Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Wednesday, April 25, 2012

Saya bukan isteri menteri - Zahida Rafik.





KUALA LUMPUR – Pelakon Zahida Mohamed Rafik (gambar) menegaskan sehingga kini beliau masih lagi solo, belum mendirikan rumah tangga dengan mana-mana lelaki termasuk dengan seorang menteri yang dikaitkan dengan dirinya berhubung pemberian wang sebanyak RM1.5 juta.

Dalam penampilan pertamanya di khalayak bagi menjelaskan isu itu, Zahida, 37, menarik perhatian bahawa segala kisah yang tersebar sejak kebelakangan ini yang mengaitkan beliau dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal adalah fitnah semata-mata.


“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan beliau (Mohd. Shafie) ketika hadir ke beberapa buah majlis, tetapi saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Saya cuma tahu beliau seorang menteri.


“Lagipun desas-desus yang mengatakan saya sudah berumah tangga dengan beliau juga tidak benar kerana sampai sekarang saya masih solo. Saya anggap apa yang berlaku ini cuma gosip yang menjadi lumrah kepada kehidupan seorang artis,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur Of Alexandria di sini semalam. -kosmo-


Dengan penafian neh, Zahida baru sahaja mengakui kepada kita bahawa ;

1. Dia bukan isteri mana2 lelaki.

2. Dia bukan isteri kedua shafie afdal.

3. Dia sama sekali tiada hubungan dengan shafie afdal dan tidak tak kenal pun shafie afdal dengan rapat.

Urm...

Kalau sesiapa boleh buktikan dengan apa2 dokumen bahawa zahida tue isteri orang.. lain citer kot.

Hahaha..
Jom Gosip Sampai Kiamat

Ini rumah rm4juta milik artis yang ada skandal dengan menteri..

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.


Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang. -HD-


Siapakah artis yang dimaksudkan neh? Korang boleh agak2 tak? Citer neh betul ke tak betul ek? Sumber tue nampaknya tahu selok belok kehidupan artis tersebut ek. Siap tahu jumlah nilai dan tahu sangat rumah tue atas nama sapa.. semestinya tak lain dan tak bukan.. ahli keluarga dia juga neh. Seseorang yang ada hubungan kekeluargaan kot dengan artis tersebut..

Jeng jeng jeng..

Tunggu pengesahan lanjut dari artis tue pula. Betul ke tak betul oke.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Ini video tarian ghairah yang membuatkan Sheila Amzah kena kecam.

Ini lagunya dan ini tarian nya.

Disebabkan tarian dia dalam lagu neh membuatkan dia kena kecam. Urmm jangan tanya aku pasal aku tak rasa apa2 pun.. hahahaha.. tapi kalau dari segi hukum apa memang kita tahu larh benda2 gini usah kata menari dari awal lagi rancangan seperti mania neh tak sepatutnya wujud pun. 

Mania neh aku pun tak berapa pasti rancangan apa.. mungkin konsert hujung minggu kot. Tapi dalam bentuk pertandingan. Tak pasti sangat format macam mana sebab tak pernah tengok lagi.

Lihat video yang menyebabkan sheila amzah dilanda kontroversi kat bawah neh ;


Kat bawah neh pula penjelasan sheila berhubung perkara di atas ; 

“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.
Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan dia beraksi sedemikian kerana kecewa dengan Shaanaz, Shila berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Apa yang saya lakukan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga, jadi apa yang saya lakukan bukanlah sengaja. Malah ia dirancang sepenuhnya bagi konsert itu,” katanya. -SH-

Kalau ikut mata aku memang aku tak nampak dan rasa apa2 yang orang lain rasa. Kot2 video neh dah kena sunting kot.. mana larh nak tahu kan. Kalau ye, tue lain citer oke.

Tapi kalau ikut hukum betul2, tak kiralah dia menari ghairah ka tak ghairah ka, salah tetap salah sebab terkinja2 cam beruk dengan makeup tebal, jaja suara, tak tutup aurat, siap kaler rambut lagii, seluar pula makk aii.. nak sebut kesalahan memang banyak.. so pepaham sudey. Hehehe.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, April 22, 2012

Team Barisan Artis Nasional Ditubuhkan.

