Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Saturday, June 30, 2012

Norish Karman lahir anak luar nikah ada kena mengena dengan ko ke?


Baru2 neh aku tengok ada beberapa blog yang sibuk citer pasal norish karman. Dorang edarkan gambar norish karman bersama bayi. Kalau di ikutkan melalui gambar tersebut kita boleh tengok yang memang dalam gambar tersebut nampak cam norish karman baru lepas melahirkan anak. 

Sapa yang edarkan gambar tersebut ? Apa tujuan dia edarkan? Owh.. dia cakap nak bagi pengajaran..


Whatdefack!

Hey ko pregnant ek? Ko ada anak luar nikah ek?

Yup, aku ada. So?

Ko gila apa norish nak jawab macam tue kalau wartawan tanya. BODOH larh ko kalau ko fikir itu jawapan yang sesuai. Sebenarnya ramai orang tak faham. Aku tak salahkan mereka. Sebab aku dulu2 pun tak faham.

Tapi bila aku dah faham, aku rasa demm memang bebal ek pemikiran aku dedulu tue. Korang faham apa maksudnya aib kena ditutup? Maksudnya tuan punya badan kena tutup aib dia. Sekarang neh tuan punya badan = norish karman dah berusaha bagai nak rak untuk tutup aib dia.

Tapi apa pula hak ko nak buka aib dia semata2 nak bagi dia pengajaran? Dia mencurik dan merompak wang rakyat kah? Tak pun. Dia buat dosa dengan Allah swt. Aku tatau lah dia dah bertaubat ke belum atau apa. Tapi yang aku tahu dia tak berbangga nak mengaku dia ada anak luar nikah apa seme.

Yang aku tahu juga dia dah berusaha tutup selagi boleh. Jadi ko sapa nak bongkarkan kisah silam dia? Ko ingat aku nak puji? Ko ingat seme orang nak puji tindakan ko? 

FACK!!!

Salam jari tengah kaki dan tangan untuk ko.

Seseorang itu ada ruang untuk bertaubat selagi dia belum mati. Ko bukan sapa2 untuk mengadili kenapa dia bertindak nak merahsiakan hal tersebut. Sepatutnya benda begini ko tak payah susah payah nak dedahkan. Bukan urusan penting pun.

Tapi sayangnya ada masyarakat dah terperangkap dengan permainan sochai ko. Ko fikir ko dah cukup bagus dedahkan dosa norish karman? Dia buat dosa dengan Allah swt dan dia mungkin sedang memohon keampunan dari Allah swt. 

Tapi ko? Ko buat dosa dengan sapa pula? Maleh larh aku bercakap bab dosa dan pahala. Aku pun tak betul. Tapi aku siyes tak boleh terima alasan mengarut macam neh. Hanya kerana dia berusaha menutup aib dia, itu tak bererti bila dia menipu untuk menutup perbuatan tersebut dia berdosa.

Ko takan expect dia nak mengaku dengan penuh bangga2 kan? Sebenarnya tindakan norish itu betul. Kita kena berusaha tutup aib kita. Tindakan orang yang edarkan gambar norish karman itu bodoh. Sebab dia ingat dia lebih hebat dari Allah swt. Allah swt pun bagi orang ruang untuk bertaubat, tapi dia? No.. dia cakap untuk pengajaran. 

Pengajaran apa yang ko dan aku dapat kat sini? Aku tak dapat apa2 kecuali aku rasa nak maki orang yang berlagak sochai.  Ya, ko jangan ingat aku bekap perzinaan, kes orang lahirkan anak luar nikah apa seme. No. 

Aku tahu yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram. Bukan saja yang berzina itu salah, yang melahirkan anak luar nikah itu salah bahkan yang mendedahkan aib orang juga adalah salah. Sekarang neh orang yang bertindak nak bagi pengajaran itu sendiri perlu diajar. Ajar lah diri ko sendiri. Ko kan suka bagi pengajaran. Cepat aku nak tengok bagaimana ko mengajar diri ko sendiri. Bullshit!

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sharifah Aini akan sertai PAS?


Terbaca di beberapa blog bahawa sharifah aini akan menyertai pas pada bulan depan iaitu bulan julai. Esok dah start bulan julai dah. Tatau betul ke tak betul apa yang depa dok sebarkan tue tapi kalau betul tahniah la. Tak sangka sharifah aini yang baru jek mendaftar sebagai pengundi telah memilih untuk terlibat dalam PAS.

