Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Wednesday, February 29, 2012

Gambar Aishah di pentas PAS.


Tak pasti gambar neh mengisahkan majlis apa tetapi apa yang terpapar menerusi gambar neh ialah bekas penyanyi popular tahun 80an dan 90an iaitu Aishah sedang bercakap / berucap di atas pentas PAS. Aishah di khabarkan sedang berkongsi pengalaman nya yang telah berhijrah ke arah yang lebih baik di atas pentas tersebut pada ketika itu.

Cuma tak pasti lah kalau2 Aishah neh memang akan bergerak bersama2 pas macam bob lokman ataupun hanya sekadar dijemput untuk berkongsikan pengalaman dan pendapatnya pada ketika itu. Tapi walau bagaimanapun pun penyertaan Aishah ke dalam pas amatlah di alu-alukan sebenarnya. Andai, Aishah benar2 menyertai PAS lah kan.

Kalau dia nak bergerak bebas dan indi macam wardina pun okey juga. Takde masalah. Asalkan pengisian dakwah itu betul. Berada di mana2 pentas pun okey jek. Semoga Aishah terus istiqomah dengan hari2 yang mendatang. Insya-Allah.

Sumber : Kami boikot tv3

Jom Gosip Sampai Kiamat

Erykah Badu akur sensitiviti umat Islam.





Kepada artis2 malaysia yang mempersoalkan pembatalan konsert erykah badu menerusi media sosial baru2 neh rasanya boleh mengambil sedikit iktibar melalui pendirian terbaru erykah badu mengenai pembatalan konsertnya di malaysia.


Lihat bawah neh ;

Penyanyi Amerika Syarikat (AS), Erykah Badu, 41, meluahkan rasa kecewa apabila konsert sulungnya di Malaysia yang sepatutnya berlangsung malam tadi, dibatalkan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab sebuah akhbar. 

Erykah atau nama sebenar Erica Abi Wright hadir mengenakan gaun longgar turut mengucapkan ‘Assalamualaikum’ sebelum menjawab soalan media, tetapi enggan menyentuh isu agama kerana tidak mahu disalah erti.


Katanya, dia sangat menantikan kunjungan ke Kuala Lumpur yang menjadi antara destinasi jelajah di Asia Tenggara, namun tidak menyangka berakhir dengan kesedihan apabila dimaklumkan berita pembatalan itu, kelmarin. 
Penyanyi itu akur dan menghormati budaya serta sensitiviti masyarakat tempatan khususnya umat Islam malah berharap dapat bertemu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, bagi mendapatkan penjelasan. 

“Saya menempuh perjalanan jauh untuk menjayakan konsert ini. Saya jujur kepada semua yang meminati saya. 

“Bagi saya, semua yang terjadi ada hikmahnya. Walau berdepan insiden ini, saya tidak akan serik untuk datang ke Malaysia lagi sekiranya diundang semula,” katanya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, semalam. 

Turut hadir Pengarah Urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, Razman Razali yang juga penganjur Konsert Erykah Live In KL 2012. 
 
Mengenai tatu kalimah Allah pada tubuhnya, Erykah menegaskan ia hanya lukisan sementara yang dilukis tahun lalu berilhamkan filem The Holly Mountain, diterbitkan pada 1973. 

“Saya menganggap ia sekadar kerja seni, malah tiada niat mahu menyinggung sesiapa. Cuma barangkali budaya antara Amerika dan tempat lain berbeza,” katanya lagi yang tiba di Kuala Lumpur serentak ulang tahun kelahirannya pada 26 Februari lalu. 

Razman pula berkata, pihaknya masih mempertimbangkan keputusan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar terbabit yang secara terangan melakukan kecuaian hingga Pineapple Concert menanggung kerugian. 

“Pihak berkenaan sebuah akhbar berpengaruh yang pastinya memahami apa boleh atau tidak boleh disiarkan. Kami kesal kerana disebabkan sikap tidak peka mereka, lesen penganjuran konsert ini ditarik balik,” katanya. 

Sementara itu, Rais berkata tindakan kementerian membatalkan konsert Erykah mendapat sokongan Jemaah Menteri.

Beliau membentangkan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet berhubung pembatalan konsert dari segi keselamatan dan kepentingan menghormati agama, bangsa dan budaya sosial di Malaysia. 