Barisan nasional dah biasa kita dengar. Barisan nasional ialah parti yang diberikan kuasa untuk menjadi pemerintah di malaysia neh. Sekarang neh team barisan artis nasional pulak wujud. Kumpulan apa tue? Ada kaitan ka dengan barisan nasional?

Ya, memang ada pun.

Team barisan artis nasional ialah sekumpulan artis2 yang ditugaskan untuk mempromosikan apa2 product pelancongan kerajaan negeri. Team barisan artis nasional neh boleh juga di anggap team yang menyokong barisan nasional ataupun mesra bn. 

Kat bawah neh ialah gambar-gambar majlis pelancaran team tersebut di samping artis2 yang terlibat dalam team tersebut. Macam strategi berkempen untuk PRU pun ada juga neh..

Hahaha




Cantik artis sebelah kiri tue punya tudung ek? 

Hahaha..


Eh AC Mizal pun ada ek?

Gelang ajaib mana?

Hahaha..

Patutlah.. nama dia team barisan artis nasional..  tak boleh nak kata apa lagi dah larh.. 

Hahaha..
 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, April 20, 2012

Bob Kuman tidak meninggal dunia - Along rajalawak

Tersebar di internet konon nya Bob Kuman dah meninggaldunia. Maaf, belum ada kesahihan pasal tue lagi. Tolong jangan sebarkan sesuatu yang membabitkan isu kematian macam neh. Tak berapa elok pada mangsa yang terlibat.

Isu di atas neh telah dinafikan oleh Along rajalawak. Ini kenyataan dari along rajalawak sendiri ;


Semoga dengan kenyataan di atas, segala khabar angin berhubung kematian bob kuman boleh larh dihentikan segera. Orang tue baru discharge dari wad bukan nya discharge masuk kubur.. adoiyaii..

Tak pasti dari mana berita neh tersebar dan macam mana ia boleh tersebar tapi diharapnya boleh dihentikan segera sebab ia langsung tak benar. 

Sama2 doakan bob kuman agar kembali sihat seperti sediakala. Sumber printscreen di petik dari rakan blogger kerabubersuara. Klik sini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Gambar Shaheizy Sam dan Nora Danish berpeluk.





Cantik betul Nora Danish.

Gambar merujuk kepada sesi photoshoot yang melibatkan kedua2 artis di atas neh. Sumbangan oleh media malaya. Tak pasti tujuan photoshoot neh untuk majalah apa.. 


Rasanya takan ada pejuang2 melayu dan islam yang akan berdebat dan mempersoalkan gambar2 dan aksi2 macam neh yang tersebar dalam majalah2 dan suratkhabar tempatan = arus perdana. Juga takan ada mufti, menteri agama, dan ustazah2 yang akan menegur perkara2 yang dilakukan oleh artis2 neh.


Almaklumlah perkara2 macam neh mana larh dorang nak pandang sangat. Lain larh kalau masuk campur hal pentadbiran negara atau melibatkan diri dalam dunia politik. Time tue haram, sesat, yahudi, tajaan itu neh seme terkeluar. 


Hahaha..


Teruskanlah berpeluk sakan ye. Zaman sekarang buat benda salah takpe, jangan buat benda betul. Nanti tak pasal2 kena belasah dengan samseng. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, April 19, 2012

Zahida Rafik jawab isu skandal dengan Shafie Afdal.

Setelah skandal yang membabitkan Zahida Rafik dan Shafie Afdal terbongkar, tak henti2 pengtweet mengtwitter zahida rafik bertanyakan perkembangan hal tersebut. Ada yang tanya baik2, ada juga yang terus terjah melulu, ada juga yang serkap jarang, ada yang terus provoke. Senang cakap macam2 ragam.  