Bagi aku ini ialah satu perkembangan yang sangat positive. Nak2 aku pun memang minat sharifah aini. Aku bukan minat lagu dia ke apa tapi aku minat kecantikan dia. Camne arh dia boleh jadi cantik walaupun dah berusia? Gila babeng dok fikir beb.

Muahaha..

Sumber sharifah aini bakal masuk pas : disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, June 28, 2012

Wartawan Mangga kutuk artis seksi..

Mangga online? Majalah mangga? Berlakon suci? Apa tue? Ko ingat aku nak kutuk artis berbogel tue ke? Sorry, ko tue yang aku kutuk bukan dia oke.

Korang baca petikan berita bodoh dari mangga online sat ;


Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. Tapi Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.

Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.
Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. Mangga Muda tak kenal sangatlah. Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.
Mangga Muda: Agaknya cuaca di Jakarta panas sangat, sebab itulah Lana tak nak pakai baju yang menutup tubuh dia. SEJUK SANGAT KER LANA? -Manggaonline-

Aku sejujurnya malas nak tutup gambar orang yang tak tutup aurat dia. Kenapa pula aku kena sibuk2 tutup gambar dia sedangkan dia sendiri tak reti nak jaga aurat dia? 

Tapi gambar kali neh aku dah cencor. Pasal apa? Pasal aku dah tertutup. Ceh. Pasal aku dah terbiasa cencor dulu gambar2 gini sebelum upload balik last2 aku rasa ermmm cam sesia jek aku cencor artis2 seksi neh. Kita plak beria2 nak cencor bagai dorang pun tak amek port apahal plak kita beria2 nak jaga maruah dorang? Maruah sendiri, sendiri jaga arh woit. Susahkan orang buat apa. 

Sambung balik isu mangga. Mangga online kemain gosip2 dan perli2 si lana neh seksi lah taknak tutup badan lah sebab jakarta panas larh apa seme larh..  memang HAKTUIHHHHHHHHHHHHHHHH wartawan dia tue. Kalau boleh segala bagai kahak dan muntah aku nak bagi kat wartawan mangga. Hipokrit tak sedar diri punya wartawan.

Korang tengok kat bawah neh jap ;


Ini bukan datang dari majalah mangga ke apa? Helloooooooo ko sendiri pun jaja gambar artis seksi. Ini cuma salah satu jek yang aku paparkan oke. Korang yang tangkap gambar apa seme taknak pula ko sedar diri? 

Korang bagi baju seksi kat artis, suruh dia berposing bagai, lepas tue amek gambar tersebut, edit yang mana patut, masukkan dalam majalah then jual. Apa beza ko dengan artis yang ko kutuk di atas neh?

Mana ada beza !!!

Sorang seksi dalam pantai.

Sorang seksi depan wartawan majalah mangga yang mana props dan apa seme disediakan oleh wartawan itu sendiri sebelum jual gambar2 tersebut di PASARAN TERBUKA. 

MANGGA = MAJALAH LUCAH TEMPATAN YANG HALAL.

Bahkan format seksi dan kolam mandi itu adalah tema sejati majalah mangga playboy dari dulu lagi. So ko sapa sekarang nak kutuk2 artis tue seksi apa seme sedangkan ko sendiri pun menyeru kepada budaya tersebut?

Itu sebab aku cakap MANGGA tue HAKTUIHHHHHHHHHHHHHHHH. Neh aku ada hadiah special untuk ko. Tengok bawah. 


Amek dan simpan bebaik oke. Ptuiiiiiiihh..

Nak nasihat orang tak cermin diri sendiri. Aku bukan bekap si lana oke. Memang dia seksi gedabak. Aku tak nafikan. Nasib baik aku dah tercencor gambar dia kalau tak mao korang trauma tengok. Seksi gile babi.

Tapi yang aku heran tue apasal si mangga sibuk2 nak kutuk artis tue seksi apa seme padahal dia sendiri pun jual gambar artis2 yang seksi selama neh? Baru2 neh wartawan mangga siap jaja gambar seksi terlampau miera liyana. Bukan gambar nampak tuttt oke, tetapi memang gambar tue di ambil oleh wartawan mangga. 

So nak kutuk2 artis bergambar seksi? Yang tangkap dan jual GAMBAR  seksi tue yang patut dipersalahkan dulu. Tak sedar diri punya wartawan. Sendiri pun jalan senget nak betulkan orang. Wayar putus ka?

Jom Gosip Sampai Kiamat

Pelakon Hairie Othman masuk PAS.

