Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Friday, March 30, 2012

Respon Malique berhubung pengharaman lagu BAWAKU PERGI.

Nampaknya lagu bawaku pergi sah, telah diharamkan. Kat bawah neh pula ialah penjelasan penuh Malique berhubung perkara tersebut. 

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.
Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.
Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.
Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.
Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.
Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.
Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Sumber dari OhBulan.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, March 29, 2012

Lagu "Bawaku Pergi" bakal diharamkan?

Lagu ini lagu nyanyian Kaka dan Zizan. Lagu neh bakal diharamkan sebab mengalakkan remaja lari dari rumah. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa itu sekadar lagu jek. Macam aku sendiri. Aku siyes menganggap itu hanya lagu jek. Macam mana lagu tue boleh mengalakkan orang lari dari rumah? Kalau dia nak lari, dia akan lari dan lagu itu bukan sebabnya walaupun mungkin lagu tue boleh dianggap memberikan semangat kepada bebudak yang nak lari dari rumah.

Lihat lirik lagu tersebut kat bawah neh ;


 

Dan kat bawah neh pula tindakan kerajaan berhubung isu tersebut ; 



Aku tiada masalah jika kerajaan mahu mengharamkan lagu ini. Sudah tentu mereka ada sebab yang tersendiri kenapa berbuat demikian. Namun dalam masa yang sama aku berharap kerajaan boleh haramkan tv3 juga. TV3 juga sering membawa budaya2 yang tidak elok kepada bebudak remaja. Contoh drama2 mengarut yang menampilkan artis2 berpakaian seksi dan mewarnakan rambut perang lepas tue berpeluk2 lagi sesama mereka.

Sama juga dengan beberapa rancangan2 kendalian Aznil. Budak2 di ajar menari2, berjoget2, perkara2 yang tidak berfaedah. Walaupun tak dapat dinafikan rancangan aznil kat saluran 610 tue bagus untuk bebudak, tapi rancangan aznil kat saluran 611 ceria pun lebih banyak yang merosakkan bebudak berbanding mengajar mereka. Ini antara program2 yang perlu dihapuskan sebab mengajar dan mendorong bebudak untuk berhibur semata2. 

Dah kalau kecik2 di ajar berhibur, besar2 nak fikir apa lagi? Sudah tentu hanya mementing hiburan, hiburan dan hiburan sahaja. Bukan kena sekat dari remaja jek, kena sekat dari kecil lagi. Jadi, mohon kerajaan bersikap adil dalam perkara neh. Mentang2 lah Zizan dan Kaka tue artis biasa2 jek, boleh lah nak haramkan itu neh. Bila kena kat tv3, astro langsung tak berani ambil tindakan. Jadi manusia, adil lah. Tolong jangan bias.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, March 28, 2012

Abby Abadi kini bertudung.

Alhamdullilah. Satu pendekatan yang positif dari Abby Abadi. 

Tahniah Abby Abadi. Akhirnya bertudung juga. Lihat gambar bawah neh. Gambar cantik Abby Abadi selepas bertudung. Lawa kan?




Kunjungan pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.
Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Rabu, pelakon berusia 34 tahun itu telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama sebelum ini.
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.
“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.  -MH-
Semoga pendirian Abby akan menyebabkan lebih ramai artis2 wanita menutup aurat dengan betul. Mari sama2 doakan mereka agar berubah.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Gambar pertunangan Liyana Jasmay dengan baju rm10,000.


Pelakon popular, Liyana Jasmay, 24, mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini yang berharga RM10,000 pada majlis pengumuman pertunangan dengan pasangannya, Fathuddin Mazlan, 28, di kediamannya di Kemensah Height di sini semalam. -MNH-

Berita penuh baca sini.

Tak pasti dari mana wartawan dapat angka neh tapi aku fikir kalau tak perlu lainkali usahlah sebut2. Nanti masyarakat pandang serong jek. Jadi artis neh selalu orang dah pandang serong sebab tue kalau boleh elakkan lah share berapa harga baju tue, baju neh dan etc2. Awak nak bertunang pun, orang pun tak kisah pasal cost. Selalu yang kisah tue wartawan tapi jadi artis kena pandai fikir lah juga. 

Wartawan memang kerja dia menyibuk dan mengorek itu neh. Artis sepatutnya sedar impak daripada menghebohkan harga baju tue nanti akan lahir komen2 persepsi. Komen2 persepsi baik takpe buatnya komen2 persepsi negatif.. kan dah rasa kuciwa. Eloklah rahsiakan segala2nya. 