Dan kat bawah neh pula penjelasan zahida rafik berhubung skandal yang tersebar sejak dua hari lepas.  Ini dipetik dari laman twitternya sendiri ;



Menurut zahida ;

1. Ia adalah satu fitnah.

2. Peguam akan uruskan hal tersebut.

Mungkin kes neh akan jadi kes mahkamah. Kalau ye, memang molek sangat pun. Kita pun nak juga tahu kebenaran dalam kes neh. Bukan nak jaga tepi kain orang tapi kalau ia membabitkan wang rakyat memang perlu amek tahu. 

Kalau sungguh pun dia ada hubungan dengan shafie afdal itu dia punya pasal, takde larh kita nak menyibuk pun dalam urusan tersebut. Kita cuma nak peduli pasal rm1.5juta tu je. Dari mana shafie afdal dapat duit banyak2 untuk disalurkan kepada dia. Tak lebih tak kurang.

Dalam pada itu sejak tersebarkan skandal tercetus, nampaknya zahida semakin pressure membaca tweets dari orang ramai. Antara tweets yang dia buat dalam twitternya ;


Adoii..

Tweet elok2 sudey. Toksah nak menuduh2 orang pelacur ka apa. Tak kira lah dari side mana pun. Yang kita nak ialah jawapan, bukan nak cari pasal or maki hamun. Langsung tak menyelesaikan masalah kalau dok provoke2 zahida pun.

Hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, April 18, 2012

Skandal Zahida Rafik terdedah, dibayar rm1.5juta oleh menteri.





Tahu kah anda harian metro pada bulan march lepas ada menyiarkan luahan zahida rafik yang terkilan apabila wangnya sebanyak rm200ribu dilarikan oleh bekas pemandu peribadi nya selepas dia berhenti kerja? Lihat dulu petikan di bawah neh ;




AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya. Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi. Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.


Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.


"Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya

Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.


“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. -HM-

Namun,

Selepas sebulan berlalu, kisah neh menjadi semakin panas apabila bekas pemandu zahida rafik tampil menafikan tuduhan zahida dengan laporan polis. Selain itu menurut bekas pemandu zahida rafik ;

1. Dia bekerja dengan menteri namadirahsiakan untuk memerhatikan pergerakkan zahida selama tiga tahun [bukan lima tahun sebagaimana yang dinyatakan oleh zahida].

2. Dia dilantik dan dibayar oleh menteri namadirahsiakan untuk menjaga zahida rafik, bukan dibayar oleh zahida rafik.

3. Dia berperanan membawa zahida rafik ke mana2 dan neh termasuk menguruskan pertemuan zahida rafik dan menteri terbabit di hotel2 sekitar kuala lumpur.

4. Menteri yang namadirahsiakan dikatakan telah memberikan zahida rafik wang sebanyak rm1.5juta. Tujuan tidak pula dinyatakan. Wang dibayar dalam beberapa kali dan dipercayai masih berterusan setiap kali berlakunya pertemuan mereka di hotel2 tertentu.

5. Laporan polis yang dibuat oleh bekas pemandu zahida rafik itu kemudianya diberikan kepada ahli parlimen ampang zuraidah kamaruddin untuk dihighlightkan ke parlimen bagi mempersoalkan dari mana menteri tersebut mendapat wang berjuta2 untuk memberikan kepada artis seksi zahida rafik.

Patutla... kadang2 kita juga merasa pelik dengan zahida rafik neh. Dia bukan lah berlakon sangat, muka pun jarang keluar tv tapi dari gaya hidup macam mewah.. rupanya.. hahahaha.. kantoi ka?

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, April 14, 2012

Identiti kerabat diraja yang menyerang artis rap terdedah.


Sonaone? Sapa sebenarnya artis rap neh? Aku pun tak kenal. Malahan tak kenal langsung sehinggalah isu dia kena belasah dengan kerabat diraja pukul 3 pagi lebih kurang. Konon nya dia ditarik keluar dari kereta sebelum dibelasah. Kenapa dibelasah tue tak pula diceritakan dalam akhbar apa seme. Pelik juga larh kan. Takan kena belasah tiba2 tanpa sebab?


