Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Tuesday, July 31, 2012

Syarifah Aleya Berhijab sudah.

Comellll sesangattt...



Ibu kepada sepasang anak kembar. Petikan berita yang diambil dari MH ;

Pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Aleya mengakui sudah mula mengenakan hijab sejak 1 ramadan lalu.

Namun, selebriti yang lebih mesra dengan panggilan Leya ini agak keberatan untuk berkongsi sebab dia melakukan penghijrahan ini sambil menganggap ianya sesuatu yang peribadi untuk diceritakan.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya.

"Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan," katanya kepada murai.com.my baru-baru ini.

Selain itu, Leya turut mengakui kehidupannya kini lebih gembira dengan dikelilingi orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakannya.

Kalau seme pengamal media hiburan bersatu ahti tidak memaparkan artis2 yang seksi + seksa di majalah dorang, automatik artis2 tersebut pun takan bergaya seksi lagi. Harap2 pengamal2 media hiburan kita pun berhijrah sebagaimana penghijrahan yang dilakukan oleh beberapa artis muslim kita lewat kebelakangan neh.

Dan buat sharifah aleeya, semoga terus istiqomah ya. ;)

Jom Gosip Sampai Kiamat

MiloSuam terima surat arah mohon maaf dari peguam Ning Baizura.



Berikut di atas ialah surat lengkap dari peguam ning baizura kepada milosuam di atas penerbitan dua artikel yang membawa kesimpulan serong yang membawa maksud kononnya ning baizura akan menyertai pas. Sejurus menerima surat tersebut MiloSuam telah membuat permohonan maaf terbuka di blog nya. Korang boleh baca sendiri permohonan maaf tersebut kat sini.

Dipihak kami mendoakan dan mengharapkan masalah yang berlaku di antara kedua2 belah pihak boleh diselesaikan cara baik. Jika sungguhla Ning Baizura tidak mahu dikaitkan dengan PAS dan mana2 parti politik pendiriannya amatlah wajar dipatuhi.

Namun dalam masa yang sama kami juga berharap agar Ning Baizura boleh nyatakan pendiriannya tanpa mengeluarkan kata2 yang boleh menyinggung pengikut2 PAS. Kadang2 niat kita baik, tapi kalau kita salahguna kata2 yang sepatutnya ia boleh diperlihatkan seolah2 tak baik.

Apa pun kita harapkan selepas neh Ning Baizura akan berlapang dada dan melupakan semua nya setelah menerima permohonan maaf dari milosuam. ;)

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, July 30, 2012

Blog Oh Bulan! bakal di saman satu juta.

Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.
Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.
Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.
Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalui laman web www.ohbulan.com telah menerbitkan satu artikel. Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.
Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu. – Bernama

Peh.

Satu juta.

Bukan amaun yang kecik tue beb. Taktau sapa salah sapa betul tunggu je larh perjalanan kes neh macam mana. So takmo komen or menyebelahi mana2 pihak pun.

Satu pengajaran juga kepada semua bloggers termasuklah diri aku sendiri.. especially bloggers hiburan. Kena ber-ahti2 dalam menerbitkan sebarang artikel terutamanya dalam bab aib mengaibkan..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, July 29, 2012

Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan.

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya. 

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

NONESementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama." kata Abby ringkas. -MKINI-

Rasanya ini dah boleh memberikan clue kepada ummi aida kenapa larh abby abadi cakap pasal bakal kehilangan job bila mula menceburkan diri dalam politik yang ke arah pembangkang. Di malaysia jika kita menyokong pembangkang ia adalah merupakan satu kesalahan yang maha hebat sebab bakal di anggap sebagai ;

1. pemberontak

2. penjenayah

3. penjahat

4. geng yahudi

5. geng kafir

6. geng kristian

7. menyokong dajal

8. anti islam

Bukan hanya orang2 politik jek dapat label2 tersebut, bahkan penyokong2 mereka dan artis2 yang mula menceburkan diri dalam bidang politik juga akan mendapat label dan persepsi yang sama. Persepsi neh telah ditanam oleh media melalui usaha berterusan dari barisan nasional selama 55 tahun.

