Gosiper says

Ini ialah belog gosip yang luar biasa..

Wednesday, August 29, 2012

Kontroversi twitter Abby Abadi kepada MAZA.

Tak kena gaya..

Bukan Ustaz Asri. Tetapi Abby Abadi. 

Lihat keratan printscreen kat bawah neh ;



Sebenarnya tak salah berbeza pendapat. Bertanya pun tak salah. Ini perkara biasa. Ulama, ustaz atau apa bukan maksum.. dan pandangan mereka tak semestinya betul all the time. 

Ini sesuatu yang kita kena akui.. tetapi statement Abby Abadi neh di anggap tak kena gaya oleh segilintir orang2 yang melihat cara Abby Abadi membalas / merespon statement Ustaz Asri Zainal Abidin = MAZA.

Respon MAZA ;


Cakap banyak atau banyak bercakap?

Orang yang banyak bercakap atau orang yang suka bercakap banyak? Mana satu? Takpe lah.. ada masa2nya kita perlu beralah.. 

Kalau lah Abby Abadi memilih.. untuk bertanya tanpa melibatkan ayat ==> Dr. belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan? Rasanya takde larh apa sangat sampai orang nak mengkontroversikan respon balas Abby Abadi terhadap MAZA.

Aku sebenarnya bersetuju sangat dengan pandangan MAZA. Hukum islam tue terpakai untuk seme. Muslim dan bukan muslim. Harus di ingat, undang2 Allah swt itu adil. Penafsiran manusia itu sahaja yang membeza-bezakan ia. 

Gambar printscreen ehsan : ROTIKAYA.
Jom Gosip Sampai Kiamat

Sunday, August 26, 2012

Gambar kereta Apek yang kemalangan dan komen sindir Apex.

Amboiii..

Rasanya seme dah tahu kot apex kemalangan semalam.. 


Apex aka khairul fahmi adalah pemain bola sepak di posisi penjaga gol yang juga sangat kontroversi disebabkan beberapa skandal. Bukan skandal seks tetapi skandal playboyzzz sebab dikaitkan dengan beberapa orang wanita..

Malam semalam kan ;

Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas. Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok sekitar jam 12.30 malam tadi. Lantaran dari kemalangan itu, Apex telah mengalami cedera ringan di tangan kanan.

Oke lah apex selamat apa seme. Tapi yang tak sedap tue aku tengok kan mula larh ada komen2 yang mengaitkan apex dengan arak. Hadoiii. Terbukti ke? Lepas tue mula larh dikaitkan dengan tuk guru. Hadoiii.. nampak ke?

Kalau sungguh si apex tue minum arak dan kemalangan aku pun tak sokong. Tapi biarlah dibuktikan dulu der. Aku faham ramai jek yang anti apex neh. Aku tak nafikan perangai dia kadang2 boleh menyebabkan orang rasa annoying tapi kemon at least biarlah ada hujah nak cakap2 kat dia pun..

Then aku baca satu lagi komen yang aku petik kat satu blog. Komen2 macam neh ada juga di facebook. Aku baca semalam.. hadoiii..

cucukerinci said...
 
sikap mudah lupa diri angkuh dgn kehebatan diri....oleh itu kembalilah ke jalan yg benar tak lain drp Islam sebagai pedoman hidup manusia,,,

Aku diam sudey. Takmo aku ulas lebih2 pemikiran orang. Hak masing2. Mengkondem atau membekap. Tapi sesuai ke?

Muahaha

 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, August 14, 2012

Abby Mengelabah dengan Jawapan Ustaz Azhar Idrus. [Video Inside]

Ada satu video. Sebenarnya video tersebut mengenai satu program dakwah yang baru2 neh dijayakan di shah alam dan menerima respon yang amat baik dari penduduk shah alam. Sesungguhnya setelah PR berjaya menduduki selangor, pelbagai program keagamaan dan dakwah seringkali diadakan di bandaraya utama di selangor terutama-nya di shah alam.

Cakap terus terang, aku agak cemburu dengan penduduk shah alam yang seringkali dapat peluang untuk menghadiri program2 sebegini. Jikalau selangor diambilalih oleh bn.. aku tak pasti jika shah alam akan mesra-program dakwah seperti ini ataupun tidak..