Tapi tak kira lah apa pun sebab dia kena belasah, kalau sungguh kerabat diraja tue yang bersalah kita mohon pengadilan dalam kes neh. Takmo buat siasatan dan pendakwaan terpilih. PDRM kena adil dan telus. Identiti kerabat diraja neh didedahkan oleh artis yang juga pengacara 8tv dan penyampai radio iaitu hunny madu. Rasanya sumber neh sahih, kalau tidak takan hunny madu berani nak dedahkan identiti penyerang tersebut kan?


Apa pun kita doakan keadilan untuk semua pihak yang terlibat. Dalam pada itu ramai juga yang tertanya2 apa yang mereka neh buat kat luar rumah pada pukul 3 pagi? 


Hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, April 12, 2012

Pelakon luar setaraf pembantu rumah - Zed Zaidi



Ini kenyataan dari zed zaidi yang dipetik dari akhbar online kosmo. Di satu sisi memang ada benarnya kenyataan zed zaidi neh. Penglibatan pihak luar dalam pelbagai sektor dan industri di malaysia memang perlu di kawal pun. Kalau nak di ikutkan sekarang neh pun dah teruk warga malaysia kena bersaing dengan warga asing. 
Tapi tah larh.. sapa larh yang suka sangat bawa masuk warga asing dan biarkan mereka terus bermaharajalela disini.. ? Ikut saranan kerajaan? Tapi erkk cam terbalik je tue.. 


Hahahah


Tapi dalam kes aaron aziz neh.. bukan dia yang angkat diri dia sebaliknya pengarah dan peminat yang angkat diri dia. 
Watak dia dalam ombak rindu ditawarkan kepada dia oleh pengarah filem tersebut dan kemenangan dia di anugerah bintang popular pula dibuat berdasarkan undian peminat yang mana bh itu sendiri meletakkan aaron aziz sebagai artis2 yang boleh di undi. Jadi sebelum sibuk nak memperlekehkan aaron aziz atau apa.. elok marah orang yang betul dalam kes neh. BH itu sendiri yang zed zaidi kena sound, betul tak?
Zed Zaidi memberi alasan kepada Kosmo! tentang suara hati yang ditulis di Twitter dan penafiannya tentang individu yang dimaksudkan kepada media.
Kenapa anda buat kenyataan sebegitu di Twitter? Terang-terang anda maksudkan Aaron Aziz tetapi kemudian menafikan pula?
Dalam kenyataan saya itu ada tak saya tulis nama Aaron Aziz? Saya tak maksudkan dia cuma saya menyuarakan rasa sedih sebagai artis Malaysia yang mana bila di negara sendiri kita rasa dijajah.
Jadi, apa maksud sebenar kenyataan anda di Twitter itu?
Setiap anugerah perlu ada justifikasi atau syarat-syarat tertentu. Contohnya, perlu ada kategori berlainan untuk artis Malaysia dan artis luar.
Jika dirujuk pada kemenangan Aaron Aziz, kemenangannya tidak patut dipertikaikan kerana dia berlakon dalam karya tempatan dan kemenangannya merebut Anugerah Bintang Paling Popular juga adalah berdasarkan undian daripada peminat Malaysia sendiri. Apa masalahnya kalau dia dianggap popular.
Ya betul. Walaupun undian peminat, tetapi tetap perlu ada justifikasi atau syarat-syarat. Artis luar sepatutnya tidak perlu bertanding dalam kategori tertinggi kecuali kategori yang dikhaskan untuk mereka sahaja. Bila artis luar diiktiraf sedemikian rupa ia akan menggalakkan lebih ramai lagi artis luar masuk seterusnya hak artis Malaysia sendiri dinafikan.
Kenapa tidak dari dulu lagi anda menyuarakan pendapat sebegini?
Saya bercakap bukan atas diri sendiri tetapi untuk semua artis Malaysia. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Walaupun pahit saya harus meluahkannya. Saya juga hanya mengikut saranan kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing. Artis luar ini sama juga dengan pembantu rumah ataupun pekerja asing lain yang mana kita patut kurangkan pengambilan mereka.
Anda sekarang begitu hebat dalam mengkritik? Apa sebenarnya hala tuju anda? Jadi pelakon atau pengkritik?
Saya bercakap sebagai Timbalan Presiden Seniman. Ini perjuangan saya sebagai Timbalan Presiden Seniman. Jika bukan saya, siapa lagi yang mahu menyuarakan hal-hal macam ini.
Bagaimana kalau anda sendiri yang dapat peluang atau tawaran daripada produksi luar? Adakah anda terima?
Nak melebarkan sayap tak ada masalah. Tapi, perlu ada pengawalan yang ketat. Bukan mudah artis Malaysia nak tembusi pasaran luar. Contohnya macam karyawan Indonesia. Mereka ada syarat-syarat tertentu seperti artis luar perlu pandai bercakap dalam bahasa Indonesia baru boleh berlakon dalam karya mereka. Itu perjuangan yang kita perlukan di sini.
Bagaimana kalau ada orang yang tak suka dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan anda? Sebab ada kalanya ia seperti merapu dan kemudian anda menafikan dengan mengatakan pihak media pula yang memutar belit apa yang anda katakan?
Kalau orang tak suka lepas ini jangan undi saya sebagai Timbalan Presiden Seniman lagi. Dalam kes Aaron Aziz, saya sendiri ada ucap tahniah pada dia atas kemenangannya pada malam itu. Malah saya sendiri tidak menafikan kehebatannya sebagai pelakon. Saya harap masyarakat faham apa yang saya perjuangkan ini adalah untuk kebaikan artis Malaysia dan industri Malaysia sendiri. -kosmo-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, April 10, 2012

