas.
 
Dan di bawah neh ialah reaksi balas Abby Abadi terhadap penyebaran gambar neh ;


Dalam erti kata lain.. biarlah dia berusaha berhijrah dengan cara dia sendiri. Risau juga dia andai hari neh pergi kuliah agama, esok lusa berlakon buka tudung, orang kata dia hipokrit bagai pula. Slow2. Bagi dia masa.. bagi dia belajar dan mendekati diri dengan ilmu islam. Sama2 doakan agar dia bertambah2 positif dari hari ke hari. Insya-Allah.

Sumber : Jkk.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, December 15, 2011

Seksi gile Miera Liyana neh..

Hye uols..inilah cover Mangga terbaru isu Januari 2012 yg menampilkan Miera Liyana, Johan As'ari, Hafiz, Adira, Najwa Latif, Dafi, Sharnaaz, Forteen, dan ramai lagi. Sempena tahun baru, Mangga kini berwajah baru dan semua halaman akan berwarna..tiada lg halaman hitam putih..harga Mangga kini RM4.00..masih murah dan berbaloi2 dengan 100++ halaman berwarna. Jgn lupa dptkan dipasaran ya nanti!




Selain nama artis yg disebut diatas, ramai lagi artis popular yg ada tau...seperti Anzalna Nasir, Azie Yahaya, Alif Satar,Kilafairy, Gambit Saifullah, Izreen Arminda, Anuar Zain, Intan Ladyana, Azri AF9, Intan SArafina, Ryzal Jaafar, Mia Sara Nasuha, Mimie Haris, Daus AF8, Faralyna, Hairul Azreen, Chocolate (Official Fanpage), Iqa Mentor Official dan ramai lagi...

Err.. jangan risau majalah neh halal yer. Tiada dalam list pengharaman jakim.



Uwekkkk..



Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, December 12, 2011

Trailer : Datin ghairah - Hidup mesti seksi !.

Berani dan mengkagumkan.

Syabas.

Bagi aku bukan calang2 orang yang sanggup buat filem bertitle Datin Ghairah dengan tagline di bawah neh ;

==> Hidup mesti seksi tapi jangan seksa.

Barisan pelakon => islam.

Penulis dan barisan krew => islam.

Pengarah dan produksi dan pihak pengiklan => islam.

Bagus. Memang bagus.

Lihat trailer filem bawah neh ;


Trailer di atas trailer versi pendek. Yang neh trailer bagi filem datin ghairah gak. Tapi versi panjang. Lihat bawah neh ;

 

Dan bawah neh antara adegan filem yang maria farida lakonkan dalam filem datin ghairah. 

Peh. 


Neh biasa2 jer. Yang peluk2 pun ada. Baju yang lagi seksi pun ada. Tengok aje trailer di atas neh. Dan bawah neh pula statement Maria Farida tentang filem terbaru nya ;

“Saya rasa, penonton mungkin akan mengkritik cara pemakaian saya dalam filem tersebut. Tapi, saya tidak rasa ia terlalu ‘over’. Nak kata saya seksi sangat pun, tidak lah juga. Orang dulu-dulu rasanya lebih ‘daring’ daripada orang sekarang, tetapi tidak pula diperkatakan.
“Bagi saya, janganlah menghukum terlalu awal dan asyik cari kesalahan orang saja. Tengoklah pula jalan ceritanya macam mana. Lagipun, ini adalah filem komedi dan sejujurnya, saya tidak rasa ia melampau,” katanya.

Aku setuju dengan komen maria farida ==> bahawa orang dulu2 lebih seksi dari maria. Kita sememangnya kena bandingkan kejahatan dengan kejahatan yang lebih teruk lagi. Contohnya kalau kita merompak, orang tue pula membunuh, so ini bermakna ada orang yang lebih jahat dari kita, maka ini mengajar kita bersyukur dan menerima diri dengan seadanya tanpa rasa rendah diri.  Ini satu motivasi kepada diri sendiri supaya faham bahawa setiap perkara jahat yang kita buat, bermakna ada yang lebih jahat lagi. Heh.

Dan maria pun dah berpesan, janganlah asyik cari kesalahan orang jer. Get a life bro, get a life, k. So, janganlah lagi ada yang marah2 dan bising2 pasal filem neh. Kalau nak diikutkan filem barat siap ada aksi romen2 lagi. Yang neh kira okeylah. Bersyukurlah aksi romen2 dan aksi memberahikan dalam filem malaysia lebih rendah berbanding dengan filem negara jiran ye.

Jangan gadoh2 dan dakwah dalam komen ye. Nanti ada yang marah cakap kita sedang melaga2kan melayu dan islam. Silap2 hari bulan dorang kutuk we all dengki pula.. macam mana?

