Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Thursday, May 31, 2012

Adegan cium dan berahi dalam filem Jiwa Taiko. - Mana jabatan agama dan mufti?

Ini pengakuan yang terang lagi bertulis dari wartawan gosip artis dan artis itu sendiri oke. Dah ada pengakuan macam neh takan tak boleh amek tindakan? Bukan nya berdasarkan kepada hearsay atau apa. Kalau nak bukti lebih jelas dipersilakan tonton filem tersebut sendiri. 


Menurut gua.com ;
GUA sendiri berpeluang menghadiri Malam Gala Tayangan Media filem tersebut di Cathay Cineleisure, malam tadi dan apabila menontonnya, GUA terkejut melihat aksi ‘berani’ pelakon kacak itu melakonkan aksi berahi dengan pelakon Diana Danielle.
Remy yang memegang watak sebagai Firman, seorang bekas banduan bertemu dengan Trisya (Diana Danielle) di sebuah pusat pemulihan dan dari situ, mereka jatuh cinta. Dalam filem tersebut, ada beberapa babak berahi di mana Firman dan Trisya berpelukan, ‘berciuman’ serta melakonkan aksi-aksi yang mengghairahkan.
Malah, terdapat juga satu babak cium yang dipotong oleh Pihak Lembaga Penapisan Filem dan ini ternyata akan mencetuskan persoalan sama ada mereka benar-benar cium atau sebaliknya.

Bercium jek ke haram? Babak berahi dan pegang2 tak haram meh? Kenapa potong babak cium jek? Dan nak tahu apa komen si remy ishak berkaitan adegan berahi? Baca kat bawah neh ;

“Saya memilih untuk berlakon dalam filem ini kerana seronok dengan jalan cerita serta perwatakannya dan bukan sebab babak pegang-pegang ini. Sebagai pelakon, kami bercerita, jadi benda ini harus dihidupkan. Saya tak mahu nanti di mana watak itu perlu buat, tapi kami tak boleh buat lantas ia jadi tak hidup.
“Mungkin orang akan pertikaikan, tapi saya tahu batas saya. Saya juga tak mahu benda-benda sebegini membataskan kerja-kerja saya. Saya juga tak nak perkara begini buat saya tak boleh berlakon serta kekok untuk menghidupkan watak saya,” ujar Remy menafikan babak tersebut keterlaluan.
“Saya tak rasa benda ini agak keterlaluan. Saya ambil perkara ini dari sudut yang positif. Sebagai pelakon, kami hanya berbicara tentang niat kami untuk bercerita. Bagi saya, tak ada istilah tentang aksi keterlaluan. Malah, masa shooting pun tak ada yang keterlaluan dan masing-masing profesional melakukan tugas.
“Bagi saya, apa yang penting ialah niat di mana niat kami di sini adalah untuk bagi nasihat dan memberitahu kepada masyarakat tentang masalah-masalah social yang berlaku sekarang. Saya tak rasa benda ini akan jadi satu isu. Saya harap penonton dapat ambil ia sebagai satu nasihat dan bukan satu perkara yang jijik.”

Berita penuh disini

Nak hidupkan jalan cerita dan watak? So apa beza dengan orang bukan islam yang berlakon pegang2 apa seme untuk hidupkan citer? Kenapa mesti buat jalan citer dan babak yang tak senonoh walaupun dah tahu ia haram?

Kalau tahu batas, takan berlakon macam neh. Benda2 neh membataskan kerjaya dia? Dia nak cakap benda2 yang Allah swt larang neh membataskan kerjaya dia ka? 

Bergantung kepada niat? 

Sahaja aku peluk2 dan cium2 anak dara orang walaupun tiada hubungan perkahwinan kerana tuntutan kerja. Amin. Boleh ka macam tue? 

Nak bagi nasihat kat orang lepas dah peluk2 apa seme dalam filem? Lepas melakukan perkara yang haram? Siapa sebenarnya yang perlu dinasihati neh? Nak bagi nasihat ka apa ka, ikutlah peraturan yang betul. Kalau dah haram tetap haram. Pandang kot ceruk mana pun tak boleh jadi halal der.

Lue fikirlah sendiri. Apa pun tunggu jawatan majlis fatwa dan mufti. Ada tak depa nak tegur benda yang terang2 haram neh !