Konsert berkenaan dibatalkan apabila akhbar The Star, Isnin lalu menyiarkan gambar penyanyi itu bertatu kalimah Allah yang dikatakan melanggar garis panduan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) kerana menyentuh sensitiviti agama. -BH-

Terima kasih rais yatim sebab peka dalam isu neh. Berharap agar rais yatim boleh peka dengan isu majalah mangga playboy juga. Tenkiu.
Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, February 16, 2012

Lagi skandal video artis berbogel terdedah.

Cukuplah dengan pendedahan2 seperti neh. Tak guna terdedah sakan kalau tiada apa2 tindakan susulan yang dibuat. Bukan nya kalau kita mendedahkan video aksi panas dia [yang dipercayai dirakam dalam bilik dengan teman lelaki] akan ada apa2 tindakan daripada pihak yang berkuasa. Balik2 kes politik jek jadi perhatian orang.

Ini kenyataan penafian artis tersebut ;

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tentang gosip yang tersebar mengenai diri saya. Selepas melihat gambar tu, hampir tergelak pun ada kerana itu bukan saya. Lucu betul,” ujar Melia menafikan isu video bogel tersebut.
“Saya agak terkejut dan terkilan sebenarnya, tapi sedikit pun saya tak takut dengan gosip ini sebab itu bukan saya. Saya akan cuba bersihkan nama saya selepas ini, Insyaallah,” tambah Melia Aimiellia lagi.
“Terserahlah, kalau orang mahu percaya atau tidak. Saya tak paksa orang untuk percaya, hanya orang (Ibu) yang kenal dan rapat dengan saya tahu bentuk tubuh saya. Saya hairan kenapa jadi begini, saya tahu saya ramai musuh tapi saya cuba buat yang terbaik walaupun saya tahu ada orang tak suka saya.”
“Itu memang bukan saya, saya menafikan sekeras-kerasnya. Tuhan itu Maha Adil, semoga dia memberikan balasan pada mereka,” jelas Melia Aimiellia mengakhiri perbualan.

Ini pula bukti yang menafikan kenyataan artis terbabit ;

 
Bukti neh didedahkan oleh pembaca oh bulan. Cincin yang dipakai adalah sama sepertimana yang artis tersebut pernah pakai ketika di luar video panas tersebut. Aku dah tutup part2 yang perlu. Ada part yang lebih panas lagi. Arhh gila arhh seme neh.

Aku pun tak faham macam mana benda neh boleh tersebar. Adakah disebabkan kecuaian artis tue sendiri or kes dendam dan etc. Itu belakang citer. Kalau sungguh seriyus artis terbabit terlibat dalam skandal neh kita minta sangat peranan jabatan agama mainkan peranan dia. Janganlah asyik serang seseorang itu jek atas nama politik. Pukul rata lah. Yang mana perlu ditarbiah, dibimbing.. buatlah. 

Harap ustaz mashitah dan menteri agama jamil khir boleh buat plan bekap untuk tarbiah artis2 yang jauh tersasar neh. Apa pun melia menafikan individu dalam video tersebut dia. Betul tak betul hanya dia jek tahu. Nak tuduh2 pun payah even dah ada bukti bagi membuktikan hujah konon nya memang melia dalam video terbabit.

BTW.. melia neh sapa eh? Aku tak kenal.. baru first time dengar nama dia.  Ha Ha Ha

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, February 15, 2012

Farah Asyikin kini bertudung.

Kan dah elok dan molek. Tahniah ye farah. Anda selangkah ke arah kebaikan. 

Lihat bawah neh ;



Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.
Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.
“Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.
Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.
“Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan,” luahnya ketika dihubungi murai.com.my
Farah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari lalu.
Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.
“Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.
“Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.
“Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
“Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ,” jelasnya lagi.
Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya dekat dengan Allah.
“Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini. -HM-
Harap jangan ada yang mengecam dan menyindir dia. Kita perlu berikan dia ruang untuk berubah perlahan2. Kita dan dia pun takde beza sebenarnya. Sama2 sedang berubah ke arah kebaikan. Sama2 doakan.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, February 12, 2012

Betul ke Zarina cemburu hubungan Ann Ngasri dengan Aliff Aziz sampai ungkit isu video mabuk Aliff Aziz?