Pelakon terkenal Hairie Othman akan menyertai PAS dan akan menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada mursyidul am parti Datuk Nik Aziz Nik Mat esok, kata Pemuda PAS Johor.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan borang oleh hero filem Leftenan Adnan itu akan diadakan di Kempas, Johor Bahru dalam Himpunan Hijau PAS peringkat negeri.

NONE"Pemuda PAS Johor mengharapkan kehadiran Sdr Hairie ke bumi Kempas akan membuka cahaya kepada artis-artis yang lahir atau dibesarkan atau mempunyai keluarga di bumi Kempas dan sekitarnya untuk bersama dengan perjuangan Islam PAS," katanya.
-MKINI-



Alhamdullilah.

Mungkin ramai yang hairan kenapa artis2 yang memilih masuk PAS semua nya nampak seperti seolah2 mendekati kebaikan berbanding artis2 yang masuk umno. Aku pun heran gak kenapa. Aku tengok artis2 yang pilih masuk pas takde pun nampak seksi, ranggi or semacam jek attitude depa.

Tapi yang masuk umno aku tengok sebelum masuk umno dengan selepas masuk umno, kalau seksi tetap seksi, kalau rambut kaler perang tetap kaler perang so macam takde beza samada jadi ahli umno ataupun bukan ahli umno. Apasal hah? Ce citer..

Muahaha.. 
Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, June 20, 2012

Gambar Hairie Othman berceramah atas pentas pas.


Hairie Othman rasanya telah memilih pas sebagai platform untuk berpolitik. Ini terbukti bila gambar dia sedang berceramah di atas pentas pas disebarkan menerusi laman facebook sejak malam semalam. Jangan salah faham bila kita cakap dia sedang berceramah. 

Tak semestinya bila satu2 artis berceramah atas pentas politik tue dia berceramah bab agama. Artis pun boleh memberikan ceramah politik. Sebab artis pun rakyat malaysia. Jadi mereka ada hak sepenuhnya untuk berpolitik tak kira lah kat mana2 pun.  Itu hak yang kita tak boleh nafikan langsung.

Apa pun tahniah di ucapkan pada Hairie Othman sebab berani nyatakan sokongan terbuka terhadap PAS. Semoga sokongan tersebut berterusan dan bukan lah sokongan bermusim macam amy search..

Ha Ha Ha

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, June 19, 2012

Hairie Othman gelar penyokong UMNO sebagai pencacai.


Berang agaknya bila penyokong2 umno mula menyerang peribadi dia, maka pelakon Hairie Othman menyalurkan rasa ketidakpuasan ahtinya melalui laman facebook. Rujuk kat bawah neh ;


Ini semua mungkin berpunca dari satu gambar yang tersebar baru2 neh. Sebenarnya orang yang sebarkan tue tak lain tak bukan, iaitu tuan punya badan juga iaitu pelakon Hairie Othman. Kalau nak tahu, tak kira lah mana2 artis pun, kalau sesiapa pun mereka sokong samada bn mahupun pr, memang akan ada penyokong2 bn dan pr attack peribadi  dorang.

Ini adalah lumrah politik di malaysia. Nak nasihatkan orang pun susah sebab aku pun ada sedikit perangai tersebut.

Hahaha.


Dalam pada itu Hairie Othman juga ada meluahkan hasrat mahu melibatkan diri dalam politik sambil bertanyakan pandangan fans di wallnya. Mungkin selepas neh kita akan melihat Hairie Othman melibatkan diri dengan PAS kot.. 

Apatah lagi semenjak dua menjak neh dia seringkali membela PAS dalam beberapa artikel berita sinar harian.

Di petik dari laman facebook Hairie Othman disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, June 17, 2012

Trailer adegan ranjang Jiwa Taiko.


Ini ke filem yang dikatakan nak memberikan pengajaran kepada anak muda mudi di malaysia khususnya orang islam? Nak tanya sat larh ;

1. Apa motif adegan mandi beramai2 di tepi laut laki pompuan dengan baju seksi apa seme?

2. Apa motif perempuan yang belajar silat bersinglet jek? Tak boleh bertutup ke? Taekwondo pun bertutup.

3. Apa motif adegan peluk2 antara kedua2 pasangan kekasih dalam filem neh? Kamera trick ka?

Ini rupanya stail mendidik dan memberikan pengajaran zaman sekarang. Rupanya kita kena menjadi jahat untuk mentarbiah budak2 jahat. Baru aku tahu. 

Kalau gitu jom geng, sama2 pakat belajar menerusi adegan ranjang dalam filem neh. Untung2 boleh "master" dan boleh amalkan terus lepas tue. Oke.

kah kah kah

 



Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, June 15, 2012

Cover majalah mangga JUNE 2012 yang seksi dan peluk2.