Berbalik kepada isu video. Sebelum itu perhatikan bawah neh ;

Kejadahnye abby nih..desperate nk.compliment ke??...dhlah gelabah bila ustaz nasihat...nak menyampuk jugak..cyap ckp fitnah lagi..nyampah ak ngan dye nih

cepat betol Abby Abadi melatah..jgn la gitu..UAI menasihati secara umum, bkn menuding jari..

Abby memng over.. kan Ustaz dah cakap jgn tentang..tp disebabkan die rase die dah berubah so die cam layak nak cakap pasal hukum berkenaan batal 2 syahadah. Dah macam Abby menuduh dan menjatuhkan hukum. Tu yg org marah...

Dia makan lada tu la dia terasa pedas... Ambik kau abby!!

xtaw nk like ke dislike
like sebb jwpn ustaz azhar
dislike sebb reaksi abby dgr jwpn ustaz

ustaz yg tinggi agama dia kata ustaz azhar buat tuduhan dan fitnah..cehh..abby tu bru berhijrah tpi berlagak dgn ustaz..ustaz tu agama lagi bagus dari abby..lgi thu mana fitnah dan tuduhan..kalau xbuat hal jgn terasa abby oi.hahah

abby abadi yang terasa tu dah kenapa :D kuat sentap betul la dia . masa ustaz azhar ckp tu pun aku dah tahu kot dia tak tuju kat sape2 .

Abby perlu kena belajo beradab & kawal diri sebagai pengacara.

"Jangan kita hentam kawan2 yang masih lagha' atau masih belum berhijrah" kata ustaz..so dgr tu abby... mudah sgt si abby ni melenting... boleh dia kata ustaz tuduh dia! ish ish

Video yang dimaksudkan ; 



 

Kat atas tadi tue petikan komen2 yang aku amek dari youtube. Ramai yang focus kepada Abby Abadi berbanding dengan apa yang Ustaz Azhar Idrus cuba sampaikan. Dah lari dah matlamat asal orang yang upload video neh di youtube. Niat nak share ilmu tapi orang focus kat bab lain pula.

Muahahaha

Apa pun bagi aku, sudah cukup2lah hentam Abby Abadi. Buat apa kita menilai dia di saat dia sedang menuju perubahan? Dia sedang belajar, apa salahnya bagi ruang. Cuba jangan amek tahu hal dia maybe itu lebih baik untuk seme pihak. Terai lah..

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, August 8, 2012

Nurul Syuhada Nurul Ain tampil bertudung dalam MHI.

Dapat citer neh dari harakah. Rujuk sini

Gambar Nurul Syuhada yang bertudung..


Cantik betul larh dia neh. Makin lama makin cantik dengan wajah berseri2. Tahniah di atas penghijrahan tersebut. Tahniah sebab berusaha ke arah kebaikan. Man-man. Slow2.. Kita buat apa yang terdaya dan termampu..

Apa yang penting bukanlah perubahan drastik or menjadi sempurna. Sebaliknya ialah perubahan yang berterusan dan usaha yang berpanjangan untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.. 

Well done ek..

Petikan berita dari harakah ;

Pagi ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.
Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini -Harakah-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Tuesday, August 7, 2012

Akhil Hayy Nasihat Artis yang berhijrah.


Menurut aku, lebih tepat ialah Akhil Hayy sedang nasihatkan artis yang telah berhijrah dan mengunakan medium PAS untuk berkongsi kisah penghijrahan mereka agar tidak tersasar sampai mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya kerana politik bukanlah bidang yang artis2 tersebut pakar. 

Tambahan, dia juga menasihatkan agar artis2 tersebut ber-ahti2 agar jangan sampai disalahguna oleh ahli2 politik yang mungkin mempunyai agenda di sebaliknya. Dalam kes neh, aku yakin kepada PAS lah ia ditujukan.

Daripada berpolitik, eloklah jika artis2 tersebut mendalami ilmu islam terlebih dahulu. Almaklumlah baru berhijrah, ada banyak benda perlu belajar. So cari ilmu dulu larh senang citer. 

Tapi biasalah, bahasa kias jek digunapakai. Kalau guna bahasa direct confirm larh orang hentam. Well, kalau gunakan bahasa kias pun belum tentu orang tak hentam balik kan..

Hahaha

Petikan dari MSTAR ;


Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik? "Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.