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, May 29, 2012

Pembangkang hanya bagi janji-janji kosong - Mus May.




Mus pula berkata hatinya tergerak untuk menyertai parti itu kerana kredibiliti Umno yang sudah terbukti dalam mentadbir dan memajukan negara berbanding janji-janji kosong pembangkang.
“Sebelum ini, saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik lain. Kalau ada pun, saya hanya terlibat dalam program dan acara anjuran Barisan Nasional dan Umno sebagai penghibur.
“Saya berasa yakin dengan kepimpinan parti ini. Bagi saya Malaysia semakin maju kerana usaha Umno. Tiada jaminan bersama parti-parti lain kerana tiada bukti pun pembangkang dapat melakukan perubahan dan membawa kemajuan kepada kita,” katanya.-MSTAR-

Di atas neh pendapat Mus kenapa dia memilih untuk menyertai umno bersama2 jamal abdilah, amy search dan ibnor reza. Selepas neh mungkin kesemua mereka akan muncul di pentas ceramah umno. Almaklumlah nak dekat PRU boleh larh dorang sama2 berjuang dan berkempen untuk umno dan bn kan?

Hahaha..
Jom Gosip Sampai Kiamat

Amy Search sanggup dikecam kerana sertai UMNO.


Sebenarnya takde masalah pun kalau dia nak masuk umno. Ataupun menyertai mana2 parti politik sekalipun. Itu kan hak dia. Dia bebas berbuat apa2 keputusan mengenai pendirian politik dia. Ini kan negara demokrasi. So memang larh dia bebas sepenuhnya buat keputusan mengenai parti politik yang ingin disertai.

Tapi kalau dah terlalu over memberikan komen seolah2 macam pembangkang tak faham sangat maksud demokrasi pun silap juga. Cara dia bercakap seolah2 pembangkang sedang mengecam keputusan dia yang memilih untuk berjuang dalam umno apa citer neh der?

Cuba baca kat bawah neh ;

Vokalis kumpulan rock legenda Search iaitu Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada Selasa.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, berkata, sebagai idola masyarakat dia menganggap tindakan menyertai parti itu adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.
“Pelbagai perkara dan kecelaruan di kalangan masyarakat yang berlaku hari ini memberikan kesedaran untuk saya melakukan sesuatu. Saya tergerak untuk menyertai Umno atas kesedaran sendiri dan bukan kerana kepentingan tertentu.
“Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online.
Amy berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan borang keahlian parti itu kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.
“Sudah lama saya fikirkan untuk menyertai Umno. Malah, di kampung saya sendiri di Johor Bahru saya dikelilingi ramai kenalan dalam parti ini. Saya sentiasa ingat pada pesanan arwah bapa mengenai kemerdekaan negara dan perpaduan bangsa.
“Jelas sekali, hanya parti ini yang dapat menyatukan dan mengekalkan bangsa Melayu serta memajukan negara. Saya berharap teman-teman dan peminat di luar sana akan menyokong Umno demi perpaduan bangsa kita,” kongsinya.

Nak masuk umno tue masuk je larh. Macam lah pembangkang nak mengecam sangat. Aku percaya pembangkang sendiri pun faham maksud demokrasi dan kebebasan memilih untuk menyokong mana2 parti. Tak payah nak anti sangat kat pembangkang sampai keluarkan kenyataan negatif seperti di atas.
Setahu aku larh kan, parti yang tak menghormati kebebasan artis untuk menyokong mana2 parti ialah umno. Tak percaya tanyalah artis2 yang sedang aktif sekarang neh. Ramai juga di antara mereka sokong PR tapi mana boleh nyatakan sokongan secara terbuka. Sebab apa? Sebab takut kena kecam larh. Apa lagi.
Hahaha.. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Amy Search Masuk UMNO.