Muahahahaha.. 

Berita penuh kenyataan maria disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, December 9, 2011

Kereta Toyota Estima Awie Dicuri!



Kereta Awie dah hilang. Kena curi. Sekarang Awie dan rakan2nya sedang mencari sang pencuri kereta tersebut. Bawa bersabar lah yer awie. Estima neh antara kereta yang paling laris dicuri. Tatau lah napa. Takpe, dah hilang boleh claim insurans. Boleh beli baru. Banyak duit kan? Rileks sudey. Jangan sedih2 yer Awie. Cheers!

Owh yer.. bagi anda yang nak membantu awie mencari keretanya [walaupun pun dari geng2 pekida sewaktu dengan nya]pun boleh. Jika ada info mengenai kereta yang dimaksudkan boleh  larh berbuat demikian dengan menghubungi madi. No hp nya tertera di bawah neh yer ;

 “Kereta awie wings hilang WNK 6913 Estima Putih, sila hubungi Madi (0123862467) kalau sesiapa terjumpa,” kata Lourenzar yang dipetik dari laman blog tersebut.

Berita penuh disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, December 8, 2011

Lagi konsert artis korea di Malaysia.


Artikel mengenai harga tiket yang mahal telah mengundang pelbagai kemarahan terhadap aku. Terima kasih untuk itu. Aku faham ini ialah duit ko sendiri dan ko berhak pula membelanjakan ia ikut suka ahti ko. Aku tak perlu sibuk2 walaupun sebenarnya aku bukan nak sibuk pun. 

Yang ditegur hanyalah pasal perempuan bertudung yang menjerit2 time tengok konsert sambil share info pasal harga tiket yang mereka beli. Yang terasa tue mesti sedang makan sesuatu. Kalau tidak apsal mereka sedang sibuk mengunyah? Betul tak? Hahahaha..

Neh ada lagi satu konsert artis korea mai malaysia. Konsert bakal berlangsung di stadium negara, kl. Gi lah beli tiket neh. Harga tiket mereka ialah ;

RM138.00 <== paling murah

RM248.00

RM348.00

RM468.00 <== paling rockk..

Kalau tv ada tunjuk aksi2 time konsert korang memberukkan diri, Insya-Allah kalau sempat aku snapshot. Yang penting aku tak cilok dari blog dan fb orang lain. Jangan marah naa.. tv yang tayang, bukan den yang curi. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Maya nafi ucap "Syukur Alhamdullilah" selesai babak aksi ranjang.

Pulak dah. Dia nafi bahawa dia tak cakap perkataan tue beb. 

Lihat bawah neh ;

 “Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,” katanya. -mynewshub-
Dah tue, takan pemberita main lapor dan tulis perkataan yang dia tak sebut? Dia menafikan apa yang dia sebut neh. Sapa betul sapa salah neh? Entah.
“Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” kata aktres, Maya Karin, mengulas laporan blog yang memetik kenyataannya ‘syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar’ kononnya merujuk babak panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu.

Menurut Maya, dia hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian.

“Saya tahu di mana tempat sesuai untuk berkata (syukur Alhamdulillah). Saya malas kalau orang lain nak kritik dan ia tidak perlu dibesarkan kerana sudah disalah tulis.

“Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini,” katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam. -Metro-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Abby Fana kini bertudung.


Alhamdullilah. 

Satu lagi penghijrahan yang baik dari mereka2 yang terlibat dalam bidang seni. Abby fana ialah pengacara bagi beberapa program terbitan media prima dan juga penyampai radio bagi sinar fm. Sebelum Abby Fana, beberapa artis lain juga telah berhijrah antaranya Catriona Ross.

Semoga penghijrahan Abby Fana akan membuka hidayah kepada artis2 wanita yang lain. Jangan lagi biarkan diri anda menjadi mangsa kepada penerbit2 filem, rancangan dan drama yang sengaja mahu melihat tubuh seksi anda. Siapa lagi nak jaga maruah diri kalau bukan diri sendiri. 

Untuk rekod, Abby dah pergi haji. Dia baru balik dari sana dan selepas pulang terus bertudung. Dia pergi punya senyap2 je. Takdelah kecoh satu malaysia. Hahaha.

Sumber gambar : sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, December 7, 2011

Artis lelaki disiasat sebab mencabul.