Toksah percaya dengan cakap wartawan bahawa artis hak masyarakat dan peminat nak tahu segala2 pasal artis. Itu penipuan dari wartawan yang menghalalkan niat dorang untuk mengacau privacy artis. Percayalah cakap aku. 




Semoga berbahagia lah liyana jasmay. Nampak sepadan.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, March 27, 2012

Apek jadi model SimplySiti.


Ini dinamakan rezeki. Tuah jangan ditolak, musuh jangan dicari. Rezeki apek dalam bidang glamer semakin lama semakin melimpah ruah. Tahniah apek, kini hampir pasti bergelar model iklan pula. Dulu dia pernah jadi model majalah. Rujuk gambar di atas.

Tapi apa yang lebih mengemparkan sebenarnya ialah apek menjadi model minyak wangi bersama gadis yang pernah dikaitkan dengan dia suatu ketika dulu. Nak tahu sapa? Baca bawah neh ;

Suratan atau kebetulan apabila penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis cantik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey terpilih sebagai model untuk produk kecantikan SimplySiti milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Khairul Fahmi atau Apek dan Leuniey terpilih sebagai model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ yang ditawarkan dengan tiga jenis haruman iaitu Pure, Memoire dan Precious yang bakal ditayangkan di televisyen pertengahan April ini.

Pengurus Kanan Penjenamaan dan Pemasaran SimplySiti, Amiel Junita Nasir berkata, Khairul Fahmi dipilih sebagai ikon sukan khusus untuk minyak wangi berkenaan dan turut digandingkan dengan SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda dan Adam Yahya, Pengarah Ibex Group sebagai ikon pengurusan korporat.
“Ketiga-tiga mereka digandingkan bersama untuk tiga jenis minyak wangi SimplySity. Minyak wangi itu untuk wanita, tetapi kita tampilkan ikon lelaki untuk buat sesuatu kelainan,” katanya. -MH-

Leuniey. Gadis neh didakwa putus tunang disebabkan apek, tetapi tuduhan tersebut akhirnya disangkal oleh bekas tunang leuniey sendiri. Kiranya kontroversi tue tamat dan berakhir disitu lah. Apa pun apek nampaknya semakin "berkilau" dengan kerjaya baru dia. Hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, March 26, 2012

Zed Zaidi Diugut Bunuh Lepas Bagi Usul Kat Najib.

Betul ke? Korang rasa logik ke dia di ugut bunuh sebab bagi idea kat najib pasal penggunaan cermin gelap? Aku bukan nak tuduh dia apa2 oke, cuma aku fikir takanlah orang nak ugut bunuh kat dia semata2 dia bagi cadangan kat najib kan? Betul tak? Pelakon-pelakon di malaysia neh kebanyakkanya..... kalau tak buat kontroversi pandai buat apa jek..

Hahaha..


Menurut Zed yang juga merupakan Timbalan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ugutan bunuh itu diterimanya selepas dia menyerahkan tiga usul kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Festival Youth Music Barisan Nasional pada 4 Mac lalu.
“Apalah salah saya hanya kerana kerana mengusulkan penggunaan cermin gelap kepada PM menyebabkan saya mendapat banyak ugutan. Selain diri saya, saya juga bimbangkan keselamatan isteri saya yang kini sedang mengandung lima bulan,” katanya. -MNH-

Entah betul entah kan tidak. Aihh.. aku rasa macam kelakar jek orang nak ugut dia sebab dia bagi idea tue kat najib. Hahaha.. sorry, bukan nak tuduh apa2, cuma rasa kelakar je oke. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, March 25, 2012

Tony Eusoff tak takut kena gam ke?


Tony Eusoff, artis dan pelakon yang berasal dari sarawak. Dia bergambar dengan zunar sejurus membeli buku zunar ke? Tak takut kena gam? Bahaya woo zunar neh. Memang bahaya. Nak tahu kenapa?

Zunar = pelukis kartun yang paling ditakuti oleh pemimpin di malaysia sehingga pernah ditahan polis atas isu lukisan2 kartun dia yang sangat kontroversi. KDN pernah beberapa kali menyerbu outlet buku terkenal seperti MPH semata-mata untuk merampas karya zunar yang dijual secara terbuka.