Nasihat ini separa betul. Ini pendapat aku. Kenapa aku cakap separa tepat? Sebenarnya dari segi political millage, apa yang pas buat tue betul untuk menjana sokongan dan melebarkan sentimen kepada artis2 agar menyokong pas. Disisi pas, dari sudut politik, ia tindakan yang betul.

Dari segi artis pula, ia boleh jadi betul atau tidak betul. Andai mereka didorong tanpa memahami tujuan satu2 majlis, memang mereka akan rasa dipergunakan. Oleh itu, sebelum menerima mana2 jemputan, adalah amat bagus untuk mereka memahami terlebih tahu tujuan dan aturcara majlis tersebut agar tidak berasa disalahguna.

Dan aku amat2lah bersetuju, satu2 artis tue perlu mendalami islam sebelum berdakwah. Bukan suruh jadi sempurna, jangan salah faham. Even ulama yang penuh ilmu di dada pun tak sempurna walaupun bertahun2 mengamalkan islam sebagai cara hidup.. so apa lagi kita..

Apa yang dimaksudkan disini ialah elakkan diri daripada bercakap sehingga cakap2 kita itu lebih terserlah dan bukan nya ilmu yang kita ada. Jika kita mahu bersolat, cara solat pun perlu kita belajar. Bukan boleh main belasah menonong je solat.

Begitu juga dengan berdakwah. Sambil berdakwah sambil belajar, good. Sambil berdakwah, sambil tak belajar, tapi sambil politik, ungood. Nasihat yang baik meskipun dari tokoh yang mungkin kita benci, jika kita ikut, kita tak rugi apa. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

Monday, August 6, 2012

Shila Amzah dah bertudung.


Jangan tatau. Artis cantik neh masih muda remaja. Berusia 22 tahun dan telah pun mengambil keputusan untuk mengenakan tudung sepenuhnya bermula 1 ramadhan yang lalu. Pengakuan mengenainya dipetik melalui laman sosial milik Shila sendiri. Rujuk kat bawah neh ;


Tahniah shila. 

Semoga terus istiqomah. Sikit2 lama2 jadi bukit. Belajar dulu bertudung lama2 nanti sempurna la pemakaian kita. Abaikan kutukan dan sindiran2 dari orang sekeliling. Nak berhijrah neh bukan seme orang suka dan faham. 

Kadang2 dorang akan perli.. eley setakat tudung blablabal.. baik toksah.  Or mungkin ada yang akan sindir pasal kening.. pasal makeup, pasal menyanyi dan blabla.. takpe.. yang baik, amek iktibar, yang buruk, jangan dilayan.

Ahti manusia neh lain2. Kalau nak puaskan ahti seme orang memang tak mampu. Apa yang penting ialah kita sedar kita sedang menuju kebaikan walaupun diri kita tak sesempurna mana.. Good Luck oke!

Lagi gambar2 Shila bertudung dan berita penuh : disini

Jom Gosip Sampai Kiamat

Saya sokong Islam - Farah Asyikin


Cun giler wa cakap lue. Mekap nipis jek. Dia dah tak cukur kening. Elok tumbuh lebat dan wajah dia sekarang lebih berseri2 dan bercahaya berbanding dulu. 

Berikut kat bawah neh petikan kisah bagaimana farah boleh berubah.. baca tau...

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. 

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.  

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.  Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. 



Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan 
menghanyutkan dirinya. 

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. 

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. 

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.  

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. 

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana  diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya. -HD-

Jom Gosip Sampai Kiamat

Friday, August 3, 2012

Blogger Umno hina Abby Abadi.

Inilah masanya nak glamerkan blog ye tak?

Sudah hampir setahun Satu Hala tidak menulis ke Malaysia Instinct ni.

Ingatkan nak bersara terus. Lepas tu tak jadi...lepas tu berminat nak menulis balik.

So...keputusan akhir ialah nak menulis...cuma tak sekerap dulu.

Tapi gaya penulisan...semangat anti Cina dan semua tu akan cuba dikekalkan dengan sebaik mungkin.

Banyak tu intro dah la kan.

So, penulisan yang pertama ini selepas cuti lama adalah berkaitan dengan minah cipan pokok bernama Abby OhBabi...bukan Abby Abadi.

Dah tengok gambar kat atas tu...

Bukan main sedap kan dia duk peluk jantan tu....bekas laki dia...diulangi..BEKAS LAKI...

