Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Monday, January 30, 2012

Penulis Lirik Awan Nano Ketua PKR Parit Sulong.


Mesti ramai dah tahu bahawa lagu yang dinyanyikan oleh Hafiz AF baru2 neh telah memenangi anugerah juara lagu tempat yang pertama. Lagu tersebut yang diberikan tajuk awan nano yang mana liriknya ditulis oleh Nasmi Hashim yang dikenali sebagai buddhi hekayat dalam dunia seni.



Baca bawah neh ;

rupa-rupanya lagu Awan Nano nyanyian Hafiz  yang memenangi Anugerah Juara Lagu ke-26 kelmarin ditulis oleh Ketua PKR Cabang Parit Sulong, Johor, Nasmi Hashim.
 
Tetapi untuk makluman anda, Nasmi yang menggunakan nama pena Buddhi Hekayat bukanlah namu baru dalam bidang ini.

Sebelum Awan Nano, pemuda berusia 36 tahun ini pernah menulis lagu untuk kumpulan Spider berjudul ‘Ajaib’ dan banyak mempelajari tentang teknik penulisan lirik daripada arwah Loloq.

Beliau juga banyak menghasilkan karya-karya untuk kumpulan muzik bebas selain mengisi ruang Sastera Budaya, Berita Harian (1998-2001), portal Kakiseni dan Jalantelawi.com.

Nasmi bagaimanapun menegaskan nama pena Buddhi Hekayat yang digunakannya sekarang dalam bidang seni juga bukan bertujuan untuk menyembunyikan identitinya sebagai ahli politik daripada diketahui umum.
“Saya akan lebih aktif dalam bidang seni. Bukan sebab kecewa dalam politik, tapi saya rasa waktu yang ditunggu-tunggu sudah tiba,” katanya. -MNH-

Ha Ha Ha

Habislah mengamok orang2 umno lepas neh. Aiyokk.. tatau..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, January 27, 2012

Perut isteri Harith Iskandar didedahkan untuk tayangan umum.



Tahniah Harith Iskandar dan Isteri kerana bakal menimang anak tak lama lagi. Hebat ye.. dah besar perut isteri harith iskandar neh. Tak lama lagi terberanak larh tue..

Ha Ha Ha

Tidak pula didedahkan untuk tujuan apa gambar neh di ambil dan diedarkan.. tapi gambar2 neh berlegar2 di internet. Bagi untuk tujuan promosi pakaian yang dia pakai tue kot. Yelah dia neh kan model sambilan dan seorang doktor. So, maybe ini sebahagian daripada kerjaya dia kot.

Tapi tak silap aku harith neh orang islam kan? So, isteri neh patutnya orang islam juga larh kan? Sorry larh kalau salah faham. Tapi kalau sungguh orang islam.. maybe okey je kot. Sebab dia pompuan mualaf. Kalau lelaki islam macam faizal tahir je baru kena..

Ha Ha Ha..

Sumber : sini.

Updated : Harith dah minta maaf, maka gambar dia dah dicencorkan. Rujuk sini. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

AC Mizal kini duta pelancongan perak.

AC Mizal dilantik menjadi duta pelancongan bagi negeri perak bagi tahun 2012. Tahniah diucapkan kepada dia. Rezeki dia semakin mencurah2 selepas menjadi ahli umno dan seterusnya berjaya menjadi duta bagi negeri perak.

Ada orang kata dia neh sebenarnya orang johor. Bukan orang perak. Tapi ye lah kalau dah rezeki tak ke mana. Lagipun dia neh datuk so mestilah ada sebab kenapa dia dilantik oleh menteri besar perak kan. Bukan suka2. Betul tak?