Nak tahu benar ke tak benar mereka2 yang pro pembangkang seperti itu, sama2 larh belajar untuk cari tahu dan kaji sendiri, benar ke tak benar mereka tue penjenayah or sebaliknya. Buat apa ikut cakap orang kalau ada akal dan usaha untuk mengkaji sendiri? Betul tak? Lue fikirlah sendiri..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, July 25, 2012

Ummi Aida tegur Abby Abadi?

Tak sensasi langsung.


Aku ingatkan sensasi larh sangat. Sampaikan ada ternampak sebaran di facebook dan twitter. Rupanya kes kecik cam neh pun nak amek port. Orang tue bukan bergaduh ke apa. Jauh sekali berperang mulut. Just berborak santai menerusi twitter jek. 

Takde sapa sound sapa pun. Kelakar lah sesetengah orang neh. 

Baca arh sendiri kat bawah neh ;



Nampak cam bertelagah ka berborak santai jek?

Sebenarnya pandangan kedua2 betul. Sebab?

1. Abby abadi dah mengalami ia. Pasal politik dia telah dipinggirkan.

2. Ummi aida belum mengalami ia. Jadi dia tak rasa lagi pasal politik dia bakal dipinggirkan.

So dorang bercakap berdasarkan pengalaman, maka siapa lah kita nak mengatakan pengalaman mereka tue seme tak betul beb? Tah hapa2. 

Tapi nasihat supaya Abby Abadi sambil belajar mengenai islam sambil berdakwah perlu diambilpeduli. Sebab nasihat tue nasihat yang betul. Berdakwah perlu seiringan dengan ilmu supaya apa yang kita sampaikan orang lebih yakin dan dalam masa yang sama kita tahu apa yang kita nasihatkan kat orang lain. Bukan sekadar nasihat copypaste jek beb.

Apa pun good luck untuk Abby abadi. Semoga terus istiqomah dan bersabar lah dengan serangan2 di alam maya tue oke. Bai.

Sumber gambar neh dari BN.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, July 17, 2012

Ning Baizura mengamuk di Twitter kerana PAS.

PAS.

PAS = PARTI ISLAM SEMALAYSIA. 

Hari neh Ning Baizura mengamuk kerana PAS. Nak tahu kenapa? 

Meh tengok bawah neh jap ;




Kata Ning Baizura ;

PAS sebar fitnah katanya sy Ning Baizura dah masuk parti pembangkang & sebarkn gambar sy bertudung utk drama thn lepas dr koleksi gambar !

Jangan cakap mengarutlah PAS

Sebelum neh bermula apabila tersiarnya satu posting mengenai Ning Baizura akan menyertai PAS. Sila rujuk sini dan disini.

Sebenarnya tak salah pun kalau Ning Baizura nak marah. Yelah tiba2 dia dikatakan nak masuk Pas padahal dia bukan nak masuk PAS pun. Tapi apa salahnya kalau dia perjelaskan bahawa kenyataan Salahuddin Ayub tue tidak benar instead "meroyan" di twitter.

Bukan apa, kadang2 kita terlalu meroyan sampai "terlupa diri". Bila dah jadi macam tue kang apa yang kita nak sampaikan tue orang tak nampak, tapi orang akan nampak benda yang kita tak tersengaja tersampaikan. 

So, kalau dalam hal neh kesilapan berpunca dari Salahuddin Ayub, maka kita berharap Salahuddin Ayub akan buat kenyataan maaf dan membetulkan apa yang salah.

Walaupun sebenarnya Salahuddin Ayub hanya menyebut bakal masuk PAS, bukan benar2 dah masuk PAS kan. Tapi mungkin ada yang tak faham dan tersalah faham so eloklah buat kenyataan susulan betulkan apa yang tak betul disitu.