Amy Search sah masuk umno. Sebentar tadi borang keahlian masuk umno telah pun diserahkan oleh Amy Search kepada ibu pejabat UMNO. Berita mengenai nya yang dipetik dari klpos ;
Sebentar tadi satu sidang media yang bertempat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia mengesahkan kemasukkan beberapa artis tanahair menyertai parti UMNO. Amy dari kumpulan Search, Ibnu Reza, Mus dari kumpulan May serta Jamal Abdillah kini merupakan ahli UMNO bahagian Bukit Bintang Wilayah Persekutuan. -KLPOS-

Sebentar tadi di twitter pun hebah mengatakan bahawa Amy Search dan beberapa artis lelaki lain masuk UMNO. Tapi bila periksa twitter peribadi milik Amy Search takde pula dia update mengenai hal tersebut. So takmo larh tulis dulu mengenai nya. Tetapi dengan tersebarnya gambar Amy Search di ibu pejabat UMNO melalui KLPOS maka terbuktilah sudah bahawa memang Amy Search menyertai UMNO.

Selain Amy Search, Mus, Ibnu Reza dan Jamal Abdillah pun masuk umno juga. Rasanya Jamal dah masuk UMNO sebelum neh. Ini kemasukkan semula ke apa?

Hahaha..

Mungkin selepas neh pentas ceramah umno akan digegarkan dengan kehadiran artis2 di atas neh kot. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Neelofa tampil seksi dalam majalah.

Ini ke rupa artis yang mengutuk pakatan rakyat dan memuja barisan nasional dan khairy jamaluddin? Patutlah pun. 

Hahaha..


Pakai seksi-seksi bergambar dalam majalah. Yang pakai seksi2 bergambar dalam facebook pun dah menyesal. Ada yang sampai trauma tengok gambar2 lama. Yang dia pula boleh pakai seksi2 dan disebarkan ke seluruh malaysia lagi. Bila dah insaf karang macam mana larh dia nak cari satu persatu majalah2 tersebut dan bakar ek?

Lantak ko lah neelofa. Badan ko bukan badan aku. Suka ahti ko larh. Tapi orang macam neh nak kutuk perjuangan pakatan rakyat? Perjuangan diri sendiri pun tak lepas lagi ada ahti nak perlekehkan perjuangan orang lain. Buat lawak je larh ko neh.

Hahaha.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, May 23, 2012

Neelofa kutuk Pakatan Rakyat.

Sapa minat neelofa neh? Ramai tak penyokong2 Pakatan Rakyat minat dia? Bacalah kenyataan twitter dia mengenai pakatan rakyat kat bawah neh ;



Rupanya dia penyokong BN. Tak kisahlah tue. Memang sistem demokrasi di malaysia membenarkan kita sokong sesiapa sahaja samada kita artis ataupun orang biasa. Takde hal larh seme tue. Tak silap aku juga neelofa neh antara individu yang ada pergi ke majlis harijadi datuk jamal tahun lepas.

So tak sokong ke klon bersih 4 ciptaan datok jamal tue? 

Hahaha..

Ini mesti tok pa suka dan sayang sangat. Almaklumlah artis sokong bn dan umno kan. Mestilah boleh. Kalau sokong PR jek tak boleh. Apa2 je lah tokpa. Hahaha.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Mustafa Kamal pun perli Mustapa Mohamed ke?

Hahaha

Rasanya memang betul pun. Baca sendiri lah ulasan yang ditaip oleh Mustafa Kamal kat bawah neh oke ;


Beza pendapat tak boleh ke?

Sebenarnya memang boleh kalau seseorang itu memahami bahawa pengalaman, ilmu, cara hidup yang berbeza membuatkan kita ada pendapat dan pandangan yang berbeza2 juga. Tetapi oleh kerana bukan semua manusia boleh memahami perkara macam neh larh menyebabkan ada di antara mereka tak boleh menerima pendapat yang berbeza.

Salah satu contohnya ialah tok pa sendiri. Takpe. Mungkin dia ingat tanggungjawab artis kalau masuk parti tu kena berdakwah ajek kot. Artis ni tiada hak untuk berpolitik kot.

Hahaha.

Tok pa.. tok pa. Memalukan diri sendiri lah akhirnya.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Hairie Othman Sound Mustapa Mohamed

Sekali kena sound larh pulak. 

Lihat kenyataan artis tersebut kat bawah neh ;



Memang tepat sungguh apa yang diperkatakan oleh Hairie Othman tu sebenarnya.  Sepatutnya berlapang dada larh. Ada yang sokong bn. Ada juga yang sokong PR. Itupun sibuk nak pertikaikan urusan artis. Lagisatu kalau artis masuk pas untuk berpolitik pun apa salahnya? 