Oloo..ustazah...stim ka kena peluk balik?

Itu bukan laki kau la...malu la sikit....

Mana pergi hukum hakam kau? Mana pergi kau punya 'kalau sebut nama kat sana takut nama saya tertinggal'

Mana pergi kau punya pertanyaan mengapa ramai perempuan sekarang tak suka pakai tudung?

Dasar pa nun tata punya betina. Sound orang bukan makin gagah. Bila datang time sendiri...main pulun aje.

Kalau free for all...Satu Hala pun nak set temujanji untuk peluk.

Kita kurang Islamik sikit la...peluk tak pakai apa-apa...ok tak? Takkan dengan Norman boleh dengan Satu Hala tak boleh kan...kawan-kawan Satu Hala pun ramai jugak yang nak...

Tanya orang nape tak pakai tudung konon...hakk tuiiiii!
 
 
Petikan di atas di ambil dari sini.

Bukti ;


 
Kalau takde benda baik nak tulis toksah menulis lagi bagus. Bersara terus pun takpe. Takde sapa hadap penulisan macam neh. Bahkan penyokong2 umno pun malu sebab penulisan neh secara tak langsung menambahkan lagi kebencian orang terhadap umno dan menambahkan lagi persepsi negatif ke atas parti tersebut.

Penyokong2 umno bukan seme nya akal suka mengutuk dan menghina orang. Harus di ingat yang buat umno bermasalah tue pemimpin dan pembodek umno, bukan ahli bawahan umno dan penyokong2 umno tetapi jika beginilah cara penulisan umno, usah kata nak dapatkan sokongan dari atas pagar, yang menyokong umno pun boleh lari.
 
Bukan nak bekap sesiapa sebab tak minat pun nak berpihak dalam isu neh tetapi amatlah tidak wajar abby abadi dihentam saban hari semata2 kerana dia sokong pas. Kalau tak suka sangat, buat bodoh je lah dengan apa yang dia lakukan di media sosial.
 
Nak tegur orang pasal halal haram tapi menghina dan menfitnah orang tue halal ka ? Cara sendiri pun tak betul tapi sibuk nak betulkan orang lain.. tah hapa2.. memalukan betul.. belajar2 amek cermin telek muka sendiri dulu  oke..? Heh. 
 
Dan respon Abby Abadi setelah dikritik teruk berkenaan isu Norman pegang bahu disini.

Jom Gosip Sampai Kiamat

Wednesday, August 1, 2012

Lisa Surihani bukan ahli UMNO sebenarnya.

Hehehe.


Lisa tiada kaitan dengan UMNO walaupun pernah menerima anugerah pencapaian khas puteri umno pada perhimpunan agung tahun lepas. Lisa menafikan penglibatan dia dengan umno menerusi satu artikel berita yang dipetik dari malaysiakini.

Lihat bawah neh ;

Lisa yang sebelum ini menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri Umno pada hujung tahun lalu juga menafikan tanggapan orang ramai yang beliau merupakan ahli Umno.

Malah, beliau juga tidak bercadang untuk berkempen bagi Umno dalam pilihan raya umum akan datang.


"Maaf, saya tidak mampu menggabungkan kedua-duanya (politik dan hiburan). Sesetengah orang boleh terlibat dalam dua sektor (politik dan hiburan) tapi bukan saya," kata Lisa.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak melihat dirinya akan menceburi politik dalam masa terdekat. 

"Secara jujurnya tidak (akan menceburi politik). Saya berani cakap saya kurang pengetahuan (mengenainya). 

"Apa-apa yang ada kecenderungan politik, tidak buat masa ini," katanya. -MKINI-

Lisa sayangkan peminat2 dari pakatan rakyat rupanya. Bahkan dalam satu artikel berita yang sama pun lisa mendedahkan dia juga merahsiakan siapa yang dia bakal undi.

Woww..

Kalau mengaku undi bn = lisa bukan ada side effect apa pun. Tapi lisa selesa merahsiakan perkara tersebut. Baguslah. Hak mengundi seme orang ada. Dan hak untuk merahsiakan siapa yang kita bakal undi pun ada. So gunakanlah hak tersebut sebaik2nya. Saya pilih ubah. Anda bagaimana?

Wakaka.. 

Jom Gosip Sampai Kiamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...