Kalau tidak, mao nya Ning Baizura bercakap pasal syurga dan neraka pula. Almaklumlah sebarkan fitnah tue kan berdosa dan bukan perangai orang islam kan? Heh. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, July 15, 2012

Arina gadis yang dipeluk oleh Justin Bieber.

Hai arina.

Apa khabar? Rasa seronok ke dik justin bieber peluk hang di atas pentas? 


Penulisan oleh wartawan murai aka mulut becok ;
Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.

Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut. -murai.com-
Tahniah dik.

Jangan lupa cerita kat anak cucu oke. 


Wakaka..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Momok jangan cari pasal kena kutuk!

Kelakar nak mampos.

Sakit perut aku baca komen2 kat trailer movie momok jangan cari pasal. Sekarang neh bukan momok yang cari pasal dengan ko tapi ko yang cari pasal dengan peminat2 filem tempatan. Tak percaya? Korang layankan trailer filem tue kat bawah neh beb ;

 

Trailer pun dah semacam. Apatah lagi kalau full movie? Kalau korang kaya sangat boleh larh dipersilakan tonton filem kat atas neh. Aku? Sorry der. Aku tak kaya macam korang yang bakal menonton filem neh oke.

Wakaka..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, July 13, 2012

Gambar Justin Bieber dan Selena Gomez bershopping di malaysia tersebar.


Sempena MTV World Stage yang bakal berlangsung. Bila tah? Malam neh kot. Ataupun jangan2 dah lepas? Tahhhhh. Memang aku ada perasan pasal MTV World neh. Siap disuruh promote lagi. Tapi aku maleh. Bukan ada pekdah pun promote depa. Buang masa aku jek. Dah sah2 konsert maksiat.

Muahahhaa....

Tapi apa pun aku tolong promote gambar depa aje oke. Gambar dua celebrity international neh sedang berjalan sambil berpegangan tangan. Lokasi tak dapat dipastikan tetapi ada rakan facebooker cakap di sunway piramid kot.
Tah betul tah tidak. Aku p sunway piramid pun baru 3 kali. Tak hadam lagi lokasi tue. Itupun sebab nak tengok wayang beb. Padahal pawagam dekat jek dengan rumah aku. Tatau lah apa pasal time tue sibuk pergi jauh2. Hahaha..

Updated :

Menurut forum cari, lokasi tersebut ialah di Wangsa Walk Mall.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Thursday, July 12, 2012

Amy Search, Jamal gesa Lim Kit Siang minta maaf.



Nama Lim Kit Siang adalah nama yang popular hari ini. Mula2 isu dia dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa semua raja melayu adalah lanun. Rujuk sini. Dan terbaru dia mendakwa sesiapa yang mengisytiharkan diri menyokong umno akan disogok dan dibayar sebanyak rm10,000. 


Untuk rekod sehingga sekarang aku belum nampak dan baca lagi statement lim kit siang berhubung perkara tersebut. So aku taktau samada benda tue betul atau tidak. Apa pun aku nak siarkan sedikit kenyataan dari Amy Search berhubung perkara tersebut.

Menurut kosmo ;
Dua penyanyi terkenal tanah air yang berasa terhina dengan dakwaan kononnya mereka menerima sogokan berjumlah RM10,000 setiap kali mengisytiharkan menyokong UMNO kini tampil dengan tuntutan supaya pihak terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.
Bagi Amy Search dan Jamal Abdillah, mereka bukan sahaja berasa terhina bahkan sangat sedih dengan tuduhan bersifat fitnah itu.
Menurut mereka, tuduhan tersebut secara tidak langsung menjatuhkan maruah serta kredibiliti mereka sebagai artis yang sudah bertapak lama dalam industri hiburan tanah air.
Menurut Amy Search atau nama penuhnya Suhaimi Rahman, dia tidak pernah menerima wang sogokan daripada mana-mana pihak untuk menjadi ahli UMNO.
“Keputusan saya untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan sendiri dan bukannya kerana disogok dengan wang ringgit.
“Mana-mana pihak yang dakwa saya masuk UMNO kerana dibeli, tunjukkan bukti terlebih dulu sebelum buat kenyataan sedemikian.
“Saya mahu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan penulis blog, Mariam Mokhtar membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Sebenarnya kalau sungguh LKS ada mengeluarkan statement sedemikian sememangnya dia perlu hadirkan bukti bagi menyokong dakwaan dia. Kalau setakat tuduh2 budak kecik pun boleh. Lepas kalah dalam permainan tuduh orang menipu. Muahaha..