Ha Ha Ha

Lihat video bawah neh ;


AC Mizal berkata, beliau begitu berbesar hati di atas pelantikannya sebagai duta TMP 2012 dan berjanji akan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik-baiknya.
“Selain promosi di kaca televisyen, saya juga akan menghebahkan TMP 2012 melalui jaringan laman sosial ‘Mface’ yang bakal dilancarkan di Indonesia, Hong Kong dan seterusnya China.
“Saya juga menyediakan homepage khas untuk mempromosikan TMP 2012 selain dijadual turun padang menjayakan 40 program pelancongan yang diatur oleh kerajaan negeri,” tegasnya lagi.-PT-

Bagus, ac memang bagus. Teruskan melibatkan diri dengan ahli politik dan umno. Insya-Allah kejayaan pasti menyusul. Ha Ha Ha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, January 20, 2012

Izwan Pilus Meninggal dunia.

Menurut petikan printscreen di bawah neh, adik kandung kepada arwah izwan pilus melaporkan [tweet] di twitter bahawa abangnya, Izwan Pilus telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi. Sila lihat petikan printscreen di bawah neh terlebih dahulu ;


Untuk rekod, aril af dan izwan pilus ialah adik beradik. Menurut penulis blog beautifulnara arwah izwan meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru2 ataupun jangkitan kuman dalam darah [belum pasti yang mana satu sahih]. 

Dan arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital ampang setelah gagal diselamatkan. Sebelum neh arwah juga dilaporkan pernah masuk hospital akibat deman yang berpanjangan. Jenazah arwah akan di bawa pula ke melaka untuk disemadikan.

Beautifulnara turut memaparkan gambar terakhir yang sempat diambil sebelum arwah meninggaldunia petang tadi. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Alfatihah. 

Sumber : sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, January 18, 2012

Azwan berbaik semula dengan Ummi [Video Inside]

Azwan telah berbaik semula dengan adik kandungnya iaitu Ummi hafilda ali. Tapi hairan, kenapa hal neh pun dikaitkan dengan wan azizah dan anwar ibrahim pula? Adik beradik yang bergaduh, orang lain pula yang dapat nama? 

Pelik.

Lihat video bawah neh ;


Rupanya dah 7 tahun azwan dan ummi bergaduh. Rupanya dah lima bulan azmin tak balik rumah mak kandung nya. Lepas neh apa pula? Mungkin ummi boleh share banyak lagi hal2 kain dalam keluarga ali kepada pihak media.

Ha Ha Ha

Dan rupanya azwan dan ummi telah berunding untuk selesaikan kes neh. Azwan disuruh minta maaf di hadapan media, buat surat akaun bersumpah dan berjanji tidak mengulangi perbuatan nya lagi. Kalau tidak, ummi tidak akan tarik balik kes. Salah azwan juga sebab over2.

Itu lah azwan, lainkali kawal lah perkataan tue sikit. Cuma tak sangka ye.. ummi salahkan orang lain pula dalam isu neh. Azwan sendiri yang over2 buat statement alih2 ummi bagi alasan terhasut? Boleh pula macam tue yer? 

Yang hairan nya dia tak mengaku pula dia pernah burukkan azmin ali. Dia cakap anak azmin tue anak anwar apa pula? Dan dia baru je dedahkan isu azmin nak bagi dia rm5juta? Itu kalau bukan burukkan, apa pula?

Macam2.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, January 17, 2012

Ummi di ugut Azwan, Azwan ditahan POLIS sebelum dibebaskan.


Adik beradik Ali neh memang terkenal dengan pelbagai kontroversi. Sebab? Sorang terlibat dengan dunia hiburan, sorang terlibat dengan dunia politik dan sorang lagi terlibat dalam dunia hiburan politik. Apa tue? 

Ha Ha Ha

Pandai2 faham sendiri ye.

Apa pun malam tadi agak kecoh dengan kes azwan ditahan polis setelah ummi membuat laporan polis berhubung mesej2 yang ditweet oleh abangnya melalui twitter. Ugutan yang di anggap seriyus oleh ummi itu kemudian nya membawa kepada penahanan azwan untuk seberapa seketika sebelum dibebaskan polis.

Samada azwan dibebaskan terus oleh polis ataupun masih lagi disiasat atas kes ugutan neh oleh polis masih lagi tidak dapat dikenalpasti. Tapi baik ummi dan baik azwan, masing2 memang suka buat kontroversi yang kelaka.