Zarina? Sapa neh? Artis yang bersepah dengan kontroversi. Okey. Lantak dia lah. Kerajaan pun tak heran sapa lah kita nak peduli bagai. Dorang akan bakolsampahkan nasihat2 kita pun. Tak pun defend diri sendiri atas alasan kebebasan bersuara. Muahahaha...

Baru2 neh rotikaya telah buat satu pendedahan mengenai zarina yang cemburu melihat hubungan Ann Ngasri dengan Aliff Aziz. Lihat bawah neh. Petikan twitter dari twitter milik zarina annjoulie sendiri ;


Memang dia tak sebut nama. Tapi jelas dia perli seseorang tue. Tak silap aku hari tue dramaqueen neh ada meroyan pasal aib lah apa lah.. alahai. Sekarang dia sendiri buat. Dari orang taktau alif aziz maboking terus orang jadi tahu. Tue lah.. diri sendiri tak sedar diri nak sibuk cakap pasal orang lain. Errr terasa ke? Aku tak sebut nama okey.

Aku tak bela sapa2 pun dalam isu neh. Dalam kes perhubungan dua hala ke, tiga hala ke berhala2 ke.. itu urusan mereka2 yang terlibat. Siapa lah kita yang nak tentukan itu neh kan? Tapi meluat tue dah jadi pokok. So normal lah kalau ada daun gugur. Muahaha.. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, February 6, 2012

Ana Rafali Telah Bertudung.


Berita harian melaporkan bahawa ;
PENYANYI yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Februari ini, Ana Raffali, mengambil keberkatan Maulidur Rasul apabila mula mengenakan hijab serentak kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad. 

Menegaskan keputusan diambil bukan atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdullah, 30, Ana atau nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 27, berkata, keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.
Tambahnya, tiada sebarang persoalan pun bermain dalam fikiran sebaik bertudung malah bersyukur keinginan itu diperkuatkan lagi dengan sokongan insan terdekat, terutama keluarganya.“Sama ada mummy, adik-beradik, keluarga bakal mentua mahu pun Naim, masing-masing tidak terkejut apabila sejak kelmarin saya sudah mula keluar memakai tudung termasuk ketika bertemu dengan bekas pensyarah saya untuk memberikan kad undangan perkahwinan. 

“Sebenarnya hasrat itu sudah lama saya kongsi dengan mummy. Jadi, dia pun tumpang gembira dengan perubahan ini, begitu juga insan terdekat yang lain,” katanya yang kini sibuk dengan persiapan hari bersejarahnya. 

Sudah mula mengumpul koleksi tudung sejak dulu, katanya, setiap insan pasti melalui fasa peralihan untuk menjadi yang lebih baik. Malah dia bersyukur apabila keinginan untuk berhijrah dirasai lebih awal. 

Adakah perubahan ini juga disebabkan status bakal bapa mentuanya yang terkenal antara jurunikah popular di Selangor? Tambahnya, jika penghijrahan ini ke arah kebaikan, seseorang insan tidak perlu punya sebab untuk berubah. 


Tambah penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu, paling penting ialah ketulusan yang lahir dari dalam diri kerana apabila seseorang melakukan sesuatu tanpa rasa ikhlas, ia hanya akan terhenti di pertengahan jalan. 

“Ya, saya semakin tenang kini. Tumpuan saya buat masa ini hanyalah kepada urusan majlis pernikahan dan kenduri kesyukuran yang hanya tinggal dua minggu lagi. Berdebar untuk melangkah ke fasa baru sebagai isteri orang, namun saya sudah bersedia menggalas tanggungjawab itu. 

“Dari segi persiapan, segala-galanya sudah dibantu keluarga dan rakan terdekat kami. Cuma saya sendiri mahu menggubah sendiri hantaran perkahwinan kerana ia sesuatu yang cukup sentimental,” katanya yang turut menghasilkan klip video berkisar percintaan dirinya dan Naim, jurugambar bebas. 

Pasangan yang mengambil keputusan untuk tidak bersanding, sebaliknya hanya mengutamakan perkara wajib iaitu bernikah akan diraikan 1,000 tetamu pada majlis yang diadakan di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati pada 25 Februari ini, dengan dimulakan acara pertunangan kira-kira jam 10.30 pagi disusuli akad nikah sejam kemudian.