Tapi LKS bukan budak kecik. So dia kena bagi bukti kalau sungguhlah dia yang keluarkan statement tersebut. Apa pun hak artis lah kan nak sokong sesiapa pun. Kenapa ek di malaysia bila artis yang berpolitik dalam mana2 parti mula larh jadi kontroversi macam lah ia perkara yang aneh padahal artis malaysia pun rakyat malaysia kan. Betul tak? So respect je sudah larh. Oke bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Gambar terbaru Nia Ramadhani selepas bersalin.

Masih ingat tak cerita bawang putih dan bawang merah? Cerita dari indonesia tue agak popular time ia disiarkan ketika tue. Selepas citer tue lah tak silap aku malaysia start import sinetron2 dari indonesia. Masa tue kan kira oke lagi sebab kita tak terdedah dengan cara orang indonesia buat drama.

So kalau sekali sekala layan kira oke juga. Tapi bila dah keterlaluan pula asyik drama dari indonesia jek lepas tue cara dorang buat drama pun lebih kurang jek tetiba jadi cam boring. Hak eley.. agak2 lah woittt.. gelas nak pecah pun buat dramatik bagai. Nak jatuh tangga pun siap jeng jeng jeng.. tak boleh blah betul.

Itu tak masuk lagi unsur2 tahyul dan sesat dalam drama2 dorang. Tapi susah sket kot nak mengata dorang tue dah lari or jauh dari landasan islam sebab belum tentu drama dan pelakon2 tersebut islam kan. Tengok nama jek mana nak tahu agama dorang apa. So nak tuduh2 pun tak boleh.

Well, walaupun drama2 dorang sebegitu nak salahkan dorang pun tak boleh. Sekarang sapa yang import? Sapa yang pantau? Sapa yang tengok? Hah tue lah yang salah. Orang kata kalau takde permintaan, mana ada penawaran? Betul tak? Lue fikirlah sendiri.

Apa pun jom kita layankan gambar2 Nia Ramadhani selepas bersalin. Pheww.. cun wooooooo dah gemok pun tetap cun wooooo.. memang dia cantik semulajadi.. 

Nama anak dia ialah Mikhayla Zalindra Bakrie, dilahirkan pada 2 juni 2012. Juni tue apa hah? Julai ka june? Aku tatau. Aku nampak depa tulis juni aku petik je balik. Muahaha. Nia Ramadhani melahirkan anak melalui pembedahan ceasar bukan normal beb.

Kalau lahirkan anak melalui operation memang susah nak kurus tapi boleh. Cuma luka kat perut nak kena jaga2. Then takley pakai bengkung. Kalau tak jaga perut nanti buncit. Bila buncit nak pakai seluar pun tak berapa cun sebab perut cam berboyot2. Apa pun.. kalau dah sayang gemok ka kurus ka apa ada hal kan. Yang penting kurus ka gemok ka Nia Ramadhani tetap cun. Ada aku kesah? 





Jom Gosip Sampai Kiamat

Gambar Adam AF dengan jubah !


Woww..

Adakah adam af kini telah berubah? Dengar citer dia belajar perubatan islam. Ye ke? Kalau sungguh tahniah lah diucapkan. Macam tak percaya adam yang suka menari tue nampak berbeza yang amat2 bila pakai jubah dan kopiah macam neh kan?