Aku dah boleh agak sapa penyanyi yang dimaksudkan neh. Tapi aku hairan sikit. Napa lah orang wanita pergi menumpang di rumah orang lelaki. Kan tak manis perbuatan tersebut. Memanglah dia bertiga termasuk dengan anak lelaki dia, tapi still perbuatan itu kurang elok.
KAJANG: Seorang penyanyi popular tahun 80-an disoal siasat hampir dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, malam tadi berikutan aduan dia mencabul seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Selain itu, dua wanita, seorang daripadanya ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan polis mendakwa penyanyi lelaki berusia lewat 40-an itu melakukan perlakuan lucah terhadap mereka dalam kejadian pertengahan tahun ini.

Semua mangsa membuat laporan di IPD Kajang pada 30 November lalu dan penyanyi terbabit hadir untuk disoal siasat pada jam 8 malam sebelum keluar hampir dua jam kemudian.

Seorang daripada wanita terbabit berusia 37 tahun yang enggan namanya disiarkan berkata dia membuat laporan polis berikutan kejadian itu selepas tidak tahan dengan perbuatan penyanyi terbabit yang disifatkannya mengaibkan dia, anak lelakinya dan rakannya berusia 31 tahun.

“Penyanyi itu menuduh kami pasangan lesbian dan menghebahkan kepada penggiat industri hiburan. Kami percaya dia buat begitu kerana ingin menutup perbuatan kejinya terhadap saya, rakan dan anak,” katanya sambil memaklumkan anaknya turut aktif berlakon iklan.

Wanita itu berkata, dia mula mengenali penyanyi terbabit sejak 2009 dan mendakwa perlakuan lucah oleh artis berkenaan ke atasnya terbabit bukan kali pertama berlaku sebaliknya ia kali kedua.

Katanya, kejadian cabul ke atas anaknya berlaku di rumah penyanyi itu di Cheras, dekat sini, ketika dia, anak dan rakannya menumpang di rumah itu.

“Saya tidur di rumahnya dengan keizinan suami selepas mendapat tawaran berlakon, tapi terkejut apabila melihat dia (penyanyi terbabit) melakukan perbuatan lucah ke atas anak saya.

“Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kami dan dia mendakwa sekadar bergurau. Namun, saya tidak boleh menerima alasan itu lalu meninggalkan rumahnya,” katanya.

Rakan mangsa yang turut membuat aduan pula mendakwa selama ini mereka mendiamkan perkara itu kerana berasa terhutang budi dengan penyanyi terbabit yang banyak membantu mereka.

“Namun, kami membuat laporan selepas dia memburukkan nama kami kepada penggiat seni lain. Lagipun kami tidak mahu pekerjaan kami terjejas selepas penyanyi terbabit menabur fitnah,” katanya.

Selain penyanyi terbabit, tiga individu yang membuat aduan dan seorang saksi kejadian turut berada di IPD Kajang malam tadi kerana dipanggil bagi merakamkan percakapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Penyanyi terbabit pula ketika ditemui selepas selesai memberi keterangan berkata, segala aduan yang dibuat ke atasnya tidak benar, sebaliknya ia bertujuan menjejaskan kerjaya serta perniagaannya. -METRO-


Jom Gosip Sampai Kiamat

Adegan bercium dalam Ombak Rindu.


Wahhh..

Mungkin aku yang ketinggalan zaman. Mungkin kerana aku hampir sahaja tidak / jarang menonton drama dan filem melayu maka aku terkejut SANGAT melihat filem melayu kini lebih bersikap terbuka dan global bila adegan2 ranjang plus CIUM pun dah ada. Hebat!

Alim ulama dalam LPF [ahmad idham pernah mengatakan hal neh dulu] yang sudah menonton filem neh mungkin sudah bersedia dengan nas dan dalil Alquran serta hadith bagi membenarkan perlakuan neh bukan? Mula2 cium dahi. Lepas tue cium pipi. Lama2 cium bibir. Okeylah tue. Nama pun berlakon. Nak kesah apa?

Tahniah lah pada pemuja2 ombak rindu. Memang layak filem neh dapat rm4juta box office. Bukan senang nak tengok artis melayu bercium dalam filem dan melakukan adegan ranjang. So mestilah tiket sold out kan? Hahaha..

Dan bagi mereka yang teringin nak tengok Lisa Surihani cium Aaron Aziz, boleh larh tengok video bawah neh. Best whoor jadi pelakon. Seme pun halal atas nama lakonan. Dan tiada sesiapa pun yang akan tegur anda atas perkara tersebut. Best!


Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, December 6, 2011

Jadi artis boleh dapat title datuk free ke?

Sejak bile jadi artis boleh dapat title datuk? Tah. 