Gambar terbaru dia yang bertudung takde pula dipaparkan oleh BH. Yang ada gambar lama. Macam kat bawah neh ;


Sama2 kita nantikan gambar bertudung dia yang confirm cun melecun. Tapi dah jadi milik orang lain. Melepas lah korang. Muahaha... apa pun respect kat ana sebab berkahwin tanpa bersanding. 

Sekarang susah woo cari orang macam neh. Toksah cakap kat artis je lah weh. Orang biasa pun mesti nak bersanding punya. Respect ana. Patutlah dia banyak peminat.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, February 5, 2012

Bapa Khairul Fahmi tertekan.




KOTA BHARU: “Kami tertekan dan ada yang menuduh saya tidak pandai menjaga anak,” kata Che Mat Hussin, 60, mengenai penyebaran fitnah terhadap anaknya yang juga penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi atau Apek.
Che Mat yang ternyata kecewa dengan perkara itu menjelaskan, dia tidak tahan melihat satu demi satu kontroversi melanda anaknya sejak kebelakangan ini.

Katanya, dia runsing apabila mendapat tahu anaknya menjadi mangsa fitnah, termasuk didakwa merampas tunang orang.

“Hati bapa mana yang tidak berkecai jika anaknya sering dilanda kontroversi seperti ini


“Kami sekeluarga turut menerima tempiasnya walaupun perkara itu tidak berlaku.

“Saudara-mara dan jiran terdekat turut bertanya mengenai isu ini. Sebagai bapa, saya kenal Khairul Fahmi dan tidak mungkin dia buat perkara itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Cherang, di sini, semalam.-HM-

Kontroversi yang membabitkan apek mengenai isu putus tunang itu adalah berupa fitnah dari pihak tertentu yang dipercayai mahu menjatuhkan apek. 

Bekas tunang kepada wanita terbabit tampil memberikan penjelasan bahawa ikatan pertunangan yang terputus di antara dia dan wanita terbabit tiada kaitan langsung dengan apek.  Nampaknya apek kena hati2 lah selepas neh. Semacam ada orang yang sengaja mengaitkan dia dengan pelbagai kontroversi untuk bikin panas.
Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, February 2, 2012

Ani Mayuni dibelasah teruk oleh suami sendiri.


Kesiannya tengok wajah ani mayuni neh. Mesti teruk sangat dia kena belasah sebab tue larh dia sanggup buat report polis. Kalau baca statement dia depan media, dia kena tendang selain kepala dia dihentakkan ke dinding. Peh. Smackdown ka apa neh? Dasat.

Yang si suami neh satu hal. Kalau taknak belikan sarapan ke apa ke tak payahlah beli. Susah sangat ke? Neh tidak, pasal sarapan pun nak belasah isteri ka? [dipercayai]. Sabarlah banyak2 ye ani mayuni. Moga2 suami kak ani neh akan insaflah dari sikap panas baran demi rumahtangga.

Baca bawah neh ;

KUALA LUMPUR: Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.
Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Harith Iskandar Mohon Maaf Tayang Perut Isteri.


Rupanya gambar2 neh dia sebarkan sendiri di twitter. Aduii.. patutlah. Sebenarnya benda2 macam neh elok simpan sendiri jek. Tak guna tayang kat orang. Lagipun neh privacy masing2. So maybe selepas neh harith tak perlu lagi share benda2 macam neh. 

Insya-Allah kita pun faham perut isteri harith tue hak peribadi harith, tiada mana2 peminat pun yang ingin melihat perut isteri harith so dont worry, peminat takan marah kalau harith tak tayang perut isteri harith selepas neh ye. 

Cuma aku pelik sket larh. Sekarang neh sapa yang sepatutnya merasa sensitif dengan perut isteri siapa neh? Takan pula peminat yang kena rasa sensitif dengan perut isteri harith yang terdedah dan tersebar di kalangan umum? Bukan kah sepatutnya harith yang sepatutnya rasa sensitif?

Ha Ha Ha

Baca bawah neh ;
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan. Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya. 
Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan. "Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya. 
"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya. 
Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.  Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan. 
"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua. 
"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.
Sudah dapat restu keluarga 
Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya. 
"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri. "Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh.
Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya. 
Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.-MS-

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...