Kata admin mangga online di facebooknya sebentar tadi ;

MANGGA 

Hye uols...ni lah cover MANGGA terbaru isu JULAI 2012 yg menampilkan pelakon cun Hanez Suraya & Randy Pangalila sebagai cover. Haa..jgn lupa dptkan Mangga terbaru yg turut menampilkan foto cun & cerita Miera Liyana, The Junas Monkey, Kamal Adli, Olivia Jensen, Dafi,Anzalna Nasir, juara Pilih Kasih 3 - Reen Rahim, Najwa Latif, vokalis Mojo - Aweera dan ramai lagi ♥


Mangga dimiliki oleh kumpulan utusan yang juga dimiliki oleh UMNO. 


Terima kasih diucapkan banyak2 di atas keprihatinan ustazah mashitah, menteri agama jamil khir, mufti wilayah, majlis fatwa, ulama muda umno dan ustaz harussani sebab memainkan peranan yang cukup2 penting dalam mendidik umat islam di malaysia. 

Jasa anda kami kenang sampai mati. 

Insya-Allah.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, June 12, 2012

Fazurina aka Anita telah bertudung.

Peh.
Senyap2 jek.
Aku suka watak dia dalam puteri. Direct dan daring. Tak agak2 langsung. 
Hahaha
Pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cintaiaitu Fazurina mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.
Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.
"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.
"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Fazurina berkata, walaupun sedar tawaran berlakon akan berkurangan selepas ini, dia tetap optimis dan menganggap setiap rezeki itu datang daripada Allah.
Fazurina berkata, sebagai seorang Islam dia percaya dengan qada dan qadar dan menganggap jika perkara itu terjadi pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.
"Kalau saya tidak bertudung pun kalau kata rezeki itu bukan milik saya tetap tidak akan menjadi hak saya.
"Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat-buat apa mengenainya. Apa yang penting usaha," katanya.
Tambah Fazurina, dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.
"Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya. -MSTAR-

Tahniah.

Satu lagi artis menuju ke arah kebaikan. Kita mesti sokong!
Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, June 9, 2012

Zack Newboys bakal berdepan hukuman maut kerana edar ganja.


Senyum jek.

Takde nampak cam takut2 pun. Tak bersalah kot ? Baca news yang dipetik dari HM kat bawah neh sat ;
Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu. 

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.


Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.


Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans.
-HM-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, June 8, 2012

Leman Raja Lawak sertai PAS.



Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim dari Kuala Nerang, Kedah akan menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob dalam satu ceramah mega di Padang Bola PPR Batu Muda, Batu Caves pada Ahad 10 Jun ini.

Demikian disahkan Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam kepada Sanggahtoksago.Com - http://sanggahtoksago.blogspot.com/2012/06/leman-raja-lawak-akan-serah-borang-pas.html - sebentar tadi. Leman yang dihubungi beliau jam 4.25 petang ini, setuju untuk berbuat demikian pada program berkenaan.

Pada 10 Jun ini, PAS Batu menganjurkan Ceramah "Ubah BN! Tawan Putrajaya" bersama Salahuddin Ayob, Dato' Tamrin Tun Ghafar Baba, Aishah Ariffin, Surianarayanan, Pyan Habib, seniman rakyat Nikbinjidan dan Leman Raja Lawak.

Sumber dari rakan blogger disini.

Nampaknya makin ramai artis menyertai parti politik lewat kebelakangan neh. Tak kira lah samada masuk PR mahupun BN. Bilangan mereka yang menyertai parti politik semakin lama semakin ramai. Agaknya kerana bahang PRU - 13 kot. Sana sini sibuk bercakap dan berceramah pasal politik.

Buat ceramah pun dah mula angkut artis sana sini. Adakah korang rasa menggunakan artis dalam kempen PRU adalah strategi yang baik? Bagi aku, aku pentingkan manisfesto bukan ikon.

Hahaha..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, June 7, 2012

Gambar bogel neelofa tersebar?

Padan muka !

Errr silap.

Hahaha..

Kalau ya itu dia samada dia mengaku ataupun tidak, aku berharap kerajaan boleh amek tindakan. Kita mahu artis2 seperti neh diberikan pengajaran agar jangan suka2 bergambar tidak senonoh tak kiralah untuk mana2 majalah sekalipun dan untuk apa2 sesi photoshoot sekalipun.

Samada dia tersilap langkah atau apa, itu bukan alasan. Kita kena berikan pengajaran yang tegas kepada dia supaya artis2 yang lain lebih ber ahti2 dalam membuat keputusan untuk bergambar apa seme.

