Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Friday, March 30, 2012

Respon Malique berhubung pengharaman lagu BAWAKU PERGI.

Nampaknya lagu bawaku pergi sah, telah diharamkan. Kat bawah neh pula ialah penjelasan penuh Malique berhubung perkara tersebut. 

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.
Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.
Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Sumber dari OhBulan.

Jom Gosip Sampai Kiamat

23 comments:

Anonymous said...

dah agak dah..pasti ada penjelasan..hai2...

Anonymous said...

cerita ,filem ...artis yang bukan muhrim bersentuhan,,babak khairah..dedah aurat..cara hidup barat...dalam tv kenapa x diharamkan?

Anonymous said...

aduh... ni lagi sekor.. ko anggap camtu plak ekk.. abis tu kalau filem lucah patut di siarkan n guna words ko "If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion" atau "Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi tgk porno 4 minit, dia dah hoyeh2 ngn boifren dia". aduh bangangnyaaa...

Anonymous said...

Tu filem LUCAH la bongok! Bukan lagu. Bodoh!

Anonymous said...

Dah memang lirik pun salah di sisi agama. .tanyalah pada mana mana ustaz. Bab filem, pun mmg haram laki dan pompuan bersentuhan. Mmg kalau ikut islam, haram jugak. Dan mmg patut kerajaan haramkan terus. Yg pasti, mmg berat tanggungjawab pemerintah sbb dia yg nak jawab. Tp kita sbg rakyat, wajib bersetuju atas pengharaman yg dilakukan ke atas apa apa yg salah..dan terus berusaha utk memastikan media hiburan tidak hanyut dgn hasutan syaitan.

Anonymous said...

First thing first,bila sy dgr je lgu nih,trus sy tnya bf sy,ape tajuk lagu ni then search kt utube smpai addicted nk dgr tiap2 hr..xpenah tpikir plak lgu ni ade unsur negetif..pd pndangan sy,lgu ni sbnrnya elok jugak diputarkn kt radio 24 hours bg mnyedarkn parents2 y abaikn anak2 remaja diorg,so sy pandang lagu ni sbnrmya lebih kpd parents2 kt luar sana..berjaga2 dgn tingkah laku anak kalau xdipedulikn,ini la y terjadi..tp bila baca knyataan malique,baru sy tau lagu ni sambungan dr lagu pergi jauh tu..ape2 pn,sbg rakyat malaysia,xpayah la negetif sgt..btul la kata malique tu,xkn la baru dgr lagu ni xsmpai 5 minit da pasang niat nk lari rumah..haiisshh..

Anonymous said...

nama pn seni...seni bleh jd 1001 atau lebih dr 2...cth mcm mat rempit..dorg wheele n weikang 2 pn seni...wlupn 2 aksi bahaya..tp kta mmpu buat ke?...dia da pn bg penjelasan kan..lagu 2 pasal dia nk mengembara dgn isteri dia...wlupn aku melayu..tp aku nk ckp pemikiran melayu slalunya negatif...aku pn sama..tp pemikiran aku bleh diubah dgn penjelasan

kicap tamin said...

Nama pun kerajaan.kalau kata golongan buka profesional kang marah pulak.artis luar masuk malaysia bawak lagu entah2 apa2 lepas je.sebelum membuat keputusan,fikir dahulu sebaiknya.

Anonymous said...

ni lagi satu bahalol, ko tgok skit budaya sekeliling la ngok, tu budaya barat, ni dalam konteks lagu, kalo org jenis berminda kuning cam ko ni memang ye la aku caya, sama yg ko nukilkan tadi, dol punye org

MindaMalay said...

Sesapa yg nak komen sila dengar dulu lagu tu. Dan fikir klu yg dengar tu Bini korang... anak pompuan korang... adik pompuan korang... Korang agak2 diorg akan tafsir lagu tu sbb melancong ke seperti mana si penulis lirik itu kata?

Mush said...

hahaha..lawak la..kenapa masih lagi bersuluh lg di tempat terang.Malique, bertanggungjawab la sikit, kebanyakan yang dengar lagu ni, remaja...mane dorng nak pikir ape yang hang pikir..dorg pikir ape yng lagu ni sampaikan la..‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’ lirik ni ganeral sangat..mane ade org nk pikir hang pegi indochina melalui jalan darat..xsemua orng fikir himalaya puncak tertinggi walaupun hang kata tu basic geo.xsemua orng tau kat himalaya ade yeti.bro..bagi la 1001 jawapn, tp bg aku lagu ni perosak remaja..itu pandangan aku, tak mcm bro,kat himalaya ada yeti, walau pun sampai sekarang kewujudan yeti masih dipertikaikan..tp aku respek, sebab tu pandangan bro..peace.salam

Anonymous said...

xda akal org yg wt tuduhan mcm tu,,,otak ada,,tp akal xreti nk gune,,,sbb tu lor melayu x maju ke dpn,,,

Anonymous said...

klo bdak tu ckup kasih syg dr family sume xdnye dy nk pikir nk lari rumah klo dgr lagu ni sjuta kali pon..

Anonymous said...

byk lagi lagu omputih lirik lagu leh rosakkan remaja... Knape lagu orang melayu jugak dia nak haramkan? Ke sebab 'kerajaan' tahu bahasa melayu je?? Haha.. Pelik btol kerajaan malaysia ni...