Zed Zaidi Sound Pengkritik dalam isu kemenangan Aaron Aziz


Kat bawah neh jawapan balas zed zaidi berhubung isu kemenangan aaron aziz di anugerah bintang popular. Dia mempertahankan kenyataan nya di twitter sebab dia ialah pemimpin dan sedang mahu melaksanakan agenda transformasi.. urmmm macam pernah ku dengar ayat transformasi tue.. tapi di mana ya..?

Hahaha..

Baca bawah ;

ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. "AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT" dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip " WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN " dan " KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! ".

Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm...
 
 
Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni... aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm... kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!

WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!

Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.

Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!

Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah... cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je... lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.


ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, April 9, 2012

Zed Zaidi hangat di kutuk di twitter.

Siapa Zed Zaidi neh hah?


Muahahah.. nama dia tiba2 panas. Itupun sebab tumpang populariti aaron aziz. Lihat kat bawah neh ;




Punca zed zaidi kena kutuk neh sebenarnya salah sendiri oke. Bukan orang saja2 nak kutuk dia. Segalanya bermula apabila dia mempertikaikan kemenangan aaron aziz di ABPBH. Lihat kat bawah neh ;





Lepas dia buat komen seperti di atas, ramai lah orang mula balon dia. Ayat dia bernada cemburu jek bukan apa. Kalau nak mempersoalkan aaron bukan orang malaysia ke apa itu seme tak relevant sebab kemenangan di abp adalah ditentukan oleh undian peminat 100%. 


Maksudnya orang2 malaysia itu sendiri yang mengundi dan memilih aaron aziz sebagai artis yang mereka suka. Bukan nya ditetapkan oleh juri atau apa, ia ditetapkan oleh mereka2 yang minat artis. So sekarang neh zed zaidi bukan  mengejek dan mempersendakan aaron aziz sebaliknya dia menghina dan mempersendakan peminat2 yang mengundi aaron aziz. 


Hahaha..


Dan kat bawah neh pula respon balas aaron aziz yang diperolehi dari twitter ;




Adoiii laaa mana larh nak letak muka tue zed zaidi. Tak pasal2 satu malaysia dah kenal ko sebagai seseorang yang cemburu tak bertempat. Semakin teruk larh ko jatuh. Dari segi rupa pun dah kalah dengan aaron aziz, orang kata biar rupa buruk asal ahti bersih tapi ko tue dah larh rupa tak berapa nak handsome, ahti pula kuat dengki. Kan dah kena balon bermangkok2 kat twitter. Sendiri yang cari pasal, padan arh muka.


Hahaha..
Jom Gosip Sampai Kiamat

Satu lagi artis sokong PR - Dayangku Intan masuk PKR.







