Tudung boleh di anggap telah mencetuskan satu fenomena fashion di kalangan artis dan kaum perempuan yang menutup aurat di malaysia neh. Macam2 fashion tudung yang didapati di Malaysia. Selain fashion, nama tudung pun ada pelbagai. Ada juga tudung yang dinamakan sempena nama artis.
Tak kesah lah bab tue. Sekarang tengok gambar di atas neh. Yuna dan fashion tudung terbaru. Gambar neh merujuk kepada satu poster yang mempromosikan aktiviti terbaru yuna bersama penaja CONAN. Comel betul Yuna dengan fashion tudung terbaru dia. Memang nampak pelik tapi selain pelik ia juga nampak unik. Betul tak? Orang kata, yang penting, janji tutup aurat betul tak?
Herm.. mungkin tudung yuna bakal mencetuskan satu lagi fenomena di malaysia? Sama-sama nantikan. Sementara tue, tudung neh kita namakan sahaja tudung yuna. Senang disebut dan comel pula nama tue kan ?

13 comments:
Ntah hapa hapa pesyen ni.. cuba tutup aurat sempurna sikit
makin lama makin tah pape yuna...shoot pala sat g baru taw..
Ini balut aurat namenye..
Orang kata, yang penting, janji tutup aurat betul tak?
Tutup aurat ke mcm nie..?
Ya Allah ya tuhan ku berikanlah kami hidayah...
Dh mcm org negro yg pki kain ttp kpla je tgk hahaha..
x tutup lagi ni.. ustz don kata wajib kena ada macam tirai sikit kat belah depan.. ni balut kepala camtu x jadi.. semoga ada orang tegur dia.. maybe dia x tau kot..
lady gaga version muslim melayu... pesen pelik2... lady yuna
apa yg saya faham tutup aurat ni bkn kepala dh leher jer kena tutup.dada pun kena tutup overall menyorok bentuk badan .yg yuna pakai ni bukan tutup aurat.tutup aurat ngn balut aurat totaly different.
Dunia telah menghanyutkan kebanyakkan daripada manusia itu. Yuna semakin ditarik olehnya dan tidak mustahil sekiranya beliau lalai, satu demi persatu pakaiannya akan terlucut...Nauzubillah
aku nak tanya apa kesalahan dari segi undang2 atau syarak Islam berkenaan cara Yuna bertudung? adakah kesalahannya? kalau tak ada hanya perasaan tak baik anda yang kata ada salahnya maka dah berdosalah kita sebab dalam banyak2 artis yang tak tutup aurat kita pilih yang nak tutup aurat(walaupun tak perfect)..pada admin, delete jelah entry ni..wat penat aku je sokong korang dari emenoworld lagi..orang paham walaupun entry ni tak menjurus betol2 ko nak mengata mengumpat yuna tapi orang dah bijak pandai dah zaman lani faham isi tersirat tersurat setiap post..takpa lebih hati2 lepas ni kita still terus menyokong anda kalau boleh terima komen ni dengan terbukalah..terima kasih :)
betul tu, sekarang ni heboh pasai si polan tu, si polan ni berhijrah pakai tudung, tapi....hmmmmm....semuanya hanya membalut tubuh/urat sahaja, dan bukannya dalam erti kata sebenar menutup aurat mengikut sunah islam....memang setiap manusia tidak sempurna....tapi kita wajib mencari kesempurnaan itu.....fikir2kanlah
kenapa korg semua nk heboh pasalcara Yuna pakai tudung ni salah la , tak menepati la. style tudung dia semua tak betul. tp kan, knp korg tak kecoh pasal artis yg pakai skirt, singlet je. knp? korg buat lawak. seripusly LAWAK.
sempena promosi konsert je ni. hari biasa dia pakai "tudung yuna" yang biasa dia pakai tula, takda apa sampai nak jadikan isu sampai mengumpat pasal dia tah apa kejadahnya ni buang masa betol. g cari gambar artis seksi buat entry berbaloi jugak dosa aku baca post ko ni
Post a Comment
Jika saya ada buat kesalahan kepada anda samada secara langsung mahupun tidak langsung, kesalahan dalam fakta menerusi apa2 artikel, sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com supaya saya dapat betulkan segera apa2 kesalahan yang telah saya lakukan.