Dah nama parti pas tue parti politik, logikla juga kalau dia nak berpolitik ke atau sambil berdakwah sambil berpolitik ke bukan lari tajuk pun. Sebenarnya takde isu langsung. Statement yang dikeluarkan oleh datuk mustapa mohamed neh memalukan umno sebenarnya.

Bukan apa, sebab selain dari artis2 masuk PAS, terdapat juga artis2 yang masuk umno. Siap ada kelab artis barisan nasional lagi. Yang tue untuk berdakwah ke? Lagi larh bukan, sebab dah terang2 pakai seksi dengan rambut perang. Taknak pula komplain dan ulas ?

Pelik.. pelik. Memang pelik lah cara pemikiran tok pa.

Hahaha

fb hairie othman disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, May 20, 2012

Aishah Sah menyertai PAS.


Gambar Aishah bersama Tuk Guru Nik Aziz di salah satu majlis anjuran kerajaan negeri. Gambar neh sebenarnya diambil ketika bekas penyanyi terkenal lewat 80an menyerahkan borang keahlian parti kepada Mursyidul Am Pas baru-baru ini.

Dengan neh segala spekulasi mengenai pendirian politik Aishah telah terjawab akhirnya. Dia kini secara rasminya telah menjadi ahli pas dan menyatakan sokongan secara terbuka dan terang - terangan terhadap parti PAS.

Apa pun mungkin fenomena menarik artis agar memasuki parti politik boleh dianggap trend di malaysia. Sana sini parti politik mula berlumba - lumba memujuk artis - artis tertentu agar menyertai mereka. Anda fikir adakah ini satu "sindrome" yang sihat ?



Jom Gosip Sampai Kiamat

Abby Abadi nafi sertai PAS.



Aku ada tulis mengenainya disini. Apa yang perlu diberikan penekanan ialah Abby Abadi harus mengakui terlebih dahulu samada benar ataupun tidak dia telah menyertai PAS. Jangan suka2 sebarkan khabar angin. Sebenarnya nak marah dia tak menyertai PAS pun tak boleh juga. Itu adalah hak setiap manusia. Mereka bebas menyertai mana2 parti politik mengikut kehendak masing2. Tiada paksaan dalam isu tersebut.

Melalui kenyataan terbaru Abby Abadi yang diperolehi melalui twitter peribadinya sah lah bahawa berita dia menyertai PAS adalah berita palsu. Mohon dihentikan segala berita2 palsu seperti neh. Apa yang penting dalam perjuangan ialah kualiti bukan kuantiti. Jika dia menyokong pas tak semestinya perlu menjadi ahli parti.

Tak guna juga kalau beria2 sokong PAS bila tiba saat PAS memerlukan mereka di peti undi, mereka2 yang benar2 tegar pas gagal hadirkan diri untuk melakukan pengundian. Betul tak? Apa pun jangan ada yang marah2 mengenai statement terbaru Abby Abadi neh ye. 

Ini kerana yang pandai2 sebarkan Abby Abadi masuk PAS adalah orang lain jadi bila dia menafikan dia tidak pernah mendaftar menjadi ahli PAS kenapa pula nak marah dan salahkan dia? Hormatilah hak demokrasi masing2 di malaysia neh. Sebagaimana anda bebas memilih, dia juga sama kerana kita seme hidup di bawah perlembagaan yang sama. Oke?

Jom Gosip Sampai Kiamat

Betul ke Abby Abadi Masuk PAS?



Kini telah tersebar di dunia facebook bahawa Abby Abadi telah menyertai PAS. Dia telah mendaftar menjadi ahli pas baru-baru ini tetapi tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan menerusi facebook peribadi miliknya. Tatau lah dari mana mereka mendapat informasi tersebut tetapi rasanya itu semua berlaku selepas tersebarnya gambar di atas dan kat bawah baru-baru ini.


Antara gambar yang mengaitkan Abby Abadi menyertai PAS kat bawah neh ;




Apa pun jika benar Abby Abadi menyertai PAS itu adalah hak dan keputusan peribadi miliknya. Sesiapa pun tak berhak menghalang keputusan yang telah dia buat. Tetapi kalau boleh biarlah kenyataan rasmi keluar daripada mulut Abby Abadi sendiri. Jangan buat andaian melulu berdasarkan kepada gambar-gambar yang disebarkan. Lebih elok tuan punya badan mengesahkan hal tersebut.