Semakin lama semakin ramai artis masuk parti politik. Terbaru membabitkan artis sernior yang bernama dayangku intan. Nampaknya semakin ramai artis mula sedar hak mereka untuk berpolitik ye. Kesedaran berpolitik di kalangan artis sebenarnya adalah satu perkara yang baik sebenarnya. Bukan perkara yang negatif.


Lihat video kat bawah neh. Interview oleh kartunis zunar;


 


Menurut dayangku intan ;



Beliau menyifatkan penyertaannya ke dalam KEADILAN sebagai satu perjuangan yang perlu dilaksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia.
“Saya rasa ini perjuangan yang harus kita buat. Pada rakan-rakan kita yang lain perjuangan saya ini rasa kurang pintar, mereka salah,” katanya.
Beliau juga tidak risau tentang tanggapan bahawa penyanyi dan pelakon akan sukar mendapat peluang berlakon dan menyanyi apabila orang ramai melihat mereka aktif dengan parti politik selain daripada Umno.
“(senyum) Rezeki Allah yang bagi. Pada artis-artis, mungkin mereka takut tapi dalamilah perkara yang sebenar.
“Kawan-kawan saya, ada banyak kekecewaan (tentang sistem pentadbiran negara) yang tak boleh diluahkan. Jangan takut kita menegakkan kebenaran” katanya.
Beliau turut menyeru rakan-rakan seniman yang lain untuk terlibat secara lebih aktif dalam usaha membaiki negara melalui landasan politik.
“Saya mohon kita semua perjuangkan keadilan dan kita semua inginkan pembaharuan untuk semua, untuk anak-anak untuk ibu, untuk negara,” katanya.-  Suara Keadilan

Nampaknya memang betul bahang pru - 13 semakin memuncak.

Hahaha.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, April 8, 2012

Gambar Natasha Hudson di Anugerah Bintang Popular 2011



Inilah gambar terbaru natasha hudson di majlis anugerah bintang popular 2011 sejurus dia mengenakan tudung. Hermm.. adoi lah. Cantik memang cantik artis neh. Dia tak payah pun makeup tebal - tebal sebab dah memang semulajadi cantik. Tapi adoi lah.. fashion dia neh semacam tak kena lah apabila bertudung lebih2 lagi bab leher tue.


Dah sebijik cam rozita che wan yang bertudung nampak leher. Harap2 lepas neh dia boleh mengenakan tudung dengan betul dan sempurna sekurang2nya leher tue biarlah bertutup. Kalau tak tutup leher tapi tutup rambut jek better tiru siti nurhaliza jek senang.  Contohnya bawah neh ;




Tatau nak cakap apa yang dia pakai tue tudung atau topi atau apa. Betul2 keliru lagi mengelirukan. Dulu siti nurhaliza tak macam neh. Dulu dia memang jaga pemakaian dia walaupun tak bertudung. Tapi selepas melihat dia pakai baju kat atas neh dalam anugerah semalam memang benar2 mengejutkan. Ia sangat tah hapa2 kalau dilihat dekat2 menerusi kaca tv tue.


Apa pun diharapkan mereka2 neh semua nanti akan berubah menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Nak kutuk2 pun sampai bila tak habis. Sama2 usaha dan doakan. Bai.


Sumber gambar siti dan natasha : ohbulan.
Jom Gosip Sampai Kiamat

Aznil sokong UMNO.


Ini ialah gambar tahun lepas. Tetapi mungkin kurang mendapat perhatian dari rakan2 bloggers sebab ketika itu artis2 yang menyokong PR tidak begitu ramai. Tapi setelah beberapa artis2 yang menyokong PR mula memberikan ceramah2 atas pentas PR, maka bloggers umno mula menghebahkan kembali antara artis2 yang berada di sisi umno. Mungkin juga strategi untuk menghadapi piliharaya ke 13 kali neh. 