Dasat tak? Dasat kan. Hanya kartun saja. Kartun pun KDN nak rampas. Konon nya sebab melukis berdasarkan politik2 tanahair. Tapi daripada rampas buku zunar better rampas mangga. Dah terang2 babitkan isu akidah. 

Politik neh apa lah sangat. Normal lah berbeza pandangan politik tapi kalau bab akidah berbeza baru lah boleh jadi isu berat. Sebab tue daripada buang masa serbu zunar sana sini better serbu premis yang jual mangga tue. Terbukti lucah paling laris di kalangan anak remaja muslim. Siyes.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, March 21, 2012

Enot telah bertudung.





Bagus. 

Satu perubahan yang positif. Gambar-gambar neh diperolehi dari laman blog beuatifulnara, klik sini.
Tak sangka ye, dalam setahun neh macam2 dugaan yang enot hadapi. Bermula dari komen kontroversi, sakit selama beberapa bulan dan terpaksa bergolok gadai kerana kerugian dalam bisnes sehinggalah kepada perubahan terbaru enot di mana dia kini bertudung, semua nya ada bermacam hidayah dan hikmah di sebalik kejadian.

Apa pun diharapkan enot terus istiqomah dalam menutup aurat. Jangan sesekali nampak leher atau telinga pula ye. Lakukan pemakaian tudung dengan sempurna ataupun sekurang2nya mendekati kesempurnaan. Insya-Allah lama kelamaan biasa lah tue.

Sekarang neh dah jadi semacam trend, di mana ramai artis2 dah mula berhijrah dengan masing2 mula menutup aurat dengan betul. Apakah ini satu petanda buat kita semua? Sama-sama fikirkan. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Apa kena mengena gambar Neolofa yang nampak Spender dengan politik pula?

Nak tulis pasal artis tulis je lah. Blog ko, ko punya pasal lah kan. Tapi perlu ke menulis macam neh?


Aku dah kenalpasti tadi. Gelaran wali terompah tue blogger umno gelarkan kepada tuan guru nik aziz. Tak boleh nak panggil nama orang elok2, dia letak gelaran2 pula. Niat nak mengejek lah tue. Lepas tue bersambung kepada fitnah. Memang mengarut betul lah blogger macam neh. Takde rasa malu ke apa?

Kalau diperhatikan blog dia kat sini, memang banyak lah dia update pasal artis lepas tue kaitkan ia dengan pemimpin pembangkang. Langsung takde kaitan pun. Tah hapa2. Dari pemerhatian aku lah, sebenarnya dia neh takde isu nak balon sebelah sana. So dia guna lah taktik macam neh. 

Kutuk2 artis lepas tue kaitkan dengan pembangkang. Mungkin sebab orang malas nak buka blog2 fitnah so kenalah guna taktik songsang untuk mendapatkan perhatian. Nasihat aku, sebelum nak kutuk2 artis check dulu lah ko tue sokong sapa? Atas artis2 yang agak "terbuka" tue sebenarnya ada satu big bos dan big boss tue ialah big boss ko juga. Hahaha.. kenapa lah nak kutuk sesama geng sendiri? Tak takut ke melayu berpecah? Hahahaha..

Opsss.. jangan marah. Bukan nak politikkan isu seksi ke apa macam blogger di atas neh. Cuma nak bagitau kalau mampu mengadakan undang2 yang boleh mengawal pemakaian orang islam kan lebih baik? Itu jek. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, March 20, 2012

Betul ke Zaquan tak kisah Ayu Raudhah Seksi?

Ayu neh lalok ke apa?

Hahaha..

Sorry.... sorryy...

Dia tak bagi kutuk2 dia oke, so aku bukan nak kutuk, just nak tanya, akai ada waras ka time buat statement kat bawah neh?

 

Jangan lah buat statement yang memalukan diri sendiri dan suami anda. Ingat sket lah orang sekeliling. Untuk rekod ayu si cantik molek, orang sekeliling takde lah nak perhatikan anda 24 jam jek, tapi bila benda2 macam neh terpampang di facebook, blog dan berita, ada juga gatai2 tangan macam aku neh nak buka dan tengok, enhh betul ke, betul ke, orang kata keinginan nak ambil tahu = penyibuk tue memanjang je wujud.