Eric Fuzi said...

Karya yang terbaik adalah dinilai dari jalan penceritaan. STORY . Sama jugak dalam film . Xkan xtau apa tu subtext? Masing2 ada intepretasi yg berbeza,penerimaan yg berbeza. Kalau x reti menilai , filem Bunohan pun boleh claim filem yg mengajar cara nak membunuh! Korang pernah tgk filem 8 miles x ? Dalam filem tu,keadaan sekeling dan kisah peribadi dijadikan intipati text dalam rap dia. Sama jgk mcm malique,dia menggunakan subtext dan intepretasi yg berbeza utk menceritakan . Kalau dia buat lirik direct cerita pasal nak berjalan2 kt himalaya,jumpa yeti,bawak passport, xde lah lirik dia tu jd seni. Kata nak industri seni Malaysia jd worldwide,tp bila buat dah dihalang. So,terpaksa lah buat karya MELAYU! MELAYU skg x mcm MELAYU dulu,berkias sikit pun x boleh, klau study balik KOMSAS kt sekolah dulu pun kan dah diajar apa tu explicit meaning dan implicit meaning.. Adakah meluahkan perasaan itu dikira sbg seni? No Man! Perkongsiaan Idea dan penceritaan yang dikatakan titik permulaan sesuatu seni! Buka mata,buka minda tapi jangan buka pekung didada. -ERIC FUZI-

♛☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼♛ said...

sabar la bro... dah pendengar selalu menjadi juri.. Itu machiam la jadik.. lagi2 lagu tu keluar waktu kes cabut larik dengan bf smakin berleluasa... Wa ambik lagu lu sebagai orang dewasa... tapi mostly rakyat malaysia sangat sensitip... :)

FarisPharmacistMuslim said...

sory 2 say..i vote 2 ban dis song...

no matter what u say...lagu nie mmg menjurus kearah e2...

xkan nak p melancong xbagitau parent?
kl bini xkan anta balik? balik mane?
kl bini xkan nak soh lompat loteng kl nak keluar?

lagu English pon same..kl lyric xelok boleh ban..move like jagger awat x ban lagi?

Anonymous said...

Apa yg membezakan sains dengan seni? Sains itu fakta. Seni itu subjektif. Tafsiran pelbagai, bergantung kepada tahap 'intelektual' individu yang mentafsir. Hormatilah karya atau hasil kerja mereka seperti mana anda mahu hasil kerja anda dihormati. Penjelasan malique sangat jelas tentang hasil seninya. Seperti mana pelukis menterjemahkan dan menerangkan hasil karya lukisan abstrak yang kita sendiri pun tidak dapat memahami. Ingat, kita bukan tuhan yang maha mengetahui isi hati insan lain - RK

Inul said...

Goyang Inul la best... boleh galakkan kita menari tiang..

Anonymous said...

huargghh!!! ngantuk aku nengok komen nie semua...ellop, lagu mr saxobeat tu punyela terang2 pasal s&*, blh lak sorg singer malay bertudung, dikatakan 'bakal cikgu', dok nyanyi kat youtube...appe cellopppp? ala, mende nie bmusim sibuk budak lari rumah, dia drag la ape2 punca tdekat...tp yg pelik tu kan asid masih djual di kedai2 secara open, lepas tu kan, gam2 beskal masih tdk dicampur asik penama tu, cam kat fillipina supaya xde yg jd mat gian gam...haaaaaaaaaaaaaaaa, yg tu dulu pegi kuatkuasa..bukan menda camni....come on la...malique klu wat lagu dr dulu mmg kontroversi..cam mantera beradu..tp aku suka karya dia..yg pi suh anak layan idola kecil, join tom2 bak, dr kecik dedahkan sgt dgn muzik apsal? salah sape tu? siap bg dorongan, dgn harapan akan kayo cam artis malaysia....come on see the root 1st..but this doesnt mean gua support abis si malique ne..cuma gua rse pengharamannya xkena..ibarat scape goat jek....lagu Alhamdulillah pon ok apa dia wat dlu...

Anonymous said...

tgk budaya msyrkat malaysia ar bro...mmg bagi ko..tu utk lagu ko..bek ko nyanyi utk bini ko je...ko ingat ap yang ko niatkan tu same ke dgn ap yg org lain niatkan..mmg patut pun lagu ni kena ban...lirik pun mcm jadahnya..seni pun ad limitasi tau..klu x...bek org yg berseni yg pndai melukis..g ar melukis gmbar org yg bogel..kata seni itu luas...BANGANG!!!!

Anonymous said...

kalau nak ikutkan bersepah lagu omputeh yang citer ntah mende2.. parti la.. seks la.. mabuk la.. ape la.. takde plak kene gam..

Sid Algronjh said...

ade akal boleh pikir lah, tgk komen2 ni pun tak pikir panjang.

Post a Comment

Jika saya ada buat kesalahan kepada anda samada secara langsung mahupun tidak langsung, kesalahan dalam fakta menerusi apa2 artikel, sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com supaya saya dapat betulkan segera apa2 kesalahan yang telah saya lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...