Dan kalau itu bukan dia aku minta maaf banyak2. Dan aku berharap blogger yang sebarkan tue boleh larh berhenti menyebarkan sesuatu yang tidak benar tentang neelofa. Tapi blogger tersebut pun tak letak tuduhan. Dia tanya jek sambil tunjukkan gambar2 yang memang nampak terang lagi jelas sebijik cam neelofa.

Ka, super impose ja seme tue?

Canggih gila kalau larh kalau ya. Pasal memang tak macam super impose langsung. Tapi kalau bukan, berharap sangat agar neelofa berubah apa seme. Sambil2 berharap kerajaan kenakan tindakan yang tegas terhadap artis2 yang terjebak supaya menjadi teladan kepada artis lain terutamanya artis wanita.

Dan bagi korang yang teringin2 nak tengok gambar tue aku minta maaflah. Aku tak upload pun kat blog neh. Seksi nak mampos siot.

Hahahaha..

Sumber : Blog gosip. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, June 2, 2012

Gambar Mustafa Kamal dengan Tuk Guru Nik Aziz tersebar.

Peh.

Hadir di himpunan hijau ka?



Kalau ya bermaksud menyokong perjuangan parti pas larh ye tak? Kalau begitu tahniah kita ucapkan sebab menunjukkan sokongan secara terang terangan. Tapi kalau bukan pun no hal. Sebab kita sedia faham banyak artis2 yang bukan menyokong perjuangan parti pas tetapi sangat2 menghormati Tuk Guru Nik Aziz selaku peranan nya sebagai alim ulama yang tersohor di malaysia dan luar negara.

Harap2 takde larh bloggers umno yang meroyan mohon disekat rezeki Mustafa kamal dalam dunia lakonan dan sebagainya pula.

Hahahaha.


Jom Gosip Sampai Kiamat

Luahan kenapa saya benci KPOP. - Must read to all KPOPERS!


Kita mulakan kisah neh dari awal. Semua neh bermula pada tahun lepas. Aku tak ingat bulan berapa. Tapi ketika itu ada rakan yang share satu link video. Link video tersebut ialah budak2 perempuan yang berjoget di bukit bintang dengan lagu kpop. Lagu dalam video tersebut ialah lagu dari artis kpop 2PM.

Masa tue aku memang betul2 perak. Aku bukan sahaja tak kenal 2PM tue sapa malahan aku pun taktau KPOP tue apa. Aku dok tertanya2 apa benda alah yang dorang dok puja sakan neh? So bermula dengan video tersebut aku mula larh mencari tahu KPOP tue apa.

Peh. 



Selepas melakukan beberapa bacaan di internet baru lah aku tahu kpop tue bermaksud korean pop dan 2pm ialah artis korea yang bawa aliran muzik KPOP. Alasan aku nak kenal KPOP ada satu je ketika itu. Aku tertanya2 budak bangang mana lah yang sanggup malukan diri sendiri demi memuja artis.

Aku pun pernah jadi remaja juga. Tapi aku tak buat perkara2 keji macam tue. Bahkan aku tak pernah beli album siti nurhaliza, artis yang aku paling minat ketika itu. Aku pernah beli album raihan. 

Aku bukan minat pun kat raihan cuma aku suka dengar lagu dorang. Tapi aku rasa berat ahti nak beli album siti nurhaliza sebab ada satu dua lagu jek yang best manakala yang lain2 tak best. Jadi tak berbaloi duit aku pergi kat dia

Sambung balik. Selepas tue aku mula melakukan research mengenai kpop. Aku baca di blog dan tengok di tv. Pasal aku nak faham kpop neh apa. Aku nak faham apa sebab kpop neh menyebabkan ramai malaysians jadi gila meroyan. Dan sekarang aku benar2 expert bab kpop. Siyes. Buat blog pasal kpop pun boleh tau.

Ekekeke.



Aku dapati kpop neh sama jek macam industri hiburan tanah air. Sama jek macam industri hiburan antarabangsa. Sama jek macam artis2 yang lain. Dalam atau luar negara. Sama jek seme neh. Macam ko minat muzik rock, punk, alternatif dan etc2. So ada orang minat muzik kpop. No hal dude. Citarasa masing2.

Tapi apa yang membuatkan ramai orang meluat dengan kpop neh? Meh sini aku bagitau korang terus terang.

1. Kita disini tak benci KPOP. Tapi kita benci KPOPERS = Sekumpulan manusia yang over acting dalam meminati sesuatu = taksub kepada KPOP.