Jadi waspada lah. Setiap kata2 boleh membawa padah. Jangan lah dok memain gedik minta2 di doakan [mesti time tue dia ingat Allah swt kat kepala hotak dia tue kan?] sambil tergelak2 macam tue. Kurang sopan sungguh. Sorry ye ayu, bukan kutuk, just nak bagitau apa yang aku rasa jek melalui aksi tersebut.

Hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Video bulan madu Yusry dan Lisa Surihani pun ada?

Hahaha..

Entah hapa-hapa lah. Lantaklah korang nak marah aku ke apa ke aku nak cakap juga. Awalnya memang macam arhh tak perlu kot melayan seme neh. Buat bodoh je lah. Rileks lah weh. Cover sikit naluri nak mengata orang tue boleh tak?

Tapi, nampaknya tak boleh. Macam lah kat dunia neh korang ajek yang berkahwin seme. Siap nak tayang2 seme video bulan madu apa bagai lah pula. Semak lah woit. Hahaa.. sorry. Peminat2 pasangan neh jangan marah. Aku suka jek tengok dorang berkahwin dan berbahagia tapi agak2la weh.

Tak perlu kot nak promosi perkahwinan macam neh kan? Please lah.. ini ke serdahana yang dimaksudkan tue? Pelik benar cara lisa berserdahana neh.. siyes berbeza betul dengan apa yang aku faham mengenai konsep serdahana..

Lihat video kat bawah neh ;

 

Pandangan aku mudah jek, aku tak rasa lah yang rakyat malaysia terlalu suka bersikap penyibuk bila ia membabitkan urusan rumah tangga orang..so simpan kebahagian untuk diri sendiri sudahlah. Kami faham dan yes, kalau nak kami doakan, akan kami doakan, simple as that. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Namewee Menang Di Osaka Asian Film Festival 2012



Tahniah diucapkan meskipun ramai juga yang kutuk-kutuk namewee dan nasi lemak 2.0. Lebih-lebih hal yang membabitkan kontroversi politik. Lupakan yang itu dan baca statement berita kat bawah neh ;



Pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee memenangi trofi "Most Promising Talent Award" di Asian Film Festival 2012 yang berlangsung di Osaka, Jepun. Filem arahannya itu menewaskan filem Indonesia "Lovely Man" dan filem China "The Sword Identity".

Filem yang meraih kutipan sebanyak lebih RM7juta itu dibintangi Namewee, Afdlin Shauki, Adibah Noor, Datuk David Arumugam dan ramai lagi.

Nasi Lemak 2.0 mengisahkan seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan – dalam cubaannya untuk mendapat resipi untuk nasi lemak terbaik.

Difilemkan keseluruhannya dengan kamera DSLR, dengan peruntukan kurang RM 1 juta, cubaan pertama dari Namawee ini disajikan melalui bahasa Mandarin dan Kantonis, serta dialek Cina lain serta Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Tamil.

Festival filem itu berlangsung pada 3 hingga 18 Mac lalu. -gua-

Filem dan bakat Namewee di iktirafkan oleh dunia luar rupanya. Agak-agaknya Namewee ada peluang tak untuk bertanding dalam anugerah2 di malaysia selepas penerbit filem nasi lemak 2.0 dinafikan haknya untuk menerima insentif ITFC [pulangan cukai], satu bentuk intensif dari kerajaan kepada filem2 yang meledak di pawagam = box office.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, March 18, 2012

Vanila Coklat akan difilemkan


Best sangat ke drama neh? Sorry memang tak tengok pun drama kat tv3 tue. Jarang sekali. Tapi walaupun tak tengok drama-drama kat tv3 tue tetap boleh tahu gak drama2 apa yang hottest kat tv3 sebab ada facebookers yang akan update drama2 yang mereka tonton di tv3 tue di wall masing2.


Dari situ lah boleh tahu yang drama vanilla coklat neh diminati ramai. Selalu jek orang bercerita pasal drama neh tapi still tak pernah ada keinginan nak tengok. Maaf, bukan nak memperkecil-kecilkan drama melayu tapi citarasa masing2 berbeza kan? So memang tak kena dengan taste aku lah. Tak boleh nak buat apa.

Dan di atas sambutan hebat orang ramai, drama neh akhirnya bakal difilemkan.


Sumber memberitahu, atas sambutan luar dugaan itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) berminat menerbitkan filem Vanila Coklat dan ia akan dihasilkan dengan kerjasama produksi asal drama ini, Asia Media Content.