Apa pun aku takmo buat kesimpulan melulu berdasarkan kepada satu gambar. Kang beria2 cakap itu neh sekali dia tak seperti apa yang kita bayangkan pun susah juga. Tapi andai benar adam kini selangkah ke arah kebaikan, untuk berubah dan keluar dari dunia yang melalaikan, kita ucapkan tahniah dan selamat maju jaya untuk adam.

Insya-Allah, sikit2 lama2 jadi bukit. Yang penting ada usaha dan kesungguhan. Itu lebih baik dari orang yang tiada keinginan untuk berubah oke. Bai.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, July 10, 2012

Finaz Yunus akhirnya mohon maaf.

Finaz yunus yang mana namanya terkenal satu malam gara2 membuat posting menfitnah abby abadi, rujuk sini akhirnya tunduk dengan tekanan apabila membuat permohonan maaf secara terbuka di facebook.  Mungkin kerana nama station tv Alhijrah turut terheret dalam kontroversi ini agaknya.

Apa pun samada dia ikhlas ataupun tidak usahlah kita pertikaikan lagi. Apa yang penting selepas neh dia akan lebih ber-ahti2 sebelum mengeluarkan sebarang status di fanpage nya kelak.

Permohonan maaf finaz kat bawah neh ;


Sejurus selepas finaz yunus membuat permohonan maaf secara terbuka, fanpage yang dibuka untuk mendesak finaz membuat permohonan maaf telah pun ditutup. Jadi sekarang dah takde isu. 

Dalam pada itu ada terbaca di blog rujuk sini, mengenai pandangan ustaz saiful islam terhadap isu finaz - abby abadi. Taktau kat mana dorang petik kenyataan tersebut. Mungkin di wall ustaz. Dah google tak jumpa pula. Harap2 betul lah. Kalau tak betul mohon betulkan ye.

Lihat bawah neh ;

Ini pandangan Ustaz Saiful Islam


Hasrizal Abdul Jamil

Isu celaan Finaz Yunus terhadap Abby Abadi amat menyedihkan. Saya hanya melihat dari jauh dan tidak berhajat untuk membuat sebarang komen kerana asalnya seperti tiada keperluan. Tetapi saya kaget melihat reaksi melampau mereka yang tidak berpuas hati dengan Finaz Yunus menjalankan kempen memboikot TV Al-Hijrah.


Finaz Yunus terikat dengan TV Al-Hijrah dengan satu ikatan kerja antara majikan dengan pekerja. Tetapi TV Al-Hijrah lebih besar dan penting berbanding mulut Finaz Yunus. Malah maruah Abby Abadi pun boleh tercalar, dan tidak terkejut kalau disimpulkan oleh pihak ramai bahawa ia adalah ketaksuban orang PAS apabila Abby Abadi dihina.


1. Finaz Yunus patut meminta maaf secara terbuka seperti celaan terbukanya terhadap Abby Abadi.

2. TV Al-Hijrah mesti melindungi pekerjanya, tetapi melindungi Islam dan kepentingan ramai mesti lebih diutamakan.

3. Abby Abadi teruskan perjuangan dan kuatkan semangat. Jangan pedulikan Finaz Yunus.

4. Kita-kita semua ini, bertaqwalah kepada Allah


Sabda Rasulullah sallallaahu 'alayhi wa sallam: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, July 9, 2012

Pembaca berita Alhijrah kena marah di facebook sebab fitnah Abby Abadi.

Wowwwwww....