Kalau boleh, hal adik beradik neh setel dalam kain je lah. Dan ummi pun, tak perlu lah buat roadshow nak fitnah abang kandung awak sendiri, si azmin tue. Ingatlah masa anda semua masih kecil dan tinggal di rumah yang sama. Takan hilang langsung rasa kasih pada adik beradik sendiri? Fikirlah.. 

Ha Ha Ha 

Updated ;
Dengar citer azwan digam dari stesen tv swasta [media prima lew tew] sebab menghina tun mahathir dalam twitter.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wardina dirompak? Itu hanyalah lakonan je !!!

Minggu lepas beberapa akhbar melaporkan berita tentang rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyah, dipecah masuk oleh sekumpulan penyamun.

Saya membaca berita tersebut dibeberapa portal online dan di akhbar Sinar Harian. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menerima berita tersebut sepertimana berita-berita rumah orang-orang lain dipecah masuk.
Sinar Harian Ahad 15.01.2012 menyiarkan berita mengenai Wardina disamun untuk kali kedua
Tiga hari selepas berita pertama disiarkan di Sinar Harian, akhbar itu sekali lagi memberi liputan istimewa tentang kejadian yang menimpa Wardina pada hari Ahad lepas. Dalam berita tersebut Wardina banyak bermain kata-kata yang mempunyai elemen simpati, termasuklah menceritakan kisah anak-anaknya. 

Perasaan cuak terhadap Wardina mula timbul dalam diri saya dan hati berkata "seolah-olah dalam negara ini dia sahaja yang kena rompak, sedangkan ramai lagi mangsa yang lebih teruk dari dia".

Tup....tup....tiba-tiba hari ini sekali lagi Sinar Harian melaporkan kisah Wardina disamun dan masih lagi memainkan elemen simpati serta kenyataan yang terlebih mengada-ngada.
Sinar Harian Selasa 17.01.2012 menyiarkan berita mengenai Wardina disamun untuk kali ketiga
Jika begitu caranya saya berfikiran sudah tentu ada sesuatu yang tak kena dengan peristiwa yang menimpa Wardina. Mana mungkin setiap dua hari akhbar boleh melaporkan kisah dia disamun. Sedangkan banyak lagi peristiwa-peristiwa sedemikian yang menimpa orang lain tidak mendapat liputan seistimewa itu . Lagi pun kes yang melibatkan keluarga Wardina tidak melibatkan kematian atau kecederaan parah. 

Timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya.

Mungkinkah kejadian pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina minggu lepas sebahagian dari plotnya untuk meraih simpati dan menaikkan balik popularitinya ?


Seperti yang kita semua tahu, populariti Wardina kini merundum selepas pendedahan beberapa blog sebelum ini mengenai hubungannya dengan parti PKR. Wardina menafikan perkara tersebut dan terpaksa mengambil cuti dua bulan sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini TV3.

Kita lihat apa yang dikatakan oleh Wardina sepertimana yang dilaporkan oleh portal klpos.com
Pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyah dirompak oleh 3 orang yang memasuki rumahnya di Bukit Antarabangsa di Ampang awal pagi tadi.
Menurut Laman Sosialnya, Twitter "Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!" mesej melalui Twitter dihantar beliau awal pagi tadi.
Tambah Wardina lagi,dia dan keluarganya hanya mampu melihat ketika dirompak.sementara itu,Suaminya Ikhwan telah dipukul.Antara yang dirompak ialah 5 buah komputer riba katanya.
Mereka sekeluarga dilaporkan agak  trauma ketika ini.
Wardina juga memberitahu, dia terpaksa meminjam komputer riba jiran untuk memaklumkan insiden yang menimpa keluarganya.
Jelas Wardina, dia juga tiada telefon bimbitnya dan hanya boleh dihubungi menerusi e-mel dan Facebook.
"Sekarang banyak kejadian rompakan. Saya nasihatkan agar orang ramai berhati-hati," katanya.