Sila tengok bawah neh ;


Andai benar kad kahwin neh ialah kad majlis perkahwinan syella yang bernilai rm15juta tue, maka sahlah bapa dia sememangnya telah bergelar seorang datuk. Tapi siapakah bapa dia neh? Aku pun tidak tahu. Tidak pasti bapa dia ada terlibat dalam apa2 perniagaan ataupun ada memberikan apa2 jasa kepada negara. Mungkin ia termasuk dalam akta rahsia OSA. Hanya mereka yang berkaitan sahaja layak tahu gamaknya.

Asalnya, si syella neh, orang yang kurang berkemampuan. Lahir dari keluarga yang susah. Yang mana ibu-bapa nya orang susah dan ada anak yang ramai. Syella menyanyi pasal nak tolong mak bapak dia neh larh.

Dan Alhamdullilah. Syella memang banyak membantu keluarga dia sendiri. Salah satu buktinya nama bapanya sendiri pada pangkal awal. Dulu tiada apa2 kini sudah ada title datuk. Bagos syella neh. Tahniah diucapkan yer. Inilah bukti anak yang sangat solehah. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Peminat perempuan menjerit tengok konsert sebab ikut sunnah.


Rasanya ramai dah tahu, sabtu yang lepas telah berlangsungnya satu konsert yang membabitkan artis2 korea yang terkenal yang diadakan di stadium MBPJ, shah alam. Sebenarnya konsert neh juga mendapat liputan media tv di saluran 8tv dan astro hitz. 

Tak pasti samada mereka neh ialah media rasmi yang dilantik oleh penaja ataupun selangor tourism tapi yang pasti ialah terdapat beberapa kandid / babak kamera yang terarah kepada penonton2 wanita islam yang bertudung, yang menjerit2 dan melompat2 sampai kalau monyet nampak pun, monyet pun tension. Pasal apa? Pasal dia baru tahu rupanya ada orang lagi pandai menjerit2 dan melompat2 dari dia. Heh.

Semakan harga bagi tiket ke konsert neh ialah ;

Paling murah ==> RM183.00

Paling mahal ==> RM483.00

Rate tengah2 ==> RM283.00 dan RM383.00

Peh. 

Sanggup buang duit beli tiket je? Walhal mesti depa mengcdkan konsert neh dan jual ia di pasaran. Kaya larh orang yang jadi artis neh. Ada je peminat2 yang sudi sara depa. Heh.

Apa pun syabaslah di ucapkan kepada wanita2 islam yang bertudung dan tidak bertudung itu sebab menjerit2 melihat konsert artis korea. Bila lagi nak jadi tarzan dan monyet kalau bukan time konsert kan? Heh. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, December 4, 2011

Saya bodoh diperdaya hidup-hidup - Nurul Ain.


Masih ingat tentang kisah kontroversi pelakon nurul ain nordin yang berbadan separa bogel untuk poster filem seram "Satu malam kubur berasap"? Filem tersebut kini bakal ditayangkan di pawagam dan Nurul Ain tampil membuat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kontroversi gambar "bogelnya". 

Petikan kenyataan Nurul Ain berhubung isu tersebut yang dipetik dari cetakan utusan malaysia ;


“Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.

Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, “Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli.”

Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.

“Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya,” katanya.

Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada “kesengajaan” kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.

“Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta. Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?

“Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan. “Saya nak orang tahu bahawa saya bukan ‘pelacur’ murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ,” tambahnya lagi.

Macam biasa, salahkan orang lain lagi. Nurul2, apa kata kalau Nurul mengakui je ia salah Nurul. Dan berubahlah ke arah yang lebih baik. Sebab orang yang sanggup buka baju dan buka baju dalam dan pakai kain batik, berkemban adalah diri sendiri. 

Walaupun ada yang suruh tetapi Nurul boleh cakap takmo. Jadi di sini sudah tentulah Nurul orang yang wajar dihentam. Akan tetapi krew produksi juga tidak terlepas dari tanggungjawab. Sebab mengedarkan gambar2 Nurul untuk tujuan promosi filem. Mereka cuma fikirkan keuntungan semata2. Jelas disini mereka mempergunakan badan Nurul untuk meraih kontroversi dan melariskan product mereka. 

Dan Nurul seharusnya lebih berhati2. Jangan lagi sanggup gadaikan body untuk keuntungan orang lain. Tapi apa pun artis2 seperti Nurul, Zarina, Maya dan lain2 seharusnya diawasi dan diberikan dakwah sebab dorang nampaknya tak faham batasan seorang artis dan pelakon. 

Menjadi pelakon bukanlah tiket untuk ko buat apa sahaja atas nama lakonan beb. Bila larh LFF, FINAS, JAWI, JAKIM neh nak kawal seme kelucahan yang semakin menggila di Malaysia neh. Makin lama makin banyak pula filem berunsur tahyul dan seks di pasaran. Aduhaii.

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...