Ramai sungguh yang serang selebriti dan pembaca berita alhijrah Finaz Yunus gara2 dia mengeluarkan beberapa statement yang tidak tepat mengenai abby abadi. Antara statement2 tersebut ialah ;


Beria2 dia cakap abby menghina orang apa seme. Alamak aii.. kalau muncul di pentas pas tak semestinya bercerita pasal pas dan tak semestinya berceramah oke. Ramai gak orang salah faham sekarang neh. Dorang ingat kalau artis bercakap atas pentas politik terus dicop sedang ;

1. Berceramah bab agama.

2. Bercerita pasal politik.

Sedangkan tak semestinya. Contohnya cam kes Aishah dan Abby Abadi. Dorang cuma share pengalaman berhijrah. Takan share pengalaman berhijrah di anggap sebagai berpolitik dan ustazah ekpress pula? Kita faham kalau bab ceramah agama terutamanya bab hukum apa seme hanya  mereka2 yang ada kelayakkan jek layak.

Tapi apa yang Abby buat ialah dia share pengalaman berhijrah sambil2 mengajak ke arah kebaikan. Bukan pepandai nak tunjukkan diri tue terlebih2 baik dan apa seme. Bukan juga untuk berpolitik maki hamun dan berlagak lebih alim berbanding orang lain. Tapi sekadar nak bagitau perubahan yang dah dia alami. 

Cuba jangan fikir negatif. Banyak jek artis yang masuk umno dan bn. Bahkan siap bercakap atas pentas politik dan bercakap pasal politik pula tue. Kalau yang tue boleh direspect pasai pa Abby Abadi tak boleh pula? 

Kemon, tunjukkanlah kematangan anda. Dan aku pun sama gak seperti mereka2 yang komen di wall finaz kat bawah neh. Apa bukti Abby Abadi telah maki hamun ketika berkongsi pengalaman dia berhijrah di atas pentas pas? Sila kemukakan bukti, kalau takde tue maksudnya fitnah sis... lue fikirlah sendiri.



Wall finaz kini sedang diasak dan diserang bertubi2. Klik sini. Harap2 dia tak ban orang larh pas neh. Wakakaka..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, July 8, 2012

Tiga Selebriti Wanita Murtad.


Semalam ada baca berita mengenai kareena kapoor yang tidak mahu memeluk islam meskipun bakal berkahwin dengan saif ali khan seorang muslim. Rujuk sini 

Kareena menganuti hindu manakala saif ali khan menganuti islam. Maka sememangnya kareena perlu memeluk islam supaya mereka boleh bernikah. Kalau tidak macam mana nak anggap perkahwinan mereka jika dikahwinkan ikut adat hindu? 

Bukan kah itu dianggap melakukan zina ataupun murtad bagi saif ali khan kerana tidak bernikah mengikut rukun2 nikah yang telah ditetapkan? 

Dan rupany2 gejala artis berkahwin dan sanggup tukar agama kepada agama selain dari islam bukan lah perkara baru di indonesia. Baca sendiri petikan dari yahoo news kat bawah neh ;

Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem "Ayat-Ayat Cinta", Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya,"kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Dibolehkan? Iye ke dibolehkan di indonesia? Ada sesiapa yang tahu kebenaran nya? Takan sampai tinggal solat dan masuk gereja pun dibolehkan? Bukan kah ajaran islam dan kristian itu lebih mempunyai banyak perbezaan berbanding persamaan? Lagipun kitab2 kristian telah diubah. Bukan menggunakan kitab injil yang asal. So apsal pula dibolehkan?

Pelik2 sungguh gaya hidup artis zaman sekarang yek.. di negara majoriti islam pula tue.. dasat.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saturday, July 7, 2012

Program MAIS bersama Abby Abadi batal angkara Zambry kader?


Wow.. 

Betul kah perkara kat bawah neh ek? 

Terdahulu,pada tarikh yang sama Abby dijadual akan menyampaikan satu forum yang bertema “Untuk Mu Wanita” di perkarangan Pejabat Majlis Agama Islam Selama(MAIS).Namun program tersebut telah dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak MAIS biarpun pengiklanannya telah tersebar meluas di seluruh kawasan Larut sejak sebulan yang lalu.