Kalau nak sebarkan satu2 isu sekalipun samada ia perkara baik ataupun perkara sebaliknya perkara yang perlu diberikan penekanan ialah kebenaran. Tak kisahlah samada dia buat perkara jahat ataupun baik yang penting hanya sampaikan perkara yang betul dan benar.

Apa pun andai benar Abby Abadi telah menyertai PAS sebagai wadah untuk berpolitik, tahniah kita ucapkan. Semoga Abby Abadi boleh berdakwah menerusi lakonan pula pada masa2 akan datang. :)

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, May 17, 2012

Aishwarya Rai berbadan besar pun nak kecoh ka?

Hahaha..

Artis neh memang super cantik. Betul tak? Sekarang neh gambar aishwarya rai yang berbadan besar selepas melahirkan anak telah tersebar di internet. Aik, salah ka berbadan besar neh sekarang?

Cuba lihat gambar2 kat bawah neh jap ;




Sesetengahnya kan siap buat video lagi der pasal neh. Pathehic sungguh. Lihat kat bawah neh ;

 

Artis naik berat badan selepas mengandung dan melahirkan anak itu normal lah dude. Usah kata artis, mana2 perempuan pun sama jek situasinya. Memanglah dia nampak agak besar kan. Sepatutnya tak lah sebenar itu. Kalau dia ikut pemakanan yang betul ketika mengandung sebenarnya tidak akan sebesar itu tak kiralah sebesar mana pun bayi anda.

Kalau naik pun hanyalah diperut sahaja. Di lengan, leher, kaki ataupun bahagian2 lain takan ikut naik sekali. Kalau bahagian2 lain ikut naik sekali itu bermaksud anda bukan hanya menambah berat bayi anda, anda juga sebenarnya sedang menambah berat badan anda juga. Sebab tue kena ahti2 sket kalau nak mengandung tue. Jangan main bedal jek.

Tapi kalau jenis tak kesah macam aishwarya rai pun takde masalah pun. Lantaklah kan. Badan dia, dia punya pasal lah nak gemuk atau kurus pun. Ada juga bagi alasan klise konon concern dengan kesihatan aishwarya rai, lahaii kalau dia tak sihat dah lama larh dia turunkan berat badan dia. Nampaknya dia happy jek berbadan gemuk so what's the problem now? Betul tak?

Isu aishwarya rai berbadan besar ataupun GEMUK neh telah menjadi kontroversi kat India sana. Hahaha.. Badan artis pun korang nak tetapkan juga ke? Sibuk betul. Nampak sangat takde benda2 penting nak difikirkan. 

Memandangkan si aishwarya happy dengan badan dia siapalah kita nak kutuk2 dia kan? Lagipun dia slumber jek pergi ke mana2 dengan badan besar dia tue. Sesetengah artis jangan harap nak buat macam tue. Confirm maloo. Tapi aishwarya rai nampaknya rileks dan menerima perubahan diri sendiri dengan positive. Mungkin gak dia dah penat berdiet sepanjang jadi artis. 

Almaklumlah jadi artis kan ada banyak jenis pantang larang. Gemuk sikit pun salah. Mula lah jadi modal untuk dikutuk2. Alasan aishwarya rai untuk kekal gemuk senang jek. Dia cakap biarlah dia nak jadi ibu yang bahagia membesarkan anak dia. Dia taknak tergesa2 untuk kurus sehingga menjejaskan tumpuan dia terhadap anak sulung dia. Pheww.. best tak? 


Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, May 11, 2012

Johan RajaLawak kena marah sebab hina Pendemo Bersih.

Betul ke video neh menyentuh sensitiviti pendemo2 bersih? Betul ke lawak neh sengaja dibuat untuk menghina dan memperlecehkan pendemo2 bersih 3? Apa kata anda tonton dan menilai sendiri. Lain orang lain pandangan nya.