Semua pelakon Vanila Coklat akan dikekalkan dan penggambaran akan bermula paling lewat Mei ini. Kalau ikut perkiraan CAK nampaknya ia akan ditayang tahun depan.
Bukan itu saja, produksi juga mahu mengadakan penggambaran di luar negara, antaranya Paris atau Rome.

Nampaknya berseronoklah produksi dan pelakon Vanila Coklat. Apapun, harapan CAK semoga filem ini dapat mengekalkan kehangatan cinta Amir dan Zara sebagaimana drama bersirinya.-metro-


Makna nya memang popular lah drama neh. Sampai nak dijadikan filem. Tahniah di ucapkan lah kepada peminat2 vanilla coklat. Nampaknya siri akhir semalam tue bukanlah terakhir bagi korang sebab ada filem dia pula yang bakal menyusul.

Ha Ha Ha

Jom Gosip Sampai Kiamat

Artis seksi nampak tet...

Ha Ha Ha

Aku nak tergelak gile baca berita gosip dari paper online metro tadi. Siyes neh. Aku cadangkan korang baca dulu kat bawah neh ;


Dah baca?

Korang nampak tak petikan yang aku highlightkan dengan warna kuning tue? Sekarang neh sapa yang terkantoi sebenarnya? Artis tue ka ataupun wartawan metro? Mak ai.. leka punya leka dok bergosip [macam betul] sampai tak sedar diri sendiri yang terkantoi?

Sebelum sibuk gelakkan orang, you better gelakkan diri you all sendiri lah metro. Siyes. This's not the first TIME yang team metro terkantoi kan?

Ha Ha Ha

Lawak siot..

Nota : Pompuan orang tak sebut as anu lah beb.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, March 16, 2012

JYJ maki peminat - Tekanan jadi artis kpop?

Teruk gila !


Kalau macam neh lah sikap peminat tak hairan juga kenapa kejadian bunuh diri di kalangan artis korea sangat tinggi. Siyes. Sering jek berlaku kejadian bunuh diri di industri hiburan korea atas macam-macam kes tekanan. Maybe, peminat fanatik menjadi salah satu punca kepada tekanan tersebut.

Nak tahu tak apa yang peminat2 fanatik neh buat sampai menaikkan emosi kumpulan di atas neh?

1. ekori mereka 24jam sehari.

2. pasang gps untuk mengintai pergerakkan kumpulan neh 24jam <-- peh fanatik siot.

3. ceroboh kediaman peribadi mereka. 

4. menelefon ahli kumpulan terbabit. Dorang leh siasat sampai ke no peribadi tue beb. Dasat kan?

Dan, baru-baru neh terdapat empat rakaman suara telah tersebar. Of course lah mengenai kumpulan JYJ yang sedang kita perkatakan neh. Ia merakamkan kekasaran 'suara' ahli2 kumpulan tersebut dengan peminat2 fanatik mereka. 

Untuk mendengar rakaman suara tersebut korang boleh klik sini. Ada empat kesemua nya. Translation takde tapi penerangan dalam english ada lah untuk memudahkan korang faham apa yang sedang berlaku.

Yang aku tak tahan tue.. kelakar juga aku rasa ahli2 kumpulan tersebut sampai ada yang frust sebab jadi artis terkenal. Laa.. benda neh sebenarnya kena salahkan diri sendiri terlebih dahulu. Sorry, bukan aku nak bekap peminat fanatik tapi cuba fikir jap.

Kalau korang tengok artis2 korea neh especially yang lelaki kan, dorang macam sengaja je makeup muka biar nampak cute aka cantik. Untuk apa? Untuk tawan para peminat supaya digilaikan? Siap operate muka bagai lah. Then tak ngaku. Tapi bila tengok2 gambar lepas dan dibandingkan dengan gambar2 terkini memang jauh beza siot.

So, bila sendiri yang meminta untuk digilai dan akhirnya benar2 digilai peminat, tanggunglah akibatnya. Hahaha.. direct tak aku? 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, March 11, 2012

Zarina Ann Joulie akan bernikah !


Dia dah nak kahwin dah.. tahniah lah di ucapkan ye.  Cuma pelik sikit sebab dia masih lagi mempertahankan isu gambar seksinya di majalah FHM Indonesia ari tue. Bukan dah lepas ke citer tue? Muahaha..