Orang kena samun dan trauma masih boleh pinjam komputer jiran  untuk bertwitter 
Logikkah ?

Untuk tujuan apakah dia amat-amat memerlukan menghebahkan berita tersebut melalui twitter disaat dia dan keluarga sedang trauma ?

Kenapa dia tidak menunggu selepas keadaan tenang dan trauma telah pulih ?

Sanggup pinjam komputer jiran untuk tweet berita tersebut....

Tidakkah itu tujuan untuk menagih simpati dan seterusnya meraih populariti ? 

Perkara sebenar hanya Allah dan Wardina yang sahaja yang tahu.

Jika Wardina ada jawapan kepada persoalan serta kekeliruan yang saya timbulkan, saya mengalu-alukan jawapan dari anda. Saya sentiasa bersedia menyiarkan penjelasan dari anda di blog ini.

Marah?

Nanti dulu. Baca dulu bawah neh ;





Masih marah?

Marahlah. Tapi jangan marah pada aku sebab bukan aku yang tulis benda kat atas neh semua. Ini adalah versi copy paste dari blogger yang berpolitikkan umno.


Wardina mungkin orang yang mereka benci kerana dia cenderung kepada bebas [bukan pr] dan bukan berpaksikan mana2 parti politik.


Tak hairan sebenarnya kisah wardina di mainkan di paper berulang kali kerana dia artis. Alah, amek satu contoh kisah fasha berpisah dengan jejai. Berapa banyak kali media dok ulang2 tayang kisah neh?


Hari neh berpisah, esok amek kenyataan jejai, then kenyataan fasha, then kenyataan nora, then meleret2 nak amek statement satu kampung sampai orang naik muak.


So sama juga dalam kes wardina. Dia artis dan popular memang lah wartawan suka siarkan statement dia beberapa kali. Bukan isu lah sampai sanggup nak kata dia berlakon di rompak. 

Berhubung isu dia update di twitter selepas di rompak, apa yang peliknya? Benda neh normal. Saiful lepas hilang kereta pun terus update di fb dan twitter. Rasa bukan isu pun. Takde citer, buat citer ka?


Ha ha ha


Yang tak tahan tue, ada pula orang yang percaya. Hahahah.. tulis fitnah pun ada penyokong. Hanya pemfitnah je yang sokong tukang fitnah neh selalunya..


ha ha ha

Nak link blog dia? Tak perlu. Cukuplah keratan printscreen di bawah neh sebagai 
bukti ;



Siapa RBF neh? Ia akan didedahkan sedikit masa lagi. Kitareoo !

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, January 15, 2012

Leman Raja Lawak CABAR Ibrahim Ali berdebat!

Wahh..

Makin berseri dunia artis sekarang. Ada yang terlibat dengan skandal. Ada yang terlibat dengan dakwah. Dan ada yang mula aktif terlibat dengan politik. 

Yang terbaru leman raja lawak telah mencabar ibrahim ali yang juga ahli parlimen bebas dari pasir mas dan ketua kepada pertubuhan bukan kerajaan, PERKASA melalui laman facebook untuk berdebat.

Lihat bawah neh. Cabaran debat yang dikemukakan oleh leman raja lawak ;






Adakah Ibrahim Ali akan menerima jemputan debat neh? Sama2 kita nantikan respon balas dari tuan punya badan.

Sumber asal : disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Ali XPDC Pun Berhijrah kerna Ustaz Azhar Idrus?


Mungkin salah seorang dari pendengar tetap majlis2 ilmu yang disampaikan oleh ustaz tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus. Namun, andai benar bagai yang dikata, ini satu perubahan yang sangat positif dan baik. Semoga dengan dorongan dari ustaz, Ali XPDC boleh bertambah baik dari sehari ke sehari.

Namun, bersedia lah ye. Mungkin ada pihak2 yang kurang senang dengan perubahan positif dari anda. Ambil ia sebagai iktibar dan teladan. Jangan melatah dengan komen2 yang negatif. Itu lumrah kehidupan asalkan kita tahu dan percaya jalan yang kita pilih neh ialah jalan yang boleh menuju kepada keredhaan Allah swt. 