 

Aku telah meninjau beberapa komen2 yang terbit di youtube. Rata2 marahkan johan kerana membuat lawak yang memperlihatkan seolah2 pendemo bersih menyokong keganasan. Dan di bawah neh pula antara petikan komen luahan peminat johan raja lawak yang dipetik menerusi facebook ;


Ini ialah pendapat peribadi aku sendiri. Macam aku sebut di atas, lain orang lain pandangan. Sebagai artis, pelawak atau apa, sebenarnya johan bebas menyokong sesiapa pun. Kalau dia tak boleh terima bersih dan dia nak meluahkan betapa dia tak boleh terima bersih, itu sebenarnya hak dia sepenuhnya.

Jika kita tidak bersetuju, lawan guna hujah dan video sudah. Buat apa lah nak menghalang2 dia daripada membuat lawak2 politik. Inikan demokrasi. Sesiapa berhak menyokong dan tidak menyokong apa2 parti pun. Ini sesuatu yang kita perlu respect bukan mengawal pemikiran orang lain. 

Yang penting kat sini ialah, apakah dia sedang menyampaikan hal sebenar ataupun melakukan rekaan2 semata2. Dah nama pun lawak, hiburan, kalau dia me-reka2 jalan cerita pun kita tak boleh nak marah sangat. Layan sudah. Jangan terlalu bersikap serius apatah lagi kita tak perlu terasa kerana kita sama kita sedar ia bukan mewakili hal sebenar.

Berasa marah, berkecil ahti atau apa hanya membuktikan bahawa kata2 mereka dalam video tersebut adalah benar. Oleh kerana ia sememangnya tidak benar, maka usahlah berasa marah atau apa. Rileks dah cukup.

Lainlah kalau dia buat video macam shaheizy sam tue. Yang tue jelas bukan lawak malahan fitnah dan auta. Kalau dia buat macam tue, kita boleh juga nak rasa marah sebab terang2 fitnah. Tapi, untuk video macam neh, aku sendiri pun setelah menonton ia langsung tak rasa apa2. Sebab apa? Sebab itukan lawak dan ada kaitan meh dengan bersih? Kenapa aku tengok takde pun? Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Amy Search tak sokong BERSIH.

Artis pun rakyat malaysia. Mereka bebas untuk menyokong dan bebas untuk tidak menyokong. Itu hak masing2. Tiada sesiapa berhak mempertikaikan hak2 tersebut. Tak kiralah artis tue sosial ke, tak sosial ke apa ke sebab hak sebagai warganegara takde kaitan samada orang tue jahat atau baik, apatah lagi sikap dan perangai masing2. Memang takde kaitan langsung.

Ketika kecoh2 insiden bersih 3 ari tue, rupanya amy ada mengutarakan kekesalan dia terhadap apa yang berlaku. Dia mempersoalkan tindakan pendemo2 bersih terhadap kereta polis yang accident tue. Tapi oleh kerana sebelum2 tue dia dah bersangka "salah" terhadap BERSIH, maka persoalan2 dia dibalas dengan negatif. 

Hahaha..

Lihat kat bawah neh ;



Amy berkata "Jika Ambiga memerintah orang suruhan dia siapa pula ya.."

Rasanya, neh antara punca kenapa orang malas nak melayan pertanyaan2 dia dengan baik. Yelah, belum apa2 dah perli penyokong2 bersih semua orang suruhan Ambiga. Walhal Ambiga lead bersih bukan untuk perintah negara. Boleh ke seseorang yang bukan wakil rakyat, tak bertanding mana2 kerusi memerintah negara neh? Kalau benar2 berfikir, rasanya takan timbul persoalan ambiga akan memerintah negara.

Itulah jadinya bila diri sendiri malas berfikir, malas membaca dan menganalisis info2 yang diterima. Main terima bulat2. Tah betul tah tidak, layankan aje. Susah2 jek takut2kan diri sendiri atau benda yang tak wujud.

Apa pun itu hak amy nak sokong bersih atau sebaliknya. Ini kan negara demokrasi. Siapa lah kita nak kata NO.

Hahaha.. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, May 5, 2012

Erma Fatima menangis selepas tonton video BERSIH 3.

Kenapa?

Dia menangis sebab dia sokong bersih 3 atau dia menangis sebab dia menentang bersih 3? Adakah dia menangis melihat rakyat di bantai polis ataupun dia menangis melihat ada rakyat yang melakukan provokasi dan keganasan keterlaluan ke atas polis2 tertentu?