2. Kita faham masing2 ada citarasa dan minat masing2. Go on. Hak kau. Tapi janganlah taksub sehingga menyebabkan orang lain rasa loya.

3. Meniru gaya artis kpop. Kadang2 aku suka tengok rakan2 fb yang bergaya ala2 kpop. Memang cantik. Aku meminati kasut ala korean. Bahkan aku ada beli beberapa seperti itu. Bagi aku kasut yang bertutup tue adalah kasut yang paling bagus sebab ia benar2 menutup aurat kaki keseluruhan. Senang. 

Tapi. 

Ya ada tapi. Fashion yang baik ko tiru oke lah. Tapi bagaimana pula dengan fashion yang tak baik? Ada pula yang meniru fashion merepek seperti pakai seksi2. Yang lelaki pakai rantai dan subang supaya muka ala2 jambu. Itu salah satu bukti menunjukkan korang membiarkan kpop menguasai diri korang. 

Sebenarnya memang sebelum kpop wujud pun dah ada lelaki yang pakai rantai dan subang cuma dalam aku tengok gejala tue semakin berleluasa bila kpop menjadi trend. Nak2 dorang sendiri bergaya ala2 kpop. Mana orang tak kaitkan benda tue dengan kpop kan?

Aku tak salahkan artis kpop sebab dorang bukan islam tapi aku salahkan kpopers sebab dorang gagal kawal minat dorang sehingga terjerumus. Mana tak kena kutuk dan kecam. Orang jadi meluat larh kat kpop tak pasal2.

4. Beli tiket konsert mahal2. Maaflah sebab aku menyemak dalam urusan kewangan ko. Aku tahu duit ko hak ko tapi aku pernah ek ternampak di twitter, seseorang tue dok kutuk2 kerajaan membazir apa seme lepas tue dia mengaku plak dia beli tiket ft island. Pfftttt.. kelakar.

Memang dua isu neh tak berkaitan. Satu membazir guna wang rakyat satu membazir guna wang sendiri. Tapi ia tetap kelakar bagi aku sebab alasan yang dia gunapakai. Katanya kalau kerajaan bantu orang susah di malaysia neh kan bagus. Jadi ko pun sama dude. Gunakan duit ko tue untuk bantu orang susah dude. 

Ko mempersoalkan kerajaan itu satu tindakan yang bagus. Tapi dalam masa yang sama tindakan ko tidak selaras dengan apa yang ko perjuangkan. Itu pasal ia jadi kelakar dan sinis bagi pemerhati macam aku beb.

5. Tak boleh kena kritik. Aku heran. Baik lagu, wajah, fashion, tarian even drama. Ada banyak jek jenis muzik, filem apa seme di malaysia dan luar malaysia kita kritik tapi bila kena tang batang hidung kpop, ada jek kpopers meroyan mengamok tak bagi kita kritik.

Baru2 neh bila kita kritik artis kpop yang seksi mai malaysia mereka marah. Mereka cakap artis melayu pun ramai yang seksi. Memang betul tue der. Artis malaysia yang seksi kita dah selalu kritik dan tegur apa. 

Jadi kita buat pula perkara yang sama kepada artis luar negara. Sama jek. Lainlah kalau kita tak pernah kritik artis tempatan lepas tue terus menonong nak kutuk artis luar negara. Itu baru boleh ko nak marah. Tapi selalu dah kita kritik pemakaian artis tempatan sebab tue kita sound artis luar negara pula.

Lepas tue samada kerajaan nak dengar ataupun tidak dengan runggutan kita, bukanlah sesuatu yang kita boleh kawal kan? Jadi kita tegur je seme benda yang kita nak tegur. Habis citer. Takan itu pun korang nak bengang tak pasal2? Buat satu perbandingan yang sia2 sebab nak menangkan artis KPOP kesayangan korang, buat apa? 

Nak datang malaysia takde hal. Dah dijemput kan. Tapi kerajaan perlu sediakan kod etika pakaian. Kena ikut peraturan. Jangan bagi dorang meroyan joget tunjuk bontot dengan seluar pendek apa seme. Ingat dorang jek ada budaya sendiri? Malaysia takde meh? Kita terkenal dengan budaya ko buat tak boleh, aku buat boleh, so tunjukkan benda tue kat dorang. Baru dorang lebih mengenali malaysia beb. Heh.

Mostly artis2 kpop neh tak asli wajah mereka. Seme pakat2 buat muka fake dengan plastic surgery sana sini. Antara yang menjadi febret dorang ialah hidung, kelopak mata dan dagu. Bila kita cakap pasal neh mula larh ada kpopers yang meroyan cakap kita dengki apa seme. Macam larh artis malaysia takde botox apa seme. 