Apa pun artis berhak berpolitik dan sokong sesiapa pun di malaysia neh. Mereka juga rakyat malaysia dan jika ada kesedaran politik itu memang dah cukup bagus. Selama neh kita lihat artis begitu jarang mahu melibatkan diri dengan aktiviti2 politik tapi sekarang kita lihat semakin ramai artis mula berani menampilkan diri dan menunjukkan kecenderungan politik masing2.

Itu satu petanda yang bagus. Jangan hanya tahu sokong tapi time undi tak hadir pula. Jadilah rakyat yang bijak, gunakan hak anda sebagai rakyat dengan menunaikan tanggungjawab pergi mengundi.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Natasha Hudson kini bertudung.


Hebat arh.

Makin lama makin ramai pula artis2 wanita muslim bertudung. Semalam yatt hamzah, hari neh kes natasha hudson pula. Harap2 lepas neh semakin lama semakin ramai artis2 melayu muslim akan mengenakan tudung dan tutup aurat dengan sempurna. Slow2 okey lagi daripada langsung tak berubah kan?

Kat atas neh gambar natasha hudson yang telah pun bertudung. Kat bawah neh pun sama. Di ambil dari blog ohbulan.


Menurut oh bulan ;

Keputusan Natasha Hudson untuk bertudung bukan atas desakan sesiapa. Itulah yang disuarakan oleh pelakon serta penyanyi berwajah Pan-Asia ini sebagai kata muktamad terhadap imej terbarunya ini.

Menurut Natasha, niatnya untuk bertudung dibuat ketika berada di Tanah Suci Mekah dan keputusannya itu disambut baik oleh kawan-kawan serta bakal suaminya, Carleed.

Katanya lagi, dia akan terus melakukan aktiviti nyanyian serta lakonan seperti biasa dan tidak menganggap pemakaian tudung sebagai satu masalah besar.

“Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh,” ujar Natasha Hudson dalam nada gembira.

Adeh.. member dah pergi haji der.. bila lak sampai masa aku. Asyik kena beli itu neh jek.. bila larh masa nak menyimpan neh.. 

Hahaha.. jeles larh pula.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, April 7, 2012

'Saya jumpa Datuk Seri bukan nak minta lembu' - Aishah

Aishah, seorang penyanyi kini secara terang-terangan mula berucap di pentas PR. Lihat video kat bawah neh ;

 

Menurut keterangan yang dipetik di bawah video neh ; 

Penyanyi, Aishah berkongsi pengalamannya di Program 'Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah' di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak - 4 April 2012

Lihat video di atas neh sampai habis kalau nak tahu pendirian politik Aishah. Patutlah BN sekarang beria2 berkempen guna artis.. rupanya nak lawan artis2 yang mula condong ke arah PAS dan PR.

Tapi kan, yang condong ke arah PAS dan PR neh tak dibayar ye, yang condong ke arah BN tue percuma atau apa?

Lue fikirlah sendiri.

Apa pun artis juga rakyat malaysia dan mereka berhak sokong sesiapa sahaja yang mereka suka. Simple.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Satu lagi artis cantik pakai tudung.


Aku sebenarnya tak kenal langsung sapa artis cantik neh. Nama dia Yatt Hamzah, artis yang terlibat dalam dunia lakonan dan pengacaraan. Mungkin disebabkan dia dah kahwin dan ada seorang anak menjadikan kehidupan dia lebih low profile.

Baca kisah dia kat bawah neh ;

“Alhamdulillah, sebenarnya sudah lama saya memasang niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Selepas pulang dari kelas usrah semalam, hati saya tergerak untuk mengerjakan solat sunat taubat.
“Ketika itu, saya dapat rasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah. Dapat saya membayangkan bagaimana seksaan di akhirat nanti. Bermula pagi tadi, saya terus mengenakan tudung sebelum keluar rumah,” kata Yatt seperti dalam Media Hiburan. -MNH-

Nampaknya semakin lama semakin ramai kan artis2 malaysia mengenakan tudung. Mungkin sesetengah orang menganggapnya ia trend tapi aku rasa neh satu perkembangan yang positif. Mana tahu suatu hari nanti artis2 malaysia akan berubah menjadi lebih baik dari sekarang neh. Berhibur sebenarnya tak salah cuma cara berhibur tue kadang2 tak kena gaya itu je masalahnya.
Apa pun tahniah untuk Yatt, semoga istiqamah sentiasa. Mari kita doakan agar jejak langkah yatt akan ditiru oleh artis2 muslim yang lain.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, April 5, 2012

Ini baru kad pengenalan sebenar Aaron Aziz.