Kat bawah statement zarina kepada pihak media ;

“Saya mahu bernikah dan ia akan berlangsung dalam waktu terdekat ini,” katanya yang mahu berkongsi cerita bersama pembaca Selebriti Metro Ahad.

 “Saya mahu cepat bernikah kerana itulah jalan terbaik. Tambahan pula saya harap dengan keputusan dibuat ini, saya tidak lagi dikaitkan de­ngan kontroversi yang boleh mengaibkan. Kalau selepas bergelar isteri ada lagi orang nak cerita buruk mengenai saya terutama mengaitkan dengan mana-mana lelaki, saya tidak tahu hendak kata apa lagi,” katanya.

Bercerita mengenai siapakah jejaka yang berjaya bertakhta di hatinya itu, Zarina bagaimanapun enggan mendedahkan kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Cukuplah sekiranya saya katakan dia kenalan lama. Perkenalan kami bermula sebagai rakan perniagaan. Jujur saya katakan, antara kami tidak ada perasaan cinta, tetapi saya percaya ia akan datang selepas kami bernikah. 

“Saya sama sekali tidak mahu mendedahkan siapakah bakal suami kerana takut nanti apa yang berlaku kepada bekas tunang turut berlaku kepada bakal suami.  Dulu saya silap, kerana mendedahkan tunang kepada umum. Niat saya baik dan tidak mahu hipokrit, tetap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang dengki menyebarkan pelbagai cerita. 

“Bukan itu saja, sehinggakan ada yang sanggup menghantar gambar saya sebelum ini kepada keluarga bakal mentua sehingga menyebabkan hubungan dijalin terputus. Kali ini saya mahu lebih berhati-hati. Saya tidak mahu mendedahkan identiti bakal suami sehinggalah kami selamat bernikah,” katanya. 

“Walaupun benar dia suami orang, sekurang-kurangnya kami membuat keputusan yang betul. Lebih baik saya menjadi isteri kedua, ketiga mahupun keempat, asalkan apa yang kami lakukan kelak halal di sisi agama. 

“Berbanding orang bujang bercinta sakan sehingga melakukan perkara di luas batas, ia lebih besar dosanya. Pada saya, keputusan baik yang mahu diambil ini sepatutnya mendapat restu ramai dan didoakan yang baik-baik saja buat kami berdua,” katanya.

Begitupun tegasnya, sepanjang me­ngenali jejaka pilihan hatinya itu, orangnya masih bujang dan belum pernah berkahwin. Keputusan dibuat selepas kedua-dua belah pihak berasakan ada keserasian antara mereka selepas beberapa tahun berkawan.

“Segalanya bermula apabila dia memberi cadangan mengapa tidak berkahwin kerana sangat baik dan akrab sebagai kawan. Saya sendiri mencari pasangan hidup yang bukan saja boleh menjadi suami dan bapa kepada anak-anak, tetapi rakan yang boleh dibawa berbincang membabit­kan apa saja perkara.

“Sebelum ini saya pernah bercinta dengan lelaki yang dikatakan memiliki segala-galanya tetapi akhirnya tiada apa yang saya dapat. Cinta tidak membawa saya ke mana. Saya sudah penat berhadapan dengan kerenah lelaki tidak jujur. 

“Sekurang-kurangnya dengan dia, saya tahu dia ikhlas dan jujur. Saya percaya selepas bernikah nanti, cinta akan datang dan ia mungkin lebih membahagiakan,” katanya. -HM-

Isu gambar seksi
“Saya juga akan tetap meneruskan kerjaya sebagai model. Selepas wajah saya tersiar dalam majalah FHM Indonesia, saya menerima banyak tawaran lagi selepas itu. Sekarang ini pun saya sibuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta bagi memenuhi undangan sesi fotografi,” katanya.

Menjelaskan aksi seksinya untuk majalah FHM itu kata Zarina, ia berlaku disebabkan keadaan susuk tubuhnya yang agak berisi waktu sesi fotografi dilakukan.

“Baju yang saya gayakan itu tidak seksi sekiranya dipakai model berbadan kurus. Masalahnya waktu dipanggil untuk sesi fotografi itu berat badan saya mencecah 60 kilogram. Sebaik baju disarungkan, saya katakan kepada mereka ia nampak seksi tetapi mereka terpaksa juga meneruskannya kerana tidak sempat mencari pengganti. 