Untuk ali, tahniah, andai benar. Ini mungkin bermakna satu lagi perubahan positif dari artis malaysia. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, January 14, 2012

Rozita marah gambar seksinya tersebar di internet.

Marah?

Marah sebab gambar di bawah neh?


“Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,”. “Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya. -METRO-

1. Yang sebarkan gambar rozita ialah ==> MANGGA ONLINE. Sebab dia antara yang terawal menulis kisah neh. Ohbulan pun petik dari sana.

2. Kalau rozita ikut tema berpakaian, rasanya mangga online neh mengikut tema menulis, iaitu bergosip dan menyebarkan hal2 artis. So dedua tak salah sebab ikut tema. 

Jadi, tak perlu marah2 lah rozita. Cool sudah. Berani buat berani hadap!

Jom Gosip Sampai Kiamat

Babak Ghairah dalam filem Keramat.

Perlu ke adegan di bawah neh?

Perlu ke?


Kalau perlu sangat tak boleh ker bertutup pakaian nya? Tak boleh sangat ke sampai macam kat bawah neh?


Baca alasan zul berhubung isu neh di bawah neh pula ;

“Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan. Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. “Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib. 

“Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,” katanya

“Niat pembikin filem hasilkan karya selain atas faktor keuntungan adalah untuk memberi kesedaran dan pengarahan kepada masyarakat. Apabila terjebak dengan ilmu hitam atau perkara negatif, akan berlakulah akibat yang kita paparkan dalam filem ini,” <-- Alasan klise

Dah bosan baca alasan2 macam neh. Kena cari jalan macam mana nak minta kerajaan bertegas menanggani  babak2 seks dan berahi dalam filem2 melayu neh. Ada idea tak?
Jom Gosip Sampai Kiamat

Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah.

Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.
Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.
Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.
Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.
Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.
“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.
Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.
Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.
“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.
Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.
Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.
Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.
Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.
“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.
Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.
“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita. -MSTAR-

Salah sendiri tak nampak, salah orang dia nampak. Kalau dia bagi hujah yang zaquan sepatutnya telefon, maka dia pun boleh je telefon zaquan tanya apa masalah dia sebenarnya? Kan? Dia lebih tua, patut lebih matang. Bukan nya bergaduh di twitter. 

Apa yang aku baca di twitter jelas rita rudaini yang over2 lebih. Bukan nak bekap si zaquan neh tapi siapa kita nak ungkit dan dedahkan kesalahan orang lain pula? Tahu kah kita kalau2 dia dah bertaubat ke apa? Tah2 benda tue fitnah, lagi dasat. Zaquan hanya pertahankan mak dia. Dia tak salah pun kalau tercuit emosi sebab neh melibatkan mak dia.

Manakala, rita yang dipihak yang berkahwin di luar negara, mengalirkan air mata mak bapa zaquan patut belajar bersabar dan atasi masalah neh menggunakan akal fikiran yang matang. Bukan telefon media bagitau suami dah lari, zaquan hasut suami untuk lari dan sebagainya. Apa, dia ingat aidil tak boleh berfikir sendiri kah ?  Tak boleh nak kawal kaki dan keinginan sendiri kah?

Rita neh tak faham apa itu hubungan adik beradik dan yang lebih penting dia tidak faham apa itu dimaksudkan dengan hubungan saudara kembar. Orang yang dikelilingi saudara kembar akan faham apa itu hubungan saudara kembar. Oleh kerana mak aku kembar, adik aku kembar, adik ipar aku kembar maka aku dah lebih dari faham apa itu hubungan saudara kembar sebab tue aku berani cakap rita yang lebih2 dalam isu neh. Simple cakap, jangan jadi batu api !

Namun, andai aidil sudi nasihat dan bimbing rita dan rita pula sudi minta maaf dan kawal diri pada masa akan datang, insya-Allah semua akan selesai. Sama2 doakan agar mereka kembali bersatu dan rita, beralahlah demi kebahagian diri sendiri, bukan untuk orang lain pun.
Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, January 10, 2012

Rita Rudaini perang mulut dengan Zaquan Adha.

