Sebarang berita yang ingin anda salurkan sila hubungi kami disini Segala hakmilik penulisan disini tidak boleh dicopypaste tanpa izin pemilik blog kecuali dinyatakan sumbernya.

Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Thursday, April 26, 2012

Saya bukan isteri menteri - Zahida Rafik.





KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.


“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.


“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam. -kosmo-


Dengan penafian neh, Zahida baru sahaja mengakui kepada kita bahawa ;

1. Dia bukan isteri mana2 lelaki.

2. Dia bukan isteri kedua shafie afdal.

3. Dia sama sekali tiada hubungan dengan shafie afdal dan tidak tak kenal pun shafie afdal dengan rapat.

Urm...

Kalau sesiapa boleh buktikan dengan apa2 dokumen bahawa zahida tue isteri orang.. lain citer kot.

Hahaha..
Jom Gosip Sampai Kiamat

3 comments:

Ticer Syah said...

oh kesian..kena fitenah rupenye.. kehkehkeh

Anonymous said...

mmg bukan isteri, tapi ala2 gundik kot... LOL!

Anonymous said...

Habis tu duit juta2 tu dtg dari mana..? kalau duit bisnes kenapa boh dlm akaun peribadi..Takkanlah x driver peribadi dia main sebut jer nama pak Menteri tu...urmmm ada bau2 ikanlah...

Post a Comment

Jika saya ada buat kesalahan kepada anda samada secara langsung mahupun tidak langsung, kesalahan dalam fakta menerusi apa2 artikel, sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com supaya saya dapat betulkan segera apa2 kesalahan yang telah saya lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...