“Di keliling saya ada juga model luar yang kurus, apabila memakai baju potongan sama tidak kelihatan terlalu menjolok mata. Sekarang ini saya terpaksa menjalani diet yang ketat bagi mendapatkan kembali potongan badan ideal,” katanya. -HM-

Kalau pakai baju tak tutup aurat tak kira kurus or gemuk still terdedah auratnya, betul ke pemahaman aku neh? Muahahaha.. apa2 pun seksi di malaysia neh oke je.. jangan bertatu sudah. Kalau hina hukum Allah swt takde hal cuma jangan hina kalimah Allah swt jek. Oke. 
Jom Gosip Sampai Kiamat

Kenyataan blogger ROTI KAYA mengenai isu gambar lucah Melia.

KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.

Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan. 
Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.

Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.

“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya. -HM-

Tue yang susah bila jadi artis. 24jam akan diperhatikan konon nya atas nama artis hak milik masyarakat. Sapa lah yang buat persepsi macam tue aku pun taktahu. Tapi dalam isu neh kalau betul lah melia tue ada terlibat dalam video lucah elok gak kalau bahan lucah tersebut diberikan kepada pihak2 yang bertanggungjawab untuk disiasat dan diambil tindakan andai benar melia bersalah boleh lah terus lakukan proses tarbiah supaya dia berubah.

Alah, macam kes di indonesia tue. Artis peterpan. Kenapa di malaysia neh kes2 yang melibatkan artis especially artis2 wanita tidak dipedulikan ek? Mereka seolah2 ada lesen besar untuk berbuat dosa dan mempamerkan ia secara terangan2 tanpa rasa malu pula. Heran. 

Lihat video kat bawah neh. Sesi interview bersama bloggers roti kaya berhubung isu di atas  ;


Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, March 5, 2012

Enggan Tidur Sama Ketika Bulan Madu, Jimmy Shanley Mengaku Tampar Isteri.



Lihat atas. 

Sudah? Bagus.

Lihat bawah pula ;

“Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu.
“Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham,” katanya pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Saharudin Selamat.
Menurut Jimmy, beliau hanya mengetahui mengenai aktiviti Nursuhaila selepas membaca status menerusi Facebook miliknya yang tertulis; “Aku mai la... “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah... aku nak keluar enjoy hilangkan stress.”
Apabila ditanya oleh peguamnya, Mohd Noor Raizan siapakah wanita yang dimaksudkan dalam Facebook itu, Jimmy memberitahu individu tersebut adalah teman Nursuhaila. -MSTAR-

Sudah? Bagos.

Nasihat aku kepada jimmy, boleh tak kalau awak larang wartawan daripada mengikuti kes perkahwinan awak di mahkamah? Bagaimana jika anda menjalankan prosiding mahkamah yang tertutup, boleh?


Jom Gosip Sampai Kiamat

Ahmad Idham Lahir Perasaan Kurang Senang Akan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter.


Kata Ahmad Idham ;

“Saya sebenarnya tergamam apabila dia (Khairy Jamaluddin) membandingkan filem arahan saya itu dengan Bunohan — seolah olah memperlekehkan Hantu Bonceng dan tenaga kerja juga mereka yang meminati filem ini,” ujar Ahmad Idham yang kini sibuk dengan persiapan teater Gerimis Mengundang.
Kalau kenyataan itu keluar dari orang kebanyakkan, saya tiada masalah tetapi ini keluar dari seorang pemimpin — adakah penilaian saya selama ini terhadap beliau salah — dan kenyataan sebegini boleh melagakan saya dengan produksi filem Bunohan,” tambah beliau lagi.
Ahmad Idham berkata lagi yang beliau harus ke’hadapan dalam isu ini untuk memberikan fakta sebenar kepada Khairy Jamaluddin yang tidak semua rakyat Malaysia mempunyai selera sama seperti beliau. -rotikaya-

Apa masalahnya kenyataan KJ kat atas neh? Takan pemimpin tak boleh mengkritik filem selaku penonton? Itupun nak rasa sensitif ka? 

Kelakar lah pengarah yang bernama ahmad idham neh. Ari tue bila mempersendakan islam tak reti nak rasa sensitif pula. Owhh lupa. Ada pakar agama yang menonton dan mengatakan filem hantu bonceng lulusss untuk tayangan. Tiada konflik. Heh.

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...