Hello, sebenarnya aku bukan peduli artis malaysia ada buat ke takde buat, cuma nak bagitau jek yang artis2 korean neh banyak yang kaki plastic surgery. Malahan majoritinya begitu. Tujuan aku cakap begitu sebab kpopers seringkali cakap wajah2 artis korea neh cute sebab tue dorang minat. Cute memang cute tapi cute yang fake. Cakap benda betul pun dorang melenting.

Dan ramai juga yang cakap drama2 korea neh lain dari yang lain. Unik. Ini bukan pasal kpop. Tapi pasal k-drama pula. Sebenarnya betul ka drama mereka lain dari yang lain? Dulu2 aku fikir begitu juga. Tapi rupa2nya bukan begitu. 

Drama dorang ada klise macam drama2 malaysia dan indonesia gak. Ada yang aku suka tengok, ada juga yang aku meluat. Sama macam drama malaysia larh. Ada yang aku suka dan ada yang aku meluat.

Contohnya k-drama love u thousand times. Drama tue menunjukkan konon nya ada keluarga miskin sangat walhal anak kerja kat syarikat gergasi sebagai setiausaha peribadi. Tak ke tak logic nama nya nak beli tv lcd pun tak mampu? Tue pasal aku tergelak2. Bodohnya drama korea. Ada juga skrip macam tu pada drama korea. Ingatkan indonesia jek pakar buat jalan citer sedih meraban. Rupanya k-drama pun ada.

Aku nak ingatkan bahawa aku tertengok citer tue baru2 neh. Kang ada pula kpopers meroyan marah dah tahu klise napa tengok? Aku tengok 2 kali saja2 buat modal nak kutuk. So what? You mad k-dramaters? 

Please, don't be mad. Anggap jek macam ko kutuk2 filem melayu apa seme. Jika ada orang boleh bebas kutuk2 filem melayu apa seme apa masalahnya orang2 yang nak kritik kpop jadi tak boleh pula?

Untuk rekod, orang2 yang kritik kpopers neh seringkali juga kritik filem2 melayu. Yang seksi, yang merapu, lucah dan mengarut seme kena kritik dah. Tak kira lah muslim ka bukan muslim ka kalau dah merapu tetap lah merapu. Bila dah merapu memang padan lar kena kutuk.

Lagipun di korea sendiri ada rakyat mereka kutuk2 kpop neh. So sama jek di mana2. Pengkritik kpop ka, filem melayu ka, filem omputih ka ada jek di mana2 di dunia neh. Toksah nak sengal sangat larh menghalang kita orang daripada mengkritik apa2.

Dan lagi satu cuba jangan nak berfikiran sempit sangat. Contohnya bila kita kritik drama melayu, terus dorang bagi alasan ko janganlah tengok apa susah. Alamak aii. Kita punya pasal larh kita nak tengok dan kita nak kritik. Kpop neh pun sama juga larh. Kita punya pasal larh kita nak dengar then kita nak kritik. Saja suka2 beb. Bagi kpopers panas ahti.

Heh.

Tolong berlapang dada dengan seme perbezaan pendapat. Aku pun layan gak program running man. Aku pun layan k-drama. Ikut jalan citer larh. Dan aku layan juga lagu2 kpop. Ikut lagu juga larh. 

Dan sekarang neh di ABO ada rancangan muzik seoul. Aku nak tengok nanti bagi memahami industri kpop macam mana. Tadi aku tengok program tapi dekat ending. Aku nampak super junior menangis. Tak dan tengok dari awal. Menang anugerah pun nages. Dah serupa macam akedemik fantasia pula aku tengok.

Makin lama makin meluat. Sorry kpopers. Memang aku tak suka dengan korang yang taksub over pada kpop, tapi dalam masa yang sama gak aku juga tak suka dengan pendirian korang yang menghalang kami mengkritik apa2 berkaitan kpop dan k-drama. Rileks sudey larh. Macam kami kritik filem2 dan muzik tempatan, macam tue juga lah kami bebas kritik kpop dan etc. 

Bukan seme yang dorang buat tue kena dengan citarasa orang. Tak kena dengan citarasa aku so aku nak kondem. Biasa jek. No hal. Kebebasan mengodem. Sama macam korang yang akan mengodem di blog aku lepas neh. Seme pun bebas bebas dan bebas. Apa lagi kondem je larh der.

KAH KAH KAH

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, June 1, 2012

Zed Zaidi Bidas K-POP dibayar berjuta-juta dan peminat K-POP bidas Zed Zaidi !

