Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Monday, April 9, 2012

Satu lagi artis sokong PR - Dayangku Intan masuk PKR.







Semakin lama semakin ramai artis masuk parti politik. Terbaru membabitkan artis sernior yang bernama dayangku intan. Nampaknya semakin ramai artis mula sedar hak mereka untuk berpolitik ye. Kesedaran berpolitik di kalangan artis sebenarnya adalah satu perkara yang baik sebenarnya. Bukan perkara yang negatif.


Lihat video kat bawah neh. Interview oleh kartunis zunar;


 


Menurut dayangku intan ;



Beliau menyifatkan penyertaannya ke dalam KEADILAN sebagai satu perjuangan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia.
“Saya rasa ini perjuangan yang harus kita buat. Pada rakan-rakan kita yang lain perjuangan saya ini rasa kurang pintar, mereka salah,” katanya.
Beliau juga tidak risau tentang tanggapan bahawa penyanyi dan pelakon akan sukar mendapat peluang berlakon dan menyanyi apabila orang ramai melihat mereka aktif dengan parti politik selain daripada Umno.
“(senyum) Rezeki Allah yang bagi. Pada artis-artis, mungkin mereka takut tapi dalamilah perkara yang sebenar.
“Kawan-kawan saya, ada banyak kekecewaan (tentang sistem pentadbiran negara) yang tak boleh diluahkan. Jangan takut kita menegakkan kebenaran” katanya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seniman yang lain untuk terlibat secara lebih aktif dalam usaha membaiki negara melalui landasan politik.
“Saya mohon kita semua perjuangkan keadilan dan kita semua inginkan pembaharuan untuk semua, untuk anak-anak untuk ibu, untuk negara,” katanya.-  Suara Keadilan

Nampaknya memang betul bahang pru - 13 semakin memuncak.

Hahaha.

Jom Gosip Sampai Kiamat

1 comment:

Anonymous said...

kalau masuk sebelah PR ja mesti pakai tudung dan sopan2 gitu kan...kan sedap mata memandang imej muslimah macam tu...x kan nak tunggu mati baru nak pakai tudung yer adik kakak sekalian

Post a Comment

Jika saya ada buat kesalahan kepada anda samada secara langsung mahupun tidak langsung, kesalahan dalam fakta menerusi apa2 artikel, sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com supaya saya dapat betulkan segera apa2 kesalahan yang telah saya lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...