Lihat kenyataan yang dipetik dari twitter kak erma fatima sendiri ;


Kalau sungguh kak erma fatima menyokong bersih 3, kita ucapkan selamat datang. Satu lagi insan seni yang memahami apa itu tuntutan bersih berbanding mengalihkan isu ke atas perkara2 yang tiada kaitan.

Jika kak erma berfikir sebaliknya, pun takpe. Inilah demokrasi di malaysia. Anda bebas sokong sesiapa dan begitu juga sebaliknya. Tiada paksaan. Walaupun ke atas insan seni sekalipun. Anda benar2 bebas sokong sesiapa pun. Bai. 

Sumber : JKKK.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Gambar seksi Nora Danish yang tersebar ialah satu perangkap !

Betul.




Setelah melakukan sedikit analisis aku sangat menyakini hal tersebut. Aku tak suruh korang percaya analisis aku tapi inilah pemerhatian aku sendiri. Kenapa?

1. Dia berada di kota suci Mekah untuk menunaikan ibadat umrah.

2. Bekas suami dia baru2 neh telah selamat dinikahkan dengan fasha sandha yang juga seorang perampas. Tetapi benda dah lepas nak kenang2 buat apa kalau bekas isteri pun tak kecoh2 kan?

3. Ketika berkahwin, keluarga sebelah lelaki [jejai = laki fasha sandha] dikatakan tidak merestui perkahwinan tersebut. Tapi nak campur urusan orang buat apa? Kalau sekarang tak restu, akan datang kita taktau citernya lagi. Dia punya pasal lah, hal dia privacy dia so takyah sibuk2 nak masuk campur kain dalam orang.

Melihat kepada beberapa keadaan neh, maka adanya tangan2 jahat yang sengaja nak mengalihkan kontroversi kepada nora danish berbanding memberikan tumpuan kepada kontroversi fasha sandha. Bidang hiburan memang macam tue. Itulah, tangan2 dengki.

Gambar tue terang2 menyatakan sebelum dia ke mekah. SEBELUM. Tak reti nak faham MAKNA SEBELUM ka? Kalau reti faham mesti tahu kan bahawa ia adalah SEBELUM. So sebelum tue sebelum je lah. 

Orang tue terang2 kat mekah. Apa yang dia buat pada masa lepas tidak sepatutnya menjadi kayu ukur kepada apa dia sekarang. Manusia, perlukan usaha yang berterusan untuk menjadi baik dan baik. Takan lepas ko bersolat terus ko jadi baik kan? 

Solat, mencegah ko dari kemungkaran tapi ko perlukan usaha untuk memahami apa itu solat sekaligus ia boleh membantu ko untuk mencegah diri dari kemungkaran. Sama juga dengan konsepnya nora danish dan ibadat umrah. 

Dia perlukan masa untuk berubah dan tangan2 jahat yang sengaja menjadikan gambar seksi dia sebagai kayu pengukur konon dia frust jejai kahwin sampai lari ke mekah apa seme ialah tangan2 yang dengki tak boleh tengok orang senang. Siyes. 

Kalau pun dia masih tak berubah selepas pulang dari mekah pun tak perlu nak fikir banyak. Benda neh aku dah sebut kat atas. Ia perlukan usaha berterusan untuk menjadi lebih baik dan baik. Jangan mimpi lepas bersolat atau pergi haji terus ko jadi baik apa seme. Tidak. Ia adalah atas usaha sendiri untuk mengubah diri sendiri. 

Cadangan aku, sudah2lah tue serang nora danish. Ko tak berada di tempat dia ketika dia diceraikan sewaktu mengandung. Memang tak sewajarnya kita sokong artis2 yang seksi apa seme, aku pun tahu benda tue salah tapi nak serang2 dia sewaktu dia kat mekah berusaha untuk mengubah diri sendiri? Itu sebenarnya lebih keji. Percayalah. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Sah Meninggal Dunia.

Mula2 berita kematian palsu.

Selepas beberapa minggu, kini Bob Kuman yang dikatakan meninggal beberapa minggu lepas benar2 telah pergi meninggalkan dunia neh.

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi..Semoga arwah ditempatkan bersama2 org soleh.




Gambar terakhir arwah.

Berita ini disahkan oleh Mazidul Akmal Sidek. Punca kematian belum dapat dipastikan lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi.

Alfatihah.


Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...