Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Sunday, July 29, 2012

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya. 

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

NONESementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama." kata Abby ringkas. -MKINI-

Rasanya ini dah boleh memberikan clue kepada ummi aida kenapa larh abby abadi cakap pasal bakal kehilangan job bila mula menceburkan diri dalam politik yang ke arah pembangkang. Di malaysia jika kita menyokong pembangkang ia adalah merupakan satu kesalahan yang maha hebat sebab bakal di anggap sebagai ;

1. pemberontak

2. penjenayah

3. penjahat

4. geng yahudi

5. geng kafir

6. geng kristian

7. menyokong dajal

8. anti islam

Bukan hanya orang2 politik jek dapat label2 tersebut, bahkan penyokong2 mereka dan artis2 yang mula menceburkan diri dalam bidang politik juga akan mendapat label dan persepsi yang sama. Persepsi neh telah ditanam oleh media melalui usaha berterusan dari barisan nasional selama 55 tahun.

Nak tahu benar ke tak benar mereka2 yang pro pembangkang seperti itu, sama2 larh belajar untuk cari tahu dan kaji sendiri, benar ke tak benar mereka tue penjenayah or sebaliknya. Buat apa ikut cakap orang kalau ada akal dan usaha untuk mengkaji sendiri? Betul tak? Lue fikirlah sendiri..

Jom Gosip Sampai Kiamat

1 comment:

Anonymous said...

sekadar nasihat picisan: byk artis Msia berubah. syukur kpd Allah swt yg memberi hidayah. Namun yg agak menjanggalkan ialah artis yg berubah lantas masuk ke bidang politik. apabila berpolitik, sure, 1 pihak suka pada anda, dan 1 pihak suka pada anda. dulu tidak bermusuh kinii sudah bermusuh. itulah ragam politik dan teruknya politik di Msia khususnya. Cuba fikir baik2. Adalah lebih baik sekiranya setelah diberi taufik dan hidayah, maka ambil peluang ini dan tanda syukur, utk berdakwah dgn rakan2 artis. dan itu adalah pekerjaan yg lebih mulia dari berpolitik zaman rosak politik. ajak kawan artis berubah dgn hikmah itu 1 dakwah akhlak dan lembut. byk contoh artis yg berubah dan menjadikan platform kerjya artis itu utk berdakwah, bukan berpolitik yg kotor harini. mengutuk, mencaci, menghentam, fitnah, dll.

Post a Comment

Jika saya ada buat kesalahan kepada anda samada secara langsung mahupun tidak langsung, kesalahan dalam fakta menerusi apa2 artikel, sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com supaya saya dapat betulkan segera apa2 kesalahan yang telah saya lakukan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...