Wahh..

Semakin hebat penggunaan teknologi neh yer. Hubungan bukan sahaja dapat terjalin melalui media sosial, hubungan juga boleh jadi porak peranda dengan penggunaan media sosial rupanya.

Ha Ha Ha

Menurut laporan yang dipetik dari MNH, Rita Rudaini berperang dengan Zaquan Adha melalui twitter. Sila lihat gambar di bawah neh ;



Peh.

Rita, kalau marah sekalipun sila fikirkan suami sendiri. Zaquan tue adik ipar ko dan dia ialah kembar kepada suami ko. Bukan aku nak bekap zaquan neh tapi apahal si rita neh pergi pongpang pasal hal2 peribadi di twitter? Oleh kerana aku ada adik kembar dan perkara neh pernah terjadi pada aku, sebagai ahli keluarga aku melihat adik2 kembar aku sendiri rasa tak senang andai ada mana2 pompuan yang menyebabkan sesama mereka bergaduh.

Jadi, si rita sekarang neh patut mengambil pendekatan memujuk ahli2 keluarga mentua termasuklah si zaquan neh agar hubungan yang keruh boleh dirapatkan semula bukan melebarkan lagi jurang salah faham. Tak boleh sabar pun tak perlu tayang di twitter. Ini sebenarnya hanya akan meleretkan salah faham yang sedang terjadi.

Lagipun apa sangatlah salah si zaquan disini? Zaquan hanya bela mak bapa dia disini. Of course dia terasa lah bila rita cakap ==> “xkisah pon mak mertua syg ke x dik..”.

Ini memberikan persepsi seolah2 rita mengata mak dia. Sebagai anak dia marah lah. Kalau anak rita dengar macam neh pun, insya-Allah dia pun akan bela rita Ini kewajaran anak. Memang mana2 anak akan membela mak dia andai ada orang luar bercakap pasal mak dia. Tapi rita bertindak tidak wajar bila pongpang pasal zaquan neh mengandungkan anak orang. Lahaiiii.. rita2.

Orang tak minat nak tahu bab2 peribadi neh. Hal awak dengan mentua awak pun orang tak minat sebenarnya. Rasanya ramai orang meluat dengan pergaduhan neh di twitter. Elok sahaja rita dan zaquan duduk semeja dan cari jalan penyelesaian. Janganlah menyusahkan ahli2 keluarga yang lain. Kalau ye pun nak menang sangat, fikir sedikit keadaan yang suami awak kena hadapi tue rita oii. 

Macam-macam!

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, January 6, 2012

Azwan Ali Serang Ummi Hafilda.


Berikutan amaran terbaru Ummi Hafilda terhadap Azmin Ali [abang kandungnya] dan Anwar Ibrahim yang berjanji akan mendedahkan skandal terbaru mereka berdua, Azwan Ali tampil membuat kenyataan balas di twitter.

Berikut di atas ialah kenyataan balas yang Azwan Ali tujukan buat Ummi Hafilda. Hermm.. kasar dan ganas. Adik beradik gaduh satu malaysia kecoh. 

Ha Ha Ha

Harap2 suatu hari nanti ummi, azwan dan azmin berbaik2lah. Korang tue datang dari ibu dan bapa yang sama. Sampai bila nak gadoh? Itupun pasal politik. Shahril samad dan Khalid samad pun adik beradik yang beza politik gak tapi okey je dorang. Hope azwan, azmin dan ummi boleh belajar something dari pasangan adik beradik tersebut. Bai

Jom Gosip Sampai Kiamat

Poster seksi filem Datin Ghairah.



Ini lah poster bagi filem Datin Ghairah. Barisan pelakon, not bad lah. Memang pelakon2 yang top2 dan ada nama. Tapi skrip dan jalan citer filem neh takde umphh. Lihat sahaja tajuknya dah boleh tahu ia lebih banyak mengarut. Lihat lah pakaian maria farida di dalam poster neh. Tutup lah atas tue sikit. Kot ye pun bosan menjanda cari lah jalan yang proper sikit. Janganlah bagi peluang dan ruang untuk orang salah sangka.
 