Kesian dia. Walaupun dah menafikan kad pengenalan yang dah tersebar sebelum itu bukan milik dia, terdapat juga golongan yang tidak mempercayai penafian pelakon aaron aziz.

Ada yang cakap ;

Kalau dah nama macam tue takan nak mengaku pula?

Kalau nama mat haron ke apa ke takde sapa kesah pun, tak payah nak risau sangat.

Nama tak penting, yang penting kualiti pelakon so tak perlu lah aaron aziz nak rasa risau apa seme, apa pun nama dia kami tetap meminati mu..

Komen2 kat atas neh sebenarnya berniat baik. Tapi mungkin aaron aziz rasa tak selesa kot sebab mungkin orang beranggapan dia tak nak mengaku nama sebenar dia tue mat haron. Oleh kerana itu dia akhirnya mendedahkan kad pengenalan dia yang sebenarnya. Itu dibuat untuk mematikan semua spekulasi yang tersebar.

Lihat bawah ;


Mati dah semua kekeliruan kan? 

Hahahah..

Gambar kredit to fb suria.fm.

Memang popular betul lah dia neh. Sampai kad pengenalan pun kena tayang. Macam2.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, April 2, 2012

Amir rajalawak sedih dipermainkan oleh lima wanita.

Korang percaya tak, ada sesetengah orang tue walaupun sebenarnya dia bukanlah buat lawak tapi bila dia bercakap je kita tetap rasa nak gelak? Siyes neh. Aku rasa amir termasuk dalam kategori macam tue lah weh. Betul. Benda yang dia nak share neh bukanlah benda lawak tapi aku tergelak bila baca.. apahal hah?



Pelawak Amir (Raja Lawak), 23, membuat keputusan untuk tidak mahu bercinta selepas lima kali dipermainkan oleh golongan wanita termasuklah seorang jururawat.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia merupakan seorang lelaki yang jujur dalam percintaan tetapi amat sedih setiap wanita yang dikenalinya tidak pernah ikhlas untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.
"Saya sedar diri ini bukanlah sempurna dan kacak seperti kebanyakan lelaki lain. Saya sedih apabila wanita yang saya kenali cuba mempermainkan perasaan saya. Kalau perkara itu terjadi, saya terpaksa menjauhkan diri,” katanya.
Amir berkata walaupun hatinya sering dipermainkan, dia menganggap kejadian itu sebagai satu pengalaman berguna buat dirinya.
Justeru itu, pengacara yang mengendalikan program Super Spontan bersama Adibah Noor ini enggan melukakan hatinya sendiri selepas bertekad untuk tidak mudah jatuh cinta lagi.
"Dengan apa yang dilalui ini, saya mengambilnya sebagai pengalaman positif dan anggap mungkin saya dan wanita-wanita yang pernah bertakhta di hati saya itu tiada keserasian dengan saya selain jodoh belum sampai.
"Lagipun saya pegang dengan kata-kata “tak ada perempuan kita boleh hidup tapi kalau tak ada wang, kita tak boleh nak hidup”. Jadi tak perlulah saya nak menagih cinta dan lebih baik saya fokus kepada kerjaya sahaja," ujarnya.
Tambah Amir dia juga ingin membuktikan kepada kebanyakan orang yang memandang rendah terhadap bakatnya selama ini yang dia sebenarnya mampu untuk membina kerjaya sendiri.
"Dari zaman sekolah lagi, saya sering ditindas dan ditertawakan. Apabila mendapat peluang dalam lakonan atau menjadi pengacara, saya tidak akan mensia-siakannya.
"Pada masa sama, saya juga mahu membuktikan yang saya mampu berjaya lebih daripada apa yang disangka selama ini," tegasnya. -MSTAR-

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...