Kali neh aku sokong Zed Zaidi. Korang nak cakap apa, cakap je lah. Memang betul pun kenyataan-kenyataan yang dipetik dari twitter dia kat bawah neh ;




Kenyataan Zed Zaidi neh keluar ekoran pendedahan dokumen yang menuntut bayaran dari KBS = kementerian belia dan sukan mengenai program yang telah dilangsungkan pada himpunan jutaan belia 2012 baru-baru neh.

Menerusi dokumen terbabit, rujuk sini, artis kpop dibayar sebanyak rm2.04juta. Artis kpop yang di undang pada ketika itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Aku tak kenal pula artis2 neh. Super Junior aku kenal larh juga.

Hahaha.

Dan selepas ZZ [ringkasan kepada Zed Zaidi] membuat kenyataan di twitter, beberapa peminat KPOP naik angin. Lihat bawah neh ;


Ini baru sebahagian jek. Nak lihat lebih banyak boleh klik sini. Twitter Zed Zaidi sendiri. Walaupun dia artis umno tetapi apa yang dia cakap pasal KPOP neh aku totally agree. 

Why? You mad kpopers? Dengar sini. Aku bukan benci kpop. Aku tahu setiap kali kita cakap pasal kpop, mesti kpopers = peminat over kpop akan sound macam neh kat kita ;

Eley, cam ko tak layan kpop. Cam ko tak tengok drama korea. Cam ko tak tue, tak neh dan blablablablbal.

Antara komen2 SENGAL dan BAHLOL kpopers. Orang memang layan gak lagu kpop, drama korea tapi TAKDE OVER macam korang tue.  Yang lelaki siap bersubang bagai. Nak tiru fashion aku tak kesah. Memang cute pun kadang2 aku tengok. Tapi nak kalerkan rambut? Pakai subang? Buat muka pompuan? Apa jadah seme tue?

Kalau aku tak tengok kpop takde lah aku ternampak pompuan2 melayu yang gila meroyan jerit2 kat dalam tv tue setiap kali bercerita pasal kpop larh, pergi konsert kpop apa seme. Orang memang layan lagu2 kpop der. Aku peminat setia running man lagi tue. Tapi takde larh aku OVER sangat macam korang sampai MEMUJA-MUJA dorang dengan beli tiket konsert beratus2 ringgit.

Hello, adik kawan aku siap beli guna duit PTPTN lagi tue. Kurang ajar tak? Tue pasal aku tak sokong rafizi nak bagi kos sara hidup pada students. Lemak seme tue. LEMAK! Kalau nak pendidikan percuma cukup disitu sahaja. Nak makan, sendiri carik. Takan itupun kerajaan nak tanggung der? Kalau beli motor untuk senangkan ko pergi belajar, untuk senangkan ko pergi kerja part time aku tak kesah. Ramai gak aku kenal students yang berfikiran cerdik macam tue.

Tapi neh beli tiket konsert KPOP? Fack You larh. Sohai. Ko nak mengamok, mengamok larh. Ada aku kesah? Senang citer kesimpulan dia gini jek. Minat apa pun, ko punya pasal larh der. Kpop ke, jazz ke, rock ke apa ke it's totally up to you larh. Tapi jangan OVER sangat sampai menyemakkan pandangan orang lain.

Ko mungkin fikir alamak aii aku nak menjerit2 ke apa ke lantaklah suara aku. Memang aku setuju. Tapi bila ko dah start terpampang depan tv, itu hak aku pulak nak mengata ko sebab ko OVER sangat. Kalau tak suka, maka jangan tayang. Kalau dah tayang, terima je larh RISIKO nye. And once again, you mad K-POPers? Heh. 

Dan last, aku memang setuju dengan statement Zed Zaidi. Kerajaan tak sepatutnya membawa masuk artis2 luar yang tak tentu tujuan nya. Kalau nak bawa masuk, biarlah ikut syarat tertentu dan janganlah bayar mahal sangat. Neh bukan cakap kita nak DENGKI ke apa ke tetapi kes neh sama gak lah macam pendatang asing di malaysia neh.

Kalau mereka terlalu ramai disini, kita sendiri pun akan berebut2 pekerjaan dengan dorang. So artis pun nak jaga gak periuk nasi depa. Walaupun aku tak setuju dengan seme perkara2 maksiat yang dilakukan oleh industri hiburan tanah air, tetapi itu tak bermaksud tindakan kerajaan membayar artis luar mahal2 adalah betul pula. Oke. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...