Baru2 neh di tv1 rancak memainkan iklan, jangan beli dvd yang tidak di potong / ditapis adegan2 lucah. Tah lah. Buat apa susah2 buang duit buat iklan kalau kerajaan boleh je potong dan tapis filem2 yang boleh dan tidak boleh masuk di malaysia? Kalau pun ia boleh dibawa masuk secara haram, andai penguatkuasa boleh buat kerja betul2, insya-Allah masalah neh akan berjaya diselesaikan jua.


Silap kerajaan dalam kes neh dan pelbagai lagi kes2 lain ialah mereka tidak tahu punca sebenar kepada permasalahan2 sosial yang dihadapi oleh rakyat malaysia itu pasal apa2 rancangan untuk mengatasinya gagal. Kalau tak dikaji dan dicari keluar punca sebenar, bagi lah beribu jalan penyelesaian sekalipun, ia tetap tidak akan efektif sebab masalah lain tapi cara atasi nya pula guna kaedah yang tidak significant kepada masalah tersebut. Memang sampai bebila tak settle punya. Bai

Jom Gosip Sampai Kiamat

Teh Syuhada Bertudung.


Wahh..

Semakin cantik dan manis pengacara tv3 bila mereka mula menutup aurat dengan sempurna. Ini satu penghijrahan yang baik. Tahniah Teh Syuhada. Menurut sumber yang dapat dari sini, Teh Syuhada neh baru sahaja bertudung.

Sebelum neh Abby Fana juga telah bertudung. Tetapi dia telah meninggalkan rancangan "wanita hari ini" bermula hari neh. Tidak pula dijelaskan sebab2 nya kenapa tapi mungkin nak beralih angin kot. 

Apa pun good luck dan tahniah pada Teh Syuhada. Neh satu perubahan yang baik buat anda. Semoga pengacara2 tv3 yang lain pun berjangkit sama dengan angin perubahan dari anda neh. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, January 5, 2012

Amy Search minta jauhi perhimpunan 901.



Hak masing-masing. Tapi apa pun, amy search kena pandai lihat isu perhimpunan neh dari sudut pandang yang berbeza. Yalah.. mungkin apa yang kita tahu tue bukanlah fakta. So, lebih baik kalau amy rajin2kan diri cari fakta sebenarnya. Apatah lagi media2 arus perdana neh bersifat bias, so tak mustahil larh kalau amy dilambakkan dengan berita2 palsu.

Apa pun neh pandangan masing2. Kalau amy menyeru agar peminat2 dia jangan hadiri 901 pun tak semestinya peminat2 dia follow. Dia just luahkan apa yang dia rasa. No hal lah. Benda kecik. Kita respect sudah lah.

Ha Ha Ha

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, January 3, 2012

Afdlin Shauki Masuk Umno.



Tahniah Afdlin Shauki. Masing2 berhak sokong mana2 parti pun. Inilah yang kita gelar sebagai demokrasi dan hak untuk memilih. Afdlin dah memilih untuk masuk UMNO. Tahniah lah pada dia. Sebenarnya ada kebaikan juga bila artis masuk umno. 

Ia boleh menyebabkan orang ramai yang sokong artis tue menyokong umno juga. Tapi ia juga ada kesan yang negatif. Ia juga boleh menyebabkan orang yang tak suka parti tue jadi menyampah kat artis tersebut. 

Ha Ha Ha

Tapi apa pun neh adalah hak Afdlin sepenuhnya. Moga2 dia dapat melakukan perubahan yang positif melalui UMNO.

Baca bawah neh ;


” Ya, saya berhasrat untuk menjadi ahli UMNO dan akan ke PWTC untuk menyerahkan borang,” katanya pada Mynewshub.My di sini hari ini.

Berita penuh disini. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...