Dikhabarkan tindakan pembatalan itu dibuat atas arahan Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Khadir yang tidak senang melihat keakraban Abby dengan PAS sejak mutakhir ini

Kalau betul memang tak patut arh. Adoii.. hormatilah hak orang berpolitik di malaysia neh even dia artis ka apa ka sekalipun dia ada hak kan dia rakyat malaysia. Dan menerusi artikel yang sama abby juga menyatakan kesediaan untuk hadir dalam demo gerakan mahsuh ISA yang bakal berlangsung ;

Ditanya apakah harapannya kepada PAS,Abby menjawab,biarpun dirinya masih belum menjadi Ahli PAS,tetapi beliau menyokong sepenuhnya perjuangan PAS terutamanya dalam membebaskan rakyat di Negara ini daripada kezaliman pemerintah sedia ada.

“Sebagai contoh,penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA),ia adalah satu perbuatan yang zalim dan saya sangat tidak bersetuju dengan itu.

Bebarapa minit sebelum berakhirnya program ,Abby telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) bagi menuntut  pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapam Kem Tahanan Kamunting(KEMTA) 

“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA,entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan”Ujar Abby lagi”

Sokong abby. Tak semestinya nak berpolitik kena berparti. Tak semestinya nak sokong gerakan mahsuh ISA kena berparti. Sesiapa pun berhak berpolitik dan sesiapa pun boleh sokong dan menyertai apa2 demo meskipun bukan ahli mana2 parti oke. 

Sumber : sini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, July 4, 2012

Punca Abby Abadi diserang oleh bloggers umno.



Serang isu. Bukan serang batang tuduh dan kisah peribadi dia. Kalau tak bersetuju atas satu2 sebab dan isu, balas balik hujah atas topic yang sama. Bukan buka topic baru dan serang peribadi orang. 

Kalau tak reti nak berhujah dan konsisten berbincang atas topic, maka janganlah bersembang dengan orang. Buat apa sibuk2 nak tweet bagai kalau tak reti nak menerima perbezaan pendapat?


Baca kat neh sendiri ;




Lihat twitter abby sendiri kat sini.


Tengoklah macam mana dia kena serang dan serbu semata2 pertahankan TGNA. Adoii. Inikan negara demokrasi. Setiap orang ada hak nak meluahkan apa2 pendapat. Kalau salah, betulkan. Bukan serang. Kalau betul, terima lah hakikat. Bukan menfitnah.


Punca manusia berbalah di dunia neh ialah disebabkan wujudnya golongan manusia yang tidak boleh menerima hakikat dan kebenaran. Jadi nak menutup kebenaran, mereka cipta cerita dan fitnah supaya kebenaran tidak lagi di anggap sebagai kebenaran. 

Manusia yang menolak kebenaran cuma ada satu jenis. Jenis itulah larh yang ditegur oleh Allah swt menerusi firman-NYA menerusi Alquran. Fikir-fikirkan ye.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Abby nafikan fitnah UMNO.

Citer dia gini. Abby abadi dituduh ada skandal dengan adun pas. Seme nya sebab abby mula terlibat aktif dalam ceramah2 politik pas. Antara bloggers yang buat citer tak senonoh mengenai abby ialah ;

The unspinners yang kerja dia spinning jek ;


dan parpu kari yang kerja dia merapu jek ;


Dan ini pula respon dari tuan punya badan, iaitu Abby Abadi sendiri ;



Adoii.. 

Hal kecik dan remeh temeh macam neh pun nak buat posting bagai untuk menfitnah orang? Lantak pi larh dia nak sokong sapa pun, nak aktif dengan apa2 parti pun. Bukan isu besar lah weh. Setahu aku ramai jek artis yang masuk umno dan sokong bn apa. Siap ada kelab artis barisan nasional lagi. So takan tak puas2?

Sudah2 lah tue.. jangan nak fitnah orang. Nak tulis apa ke pastikan jangan sampai menfitnah. Ingat sket bukan di dunia jek, kat akhirat pun kita nak hidup gak. Apa pun tak boleh larh